BAB 13

114 3 0
                                    

[7 TAHUN YANG LALU]

TUGAS yang semakin banyak membuat Adi cepat letih. Namun begitu dia merasa gembira apabila melihat wajah senyum ibunya. Wajah senyum ibunya seperti hilang sebelum ini. Adakah ibu selama ini tidak bahagia bersama ayahnya.
"Adi." Suara yang selal dia rindu. Adi berpaling ke arah ibunya. Senyuman manis di lemparkan
"Nah susu." Adi menyambutnya.
"Ibu tak tidur lagi?"
"Masih awal lah."
"Mana tahu nak berbulan madu."
"Isk kamu ni." Tamparan manja hinggap di bahu Adi.
"Ibu bahagia?"
HAzlina mengangguk.
"Wajah ceria ibu macam hilang sejak dari dulu."
"Adi, ibu tidak tahu nak cerita bagaimana, bukan ibu tak bahagia dengan ayah kamu. Ibu bahagia dan bersyukur kerana dikurniakan anak seperti kamu dan Adam tetapi...sukar untuk melupakan insan pertama yang ada dalam hati ini. Ibu cuba buang tetapi masih tetap ada. Ibu merasa bersalah kepada ayah kamu."
"Cinta pertama?"
"Cinta monyet menjadi cinta jarak jauh."
"Dan kini cinta abadi." Maarof mencelah dan merangkul isterinya. Kucupan mesra dihadiahkan di ubun-ubun isterinya.
"Abang ni." Merona wajah Hazlina. Adi hanya tersenyum melihat geligat pasangan pengantin baru.
"Uncle, terima kasih kerana memberi senyuman kepada ibu."
"Sebenarnya uncle sepatutnya berterima kasih kepada Adi kerana menyerahkan permata berharga milik Adi kepada uncle."
"Uncle yang yakinkan saya dulu." Adi bangun dan mendakap mereka berdua.
"Bila kamu nak menjalani latihan praktikal?"
"Dua tiga hari lagi. Ini hanya latihan sahaja. Saya belum tamat lagi."
Adi duduk semula di tepi kolam mandi. Hazlina menghilang dan kembali dengan minuman untuk suaminya.
"Abang..." Adi berpaling melihat dua adiknya namun mereka memercikkan air kolam ke muka Adi.
"Ooooo, kenakan abang ya, nanti ya." Adi bangun. Adik-adiknya menjerit dan menyelamatkan diri. Mereka berkejaran keliling kolam mandi. Hazlina tersenyum apabila melihat keceriaan Adi dan adik-adiknya. Ketika berlari, kaki Adi tersilap langkah dan terjatuh ke dalam kolam.
"Adi!"
Adi keluar dari kolam dengan basah kuyup. Maarof segera menyerah tuala yang sentiasa ada berdekatan kolam.
"Adi okey ibu." Dia tahu ibunya risau. Dai berpaling ke arah dua adiknya yang berdiri berhampiran.
"Hurggg." Dia mengacah untuk memeluk mereka. Lantang mereka menjerit sebelum Adi ketawa dan masuk ke dalam rumah. Selepas menyalin bajunya, telefonnya berdering.
"Wey, kau ke mana?"
"Mana salamnya mamat?"
"Aku bukan mamat lah... Assalamualaikum."
"Islam juga kawan aku ni."
"Kau ingat aku ni apek ke?"
"Elok le kau apek boleh ganding dengan nyonya kau tu."
"Amboi sedapnya kau ngata dia. Bila depan manisnya mulut kau."
"Kenapa call malam-malam ni?"
"Cer kau tengok telefon kau tu, berapa miss call. Tak tahan telinga aku dengar leternya."
"Aku cas telefon dalam bilik lah. Aku berbual dengan ibu."
"Okey, aku nak tidur ni. Kau call dia."
"Okey."
Adi menghubungi Jenifer, namun begitu dia di jawab. Merajuk. ADi merebahkan badannya. Dia menatap skrin telefonnya. Gambar mereka bertiga tersenyum riang.

Kesibukan menguruskan penempatannya di tempat latihan sehingga dia tidak menghubungi Jenifer mahu pun Khairul. Nasib baik Tan Sri Lee membantunya mendapatkan sebuah rumah berdekatan dengan tempat latihannya.

"Sampai hati."
"I ke?" Khairul melihat Jenifer menguis-guis makanannya. Mereka bbbbbu hari pertama menjalani latihan. Mereka di tempatkan di hospital yang sama.
"Kembar you tu la, tak call I langsung."
"Langsung tak call?"
"Adalah, masa I marah you tu. Dia call tapi I tak jawab. I merajuk."
"Hah, tu la, merajuk sangat. Kau kan tahu yang pak we kau tu bukan jenis yang pandai memujuk. Tak romantik langsung. Bukan macam I."
"Kalau you jadi kekasih I, mahu setiap hari bergaduh. Buat naik darah saja."
"Sekurang-kurangnya ada komunikasi. Kalau dengan dia , kau cakap dengan orang bisu. tapi orang bisu tak keluar perkataan ya... okey..."
"Sedapnya mulut kau mengutuk kawan sendiri."
"Eh, marah pula."
"Tentu le I marah, di sebahagian dari I. You kutuk dia macam you kutuk I tau."
"Eh, tu ayat I tau. Tapi dia sebahagian dari kita, sunyi kalau dia tak ada bersama." Khairul terdiam. Dia juga terkilan kerana tidak sempat bertemu Adi sebelum dia bertolak ke Seberang Prai. Adi hanya memberitahu melalui mesej apabila dia telah berada di sana.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now