TERDIAM Adi mendengar penjelasan Naim. Setelah beberapa minggu Naim membuat pemerhatian, Naim melapurkan segala aktiviti Anita. Adi tidak menyangka Anita telah jauh terpesong.
"Adi kenal Keysha?"
"Siapa?"
"Model terkenal tu. Dia dah kikis duit keluarga Adi dan kini meeninggalkan adik Adi sebab tiada duit. Dia mencari mangsa baru."
"Biarkan saja. Asal dia tidak menggunakaan Adam lagi."
"Naim, kau rasa Anita tu boleh di selamatkan ke?"
"Mungkin boleh kerana dia hanya mengamalkan budaya bebas tetapi bukan mengambil dadah."
"Okey, Lan, kau ada tak calon yang boleh diletakkan di pejabat Datuuk Arif. Kita dah tanda tangan perjanjian dan kita kena perhatikan gerak geri pekerja."
"Kalau Adi mahu, saya pun boleh."
"Kau bantu aku di sini. Siapa yang boleh diharap."
"Di sini kita serahkan kepada Karim. Dia dah lam bekerja dan saya yakin dia boleh gantikan tempat saya."
"Hmm kau panggil Karim ke sini."
Adi berbincang seketika dengan kakitangannya sebelum memohon diri untuk ke pajabat RH. Adi terpaksa menguruskan projek yang dia cadangkan."Adam, kau sibuk ke?"
"Kau nampak aku sibuk ke? Kau tu yang menyibuk."
"Aku nak ajak kau pergi berjumpa pelanggan ni. Kita nak mulakan projek kita."
"Kalau aku malas pergi, kau nak buat apa? Kau bukan ada apa-apa jawatan pun dalam syarikat ni."
"Adam, kenapa kau masih ego lagi."
"Siapa yang ego?"
"Come on Adam, kalau kau nak Keysha tu balik pada kau, kau kau kena buktikan."
"Mana kau tahu tentang dia?"
"Kau habiskan duit syarikat untuk belikan kereta mewah untuk dia kan?"
"Apa lagi yang kau tahu tentang aku?"
"Itu tak penting, yang penting, kau kena bangun dan buka mata semua orang."
"Ah! Persetan dengan semua orang. Semua orang hanya nampak kau yang wujud dalam syarikat ni!" Adam keluar dan menghempas pintu biliknya. Ianya mengejutkan semua kakitangan. Adi hanya menggelangkan kepalanya."Encik Adi, Datuk panggil Encik."
"Baik, saya akan ke sana."Adi masuk ke pejabat ayahnya. Kelihatan Nasir turut sama.
"Ada apa ayah?"
"Kenapa tadi tu?"
"Biasa lah ayah, dari dulu dia bukan boleh Adi tegurkan. Mulalah rasa dirinya tu sahaja yang betul."
"Sampai bila Adam tu nak berubah."
Datuk Arif termenung seketika. Tidak di nafikan memang salahnya yang tidak mendidik Adam dari dulu. Dia biarkan Adam bebas.
"Kenapa ayah dan pak cik Nasir nak jumpa Adi?"
"Kami nak berbincang hal wakil dari JL yang akan dihantar ke sini. Adi rasa mahu letak dia di jabatan mana?"
"Bawah pak cik Nasir. Mereka hanya mahu lapuran kewangan syarikat bersih."
"Ayah nak berterima kasih kerana Adi mahu membantu naikan syarikat. Tetapi ayah tertanya-tanya, macam mana Adi boleh mahir dalam perniagaan ni sedangkan Adi belajar perubatan."
"Selelepas kami keluar dari kampung, Adi terpaksa menjadi ketua keluarga untuk melindungi ibu. Ibu masih menjual nasi lemak dan Adi terpaksa cari strategi untuk majukan perniagaan ibu. Dari jual dari rumah ke rumah sehingga ke warung kecil. Namun begitu nasib seorang ibu tunggal, jadi bahan penghinaan semua orang. Itu lah sebabnya Adi mula bekerja dan belajar berniaga. Adi belajar dari tauke-tauke cina bagaimana mereka berniaga. Bila masuk universiti, Adi berkenalan dan John dan dari situ Adi belajar dengan dia. Walaupun Adi hanya pekerja sambilan, Dia banyak tunjuk ajar kepada Adi. John mahu Adi jadi ahli perniagaan tetapi Adi lebih berminat dengan kerjaya Adi sekarang."
"Adi tidak kisah membuat dua kerja seperti ini?"
"Sejak dari dulu Adi membuat banyak kerja ayah. Lagipun Adi hanya merawat pesakit yang mempunyai temujanji dengan Adi sahaja.
Datuk Arif tersenyum. Dia merasa bangga dengan anaknya.Pulang dari pejabat, Datuk Arif menghabiskan masa di halamannya. Dia melihat mamanya duduk berehat di situ.
"Mama, semakn hari semakin ayu Arif tengok."
"Isk kamu ni, ada aje nak usik mama."
"Tenang hati saya apabila melihat mama bertudung. Dulu papa selalu mengajak mama berubah."
"Dulu mama masih degil. Bersyukur kepada Adi kerana dia dapat menenangkan jiwa mama selama ini."
"Nisa mana mama?"
"Ada di dalam tu. Bersiap nak keluarlah tu."
Datuk Arif terdiam. Isterinya sentiasa sibuk dengan rakan-rakannya. Ada sahaja urusannya.
"Arif, kamu tidak fikir tentang Hazlina."
"Kenapa?"
"Mereka banyak menderita kerana kita. Kamu tahu tak yang papa kamu mengupah Maarof untuk membawa surat cerai dan wang supaya mereka tinggalkan kampung halaman mereka."
"Kamu bertanyalah dengan Maarof perkara sebenar. Papa kamu ceritakan kepada Ngah semuanya. Baru baru ni Ngah ceritakan kepada mama."
"Betul ke?"
"Nanti mama panggilkan Ngah."
Mak Ngah menceritakan segalanya. Datuk Arif terkedu mendengar cerita Mak Ngah. Patutlah papanya mengatakan dia bersalah dengan Hazlina. Adi banyak derita untuk membesar dan menjadi dirinya berjaya. Hazlina berjaya mendidik Adi sedangkan dia gagal mendidik anak-anaknya.
"Arif, apa kata kamu suruh Adi membawa ibunya ke sini. Kamu menikah semula dengannya dan kamu boleh berpoligami kerana kamu mampu."
Datuk Arif terus berfikir.PERBUALAN suami dan mertuanya di dengar jelas. Mahukah dia bermadu? Apa kata rakan-rakannya jika suaminya kembali kepada isteri pertamanya? Dia mula merancang supaya Adi di benci oleh mereka. Dia mahu segala-galanya miliknya.
"Mama ni dah kenapa suruh orang datang jumpa mama kat sini?" Anita merungut apabila mamanya menghubunginya untuk bertemu. Dia terpaksa meninggalkan kawan-kawannya hanya kerana mamanya.
"Kamu kena tolong mama."
"Tolong apa mama? Orang bukannya ada duit untuk mama. Atau papa tak dapat puaskan mama, mama nak anak ikan?"
"Kamu ni. Mama nak kamu fikir car untuk menyingkir Adi dari rumah tu."
"Mama, dia tu pandai. Papa dan nenek tidak percaya."
"Apa kata kamu suruh kawan kamu perangkapkan dia. Biar papa malu. Ingat dia alim sangat."
"Bijak juga mama ni. Mama ada duit?"
"Kamu ni asyik minta duit."
"Mestilah mama. Dengan duit ni lah kita boleh bayar orang perangkapkan si keparat tu. Biar kena dengan dia."
Segala rancangan Anita dan Datin Nisa didengar jelas oleh Naim. Segera dia memberitahu hal ini kepada Adi. Adi kembali merancang supaya perkara itu menjadi sebaliknya.Pintu biliknya di ketuk. Adi menghabiskan perbualan dengan Naim sebelum membuka pintu biliknya. Datuk Arif berdiri di depan pintu bilik.
"Eh ayah ke? Ingat tadi Amir."
"Dia dah tidur. Mungkin penat kot."
"Selalunya kalau dia tidak boleh tidur, dia akan datang semula ke biliknya selepas mengaji."
"Adi, ibu kamu apa khabar?"
"Sihat..."
"Sihat?"
"Sihat orang sakit. Nampak sihat walaupun dalaman sakit."
"Ayah nak terima kasih kepada Adi kerana mendidik adik-adik kamu."
"Ayah, menjadi tanggungjawab saya apabila orang yang sepatutnya lakukan tidak menjalankan tugas."
Terdiam seketika Datuk Arif. Adi bangun dan mengambil sesuatu di dalam almarinya. Dia mengeluarkan kain pelikat dan sehelai sejadah.
"Ayah, selama ini ayah tidak tenang dan keluarga huru hara. Semuanya kerana diri ayah. Ayah dah lupa ke apa yang Tok Wan ajar ayah. Selagi ketua keluarga tidak berubah, selagi itu keluarga itu berterusan diselubungi masalah. Mana ayah Adi yang dulu membimbing Adi ke jalan benar? Mana ayah Adi yang dulu pimpin tangan Adi untuk melangkah kaki ke masjid? Amir perlukan seorang ayah yang membawa dia ke jalan yang betul. Adakah ayah mahu Amir juga menjadi seperti Adam. Kegagalan keluarga itu adalah kerana ketua keluarga itu sendiri yang gagal."
Datuk Arif terdiam. Sejadah dan kain pelikat pemberian Adi didakap. Hatinya sayu.
"Ayah, maafkan Adi kerana kelantangan Adi menegur ayah. Adi tidak berniat hendak melukan hati ayah tetapi Adi rasa Adi perlu lakukan sesuatu. Maafkan Adi, ayah." Adi melutut dan mencapai tangan ayahnya. Tangan ayahnya di kucup. Datuk Arif mendakap anaknya dan menangis di bahu anaknya. Sayu hatinya apabila mengenangkan dirinya yang jauh tersimpang. Allah menghantar anaknya untuk menegurnya kesilapannya. Dia keluar dari bilik Adi dan kembali ke dalam biliknya. Malam itu dia bersujud kehadrat Ilahi. Dia menangisi atas kealpaannya selama ini. Dia bersyukur kerana masih belum terlewat untuknya kembali ke pangkal jalan.[1237pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...