TERKEDU mereka apabila melihat Adi dan Adam. Tiada seorang pun dapat membezakan mereka.
"Okey, yang mana satu Adam? "Tanya Mazlan. Adam tampil ke depan.
"Adam, ni peralatan yang kamu pembesar suara dan kemera. Kalau boleh kita nak lihat dalam rumah Datuk Munir. "
"Beres tu. Korang jangan takut."Adam menggunakan telefon Adi untuk hubungi Farhan. Panggilan Adi dengan segera Farhan jawab.
"Abang Adi, kenapa abang call Far ni?"
"Farhan sibuk ke?"
"Sibuk? Tak lah... kenapa abang?"
"Abang nak jumpa."
"Abang nak jumpa... kat mana? Pejabat abang?"
"Tak, pejabat tu nanti orang nampak... Hmm... kelab, privasi sikit."
"Baik abang,,,, jumpa malam ni."
"Bye... jumpa nanti."
Adam mematikan talian sambil tersenyum sinis kepada Adi."Okey, malam ni perhatikan gerak geri Farhan dan Sean. Adam, kau hati-hati takut mereka masukkan pil khayal."
"Aku yakin dia akan masukkannya. Aku ada kaki kat dalam tu, jangan risau... dan kau Adi, jangan ikut dalam team kita."
"Kenapa pula?"
"Takut orang nampak nanti kantoi pula. Kau bukannya pandai berlakon jadi aku. Kau balik rumah, rehat dengan isteri kau, biar kami yang bujang uruskan."
"Betul tu, kau pergi rehat, bawa Jen jumpa papa dia... dinner dengan papa ke." Khairul menambah. Dia nampak wajah Adi pucat sejak kebelakangan ni. Adi pada mulanya ingin turut serta akhirnya mengalah. Dia pulang tanpa mengikuti mereka.Adam datang lebih awal. Dia berjumpa dengan rakannya.
"Dan, kau kenal Sean kan?"
"Boyfriend Farhan tu?"
"Kau tengok kalau dia masukkan sesuatu dalam minuman aku. Boleh tolong aku."
"Sekarang ni mereka kerap buat begitu. Hari tu perempuan berusia. Aku dapat tahu mereka gunakan untuk peras ugut... Tapi kau ni aku tengok lain sikit."
"Imej baru... kau jangan panggil aku Adam, panggil aku Adi."
"Hah? Kenapa?"
"Abang aku, kembar aku... Farhan tu asyik buru dia. Aku yakin dia mahu perangkapkan abang aku tu. Dia nerd dan jujur, tak tahu kehidupan macam kita ni. Aku cuma nak tahu apa yang Farhan nak dari abang aku tu."
"Ditanggung beres bro... aku akan tukarkan air tu nanti."
"Aku percaya kau memang cekap kerja ni." Adam beredar dari situ. Dia mengambil satu sudut yang jauh dari pandangan orang. Dia hanya memerhati. Kelab mula di penuhi dengan pengunjung.
"Adam, Farhan dah sampai dengan Sean." Mazlan memberitahunya.
"Okey."
Adam hanya duduk memandang ke arah pintu. Dia dapat melihat Farhan masuk ke dalam kelab. Pakaian Farhan begitu menjolok mata.
"Hai abang......" Farhan duduk sebelah Adi.
"Errr... kenapa pakai begini?"
"Ala, abang Adi yang ajak jumpa di kelab ni. Mana ada orang bertudung masuk ke sini."
"Maaf abang silap pilih tempat. Abang cuma nak lepas tekanan je."
"Kenapa ni abang?" Farhan begitu rapat dengan Adam. Sengaja dia menggesel badannya ke lengan Adam.
'Gediknya kau, dengan aku dulu kau tak pernah rapat macam ni.'
"Abang nak minum apa?"
"Apa saja asalkan halal. Bukan air haram."
"Okey, Far pergi pesan dulu."Farhan berjalan ke arah kaunter.
"Hmmm... tak minum minuman haram le konon. Aku nak tengok sampai bila alim kau Adi. Aku akan buat kau lupa dengan Jenifer tu. Kau akan tinggalkan Jenifer tu."
Farhan memesan makanan. Seperti yang Adam saran sebentar tadi, Sean memasukkan sesuatu ke dalam minuman. Sepantas itu juga, minuman itu di tukar tanpa sisedari oleh Farhan dan Sean.
"Ingat sayang, yang sebelah kanan tu. You jangan tersilap pula."
"Okey dear..."
Farhan menghampiri 'Adi' dengan dua gelas minuman.
"Kenapa Farhan yang bawa minuman?"
"Biarlah abang, Far tak nak sesiapa nampak abang. Nanti rosak imej abang."
Adam melihat ke arah rakannya. Rakannya tersenyum dan mengangguk. Adam faham isyarat itu. Dia akan berlakon dia terkena dengan umpanan mereka. Adam meneguk airnya dengan rakus. DIa mulakan agendanya dengan mengikut rentak Farhan. Adam memegang kepalanya.
"Kenapa abang?"
"Kepala abang sakit."
Adam dapat lihat senyuman Farhan.
'Kau ingat umpan kau yang mengena tetapi umpan aku yang mengena.'
Adam merebahkan kepalanya ke belakang.
"Jen, kenapa kau kejam... kau..." Adam berlakon seperti dai berkhayal.
"Hello papa, dia dah tak sedar ni... okey, Far bawa dia balik ke rumah...okey..."
"Sean!"
Sean mendekati Farhan. Mereka memapah 'Adi' keluar dari kelab. Mereka membawa 'Adi' pulang untuk tidakan selanjutnya. Mereka ingin ugut 'Adi' dengan gambar yang yang mereka rakamkan. Adam biarkan sahaja meraka membuka pakaiannya. Farhan tanppa segan silu melucutkan bajunya dan naik ke katil. Dia biarkkan saja Sean merakam gambar bogelnya bersama 'Adi'. Selepas selesai bergambar, Sean mendekati Farhan. Mereka bermesraaa tanpa perdulikan Adam masih sedar di sebelah mereka. Adam sengaja merakamkan aksi mereka melalui kemerak khasnya. Dia yakin rakannya yang lain turut melihat aksi panas Farhan.
'Kau nak ugut aku, aku juga ada bukti...' Adam tersenyum.Adam bangun apabila mereka sudah lena. Kedua - dua mereka berpelukan tanpa seutas benang. Adam mengambil gambar mereka. Dia keluar dari bilik dan memerhati sekeliling. Biliknya tadi di kunci dari luar. Dia pasti Datuk Munir tiada di dalam rumah kerana sewaktu dia masuk ke dalam rumah, Datuk Munir keluar bersama Keysha. Dia yakin Datuk Munir menghabiskan masa bersama Keysha di rumah yang dia belikan untuk Keysha.
'Jahanam kau perempuan murahan!' Adam memarahi Keysha di dalam hati. Perlahan-lahan dia menurun ke bawah. Berpandukan lampu dalam telefon, dia membuka paagar dan pintu rumah. Dia biarkan rakan-rakannya masuk.
"Adi?" Terkejut Khairul apabila melihat Adi masuk bersama mereka.
"Kau tak balik ke?"
Adi hanya tersenyum.
"Kita berpecah untuk mencari bilik bawah tanah tu."
"Pintu bilik tu di dapur." Kata Karim. Dia tahu setiap inci ruang rumah itu. Bilik itu juga semasa kecilnya menjadi tempat persembunyian Farhan jika dia marah kepada papanya. Karim mengetuai kumpulan mereka. Dengan senang mereka berjumpa pintu bilik yang berkunci. Kepakaran yang ada pada Mazlan memudahkan mereka membuka pintu tersebut. Kelihatan keadaan Hafiz amat menyedihkan, manakala Datin Munirah tertidur sambil meriba kepala anaknya. Datin Nisa tidur berdekatan.
"Mama... bangun..." Kejut Adam. Datin Nisa terpinga-pinga. Datin Munirah juga di kejut. Mereka terpaksa memapah Hafiz untuk keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar dari rumah, mereka di tunggu oleh beberapa orang lelaki.
"Datin berdua boleh papah Hafiz ni dan keluar dari sini, biar kami uruskan mereka." Kedua-dua wanita itu bersusah payah untuk memepah Hafiz. Mereka biarkan lelaki-lelaki lain berentap. Adam sempat memberi telefon kepada Datin Nisa sebelum dia bertumbuk. Datin Nisa terus membuat panggilan kecemasan. Tidak lama kemudian polis datang. Kedatangan polis mengejutkan Farhan dan Sean.
"Sialan, Adi terlepas." Marah Farhan.
"Kita ada gambar dia... kita sembunyi..." Sean menarik Farhan jauh dari tingkap. Orang bawahan Datuk Munir bertempiaran lari saat polis sampai.
Datin Nisa dan Datin Munirah memberi keterangan untuk melepaskan anak muda yang menyelamatkan mereka.
Adi berdiri agak jauh dari kumpulan mereka. Hafiz di bawa oleh ambulan kerana keadaannya parah. Pandangan Adi menjadi kelam. Dadanya sakit mencengkam. Dia merasa sesak untuk bernafas.
"Adi!" Khairul menerkam ke arah Adi saat Adi rebah ke tanah. Dengan segara mereka mengangkat Adi dan membawa ke keretanya. Khairul membawa Adi ke hospital.
"Kita jumpa di hospital nanti!" Pesannya sebelum memecut laju ke hospital.
"Adi... dont give up sahabat. Aku masih perlukan kau..." Air mata membasahi pipinya.[1137pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...