BAB 21

126 3 2
                                    

ADAM keresahan bila masalahnya semakin meruncing. Dia sendiri tidak tahu macam mana hendak membayar balik wang yang telah diambil dari syarikat. Dia bimbang papanya akan tahu.
"Di mana aku nak cari duit ni?" Fikirnya. Duit itu telah dia gunakan untuk berhibur dan memberi kesenangan kepada teman wanitanya. Bukan mudah untuk memikat seorang model terkenal. Dia menghabiskan banyak duit untuk mendapat perhatian kekasihnya.
"Hey, kenapa ni?" Tanya Anne. Ini seorang lagi yang hanya mahu duitnya.
"Aku perlukan duit."
"Kau tu kan banyak duit, kenapa nak duit lagi?" Gelak Roy
"Ah!... Menyemak saja korang ni!" Adam keluar dari kelab. Otaknya semakin serabut. Matanya tertacap Farhan dan sahabatnya.
"Hey, Far."
"Ad, you buat apa kat luar ni?"
"Can we talk?"
"Girls, you masuk dulu."
Adam melihat rakan-rakan Farhan masuk ke dalam kelab.
"You nak apa?"
"Betul ke you nak bertunang dengan I?"
"Why?"
"Me or Adi?"
"Kalau Adi you nak buat apa?"
"You tak akan dapat dia kecuali..."
"Kecuali apa?"
"Jumpa esok di pejabat you... I bagi syaratnya." Adam melihat ke arah telefonnya yang berdering. Hatinya berbunga, kekasih hatinya menelefon. Dia berlalu meninggalkan Farhan. Kekasihnya berada di luar negera bekerja.

Adi termenung di ruang dapur. Tidak sabar menunggu esok untuk bertemu ibunya.
"Dimi," Panggilan yang jarang didengari.
"Ayah, tak tidur lagi."
"Kamu ada telefon ibu kamu?"
"Ada, kenapa?"
"Dia sihat?"
"Sihat.... sihat macam tu lah."
'Kenapa ayah tanya ibu saat ibu ada di sini.'
"Cukup ke gaji yang ayah bagi untuk tanggung ibu tu."
"Di, bagi semua gaji kepada ibu. Di tak perlukan duit di sini." 
"Sebenarnya ayah nak ucapkan terima kasih kerana lindungi adik-adik kamu."
"Hah?"
"Nenek dah beritahu semuanya. Anita tu anak angkat mama tetapi papa rasa bukan. Biarkan lah."
"Oh ya, ayah, esok Adi nak keluar sekejap. Mungkin Adi minta cuti. Adi ada hal sikit."
"Ambillah cuti. Sejak kamu kerja, kamu tidak pernah bercuti."
"Terima kasih ayah."
"Di sini rupanya dua beranak." Adam masuk ke ruang dapur. Niatnya mahu berbual dengan Adi tetapi papanya ada di situ.
"Awal kau balik?"
"Peningnya."
Adi bangun dan membancuh teh panas untuk Adam.
"Ayah nak minum ke?"
"Boleh juga. Lama tak minum air tangan kamu. Dulu kamu selalu buat air untuk ayah."
Adi tersenyum. Dia menyediakan minuman untuk mereka.
"Kamu ni ada masalah ke Adam?"
"Bagaimana papa kawal mama?"
"Kenapa? Susah nak kawal Farhan ke? Tak boleh nak kawal, ikut mereka."
"Kalau ikut, nanti jadi queen control, ayah." Adi menyuakan mug.
"Hmmm... lama betul tak merasa minum hasil tangan Adi."
"Kalau ayah nak, Adi akan buat."
Mereka berbual kosong beberapa ketika sebelum masing-masing masuk tidur.

Selepas sarapan Adi dibenarkan keluar. Dia menghubungi Khairul.  Kahirul menjemputnya jauh dari kawasan rumah Datuk Arif.
"Awalnya keluar, nak ke hospital ke?"
"Tak, nak jumpa ibu. Aku nak guna kereta ni, boleh tak. Aku hantar kau ke hospital."
"Guna le. Aku akan balik dengan Jenifer."
"Bila selesai, aku hantar ke rumah kau."
"Ibu kat mana?"
"Rumah keluarga uncle."
"Okey ke?"
"Hope so."
"Eh, nanti bagi alamat... aku rindu nak jumpa Aleen."
"Amboi kau, Jen kau nak campak mana?"
"Tu kau punya. Sebenarnya aku gembira menjadi abang kepada mereka. Tidak merasa menjadi anak tunggal sejak ada mereka dalam keluarga kita."
"Aku pun rindukan mereka. Dua-dua tu baru habis periksa."
"Eh... Areen dapat 5A kan... Mereka ada di sini berapa lama?"
"Tak tahu, kenapa?"
"Aku nak bawa adik-adik tu pergi berjalan. Theme Park ke... Or... "
"Weekend ni. Kau cutikan."
"Tak ajak nyonya sekali ke?"
"Kalau tak ajak, mahu merajuk. Susah pula nak pujuk."
"Tau tak pe, but you call her. Jangan dia dengar dari aku. Kau tak nak dia merajukkan. Kalau aku yang ajak... mau muncung sepanjang hari. Tak best lak nanti."
"Okeylah."
"Tu melerek senyumnya bila nampak hang." Keluar bahasa utara Khairul. Adi keluar dari kereta ketika Jenifer menghampiri mereka.
"Datang hospital hari ni?"
"Tak, I nakkereta. Nanti you hantar Khai."
"You nak ke mana?"
"Ibu ada di sini... oh ya, weekend ni kita bawa adik-adik berjalan-jalan."
"Really, bestnya."

Rumah agam yang kerap kali dikunjungnya, berada di depannya. Dia bimbang keadaan ibunya di dalam rumah tersebut. Hon dibunyikan. Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, ADi masuk ke dalam. Ibunya menunggu di depan pintu. Rangkulan erat menandakan kerinduan.
"Jemput masuk. Rindunya kamu dengan ibu kamu." Datin Maimon mendekati mereka.
"Nek," Adi menunduk menyalami neneknya.
"Bertuah punya budak, kenapa tak bagitahu kamu ni cucu nenek."
"Saya cuma cucu..."
"Kamu sama macam Aleen dan Areen... cucu nenek. Papa kamu pun tak bezakan kamu." Adi tersenyum.
"Adi dah makan ke?"
"Ibu masak nasi lemak?"
"Tentulah untuk anak ibu ni."
Adi mengikuti ibu dan neneknya ke dapur. Hazlina segara menyediakan sarapan untuk anaknya.
"Mana yang lain, senyup je."
"Atuk dengan papa kamu bawa adik-adik kamu pergi beli bahan nak masak untuk tengah hari nanti."
"Ibu nak masak kari kepala ikan ke?"
"Adi, papa kamu yang beria nak beli bahan kegemaran kamu. Dia yang tak sabar jumpa kamu."
Terdiam Adi apabila Datin Maimon teruja menyebut nama papa. Dia masih tidak memanggil Maarof dengan gelaran itu lagi. Kenapa berat lidah ini?

Adi merebahkan kepalanya di atas riba ibunya. Datin Maimon belajar dengan ustazah yang datang.
"Ibu nak tanya apa-apa ke?"
"Maksud Adi?"
"Ayah?"
"Di, bukan ibu nak perkecilkan dia tetapi dia tidak berani pertahankan cintanya. Uncle, masa ibu suruh dia sahaja yang balik, dia kata, kami akan hadapi bersama. Kalau nenek tidak terima ibu, makna tidak terima dia."
"Ibu, duit buat orang kelabu mata. Ayah berkhawin dengan Datin tu pun kerana perniagaan. Adam pun jadi mangsa macam tu."
"Adam macam mana?"
"Ibu jangan berharap sangat. Dia bukan seperti mana yang ibu bayangkan."
"Adi, ayah dulu pun bukannya baik sangat. Tok Wan yang ubahkan dia."

"Abang Adi!" Jerit dua beradik yang baru pulang. Hazreen berlari dan menerkam ADi. Dia menghempap di atas dada Adi. Adi tersedak dan batuk. Batuk Adi berpanjangan.
"Areen!" MArah  Maarof.
"Adi... o.. okey.." Kata Adi dalam batuknya. Dia terus keluar ke kereta. Adi duduk di dlama kereta seketika. Dia mengambil ubatnya. Tidak lama kemudian, Adi masuk semula. HAzreen menangis.
"Areen, abang tak apa-apa. Abang okey." Kepala adiknya diusap.
"Areen tak sengaja abang."
"Abang faham... siapa yang nak peluk abang ni?" Adi mendepakan tangannya. Hazreen dan Hazleen mendakap abang mereka.
"Amboi mak rindunya kat abang kamu." Tegur Datin Maimon.
"Assalamualaikum Arof."
"Min... la dah jadi ustazah sekarang." Maarof tegur sepupunya.
"Dah jumpa dengan isteri Arof?"
"Dah, dah makan pun nasi lemak dia masak. Patut le badan kamu berisi."
"Tak perlu cari kedai lagi."
"Tak palah, ada tempat lagi nak pergi. Kak balik dulu, Lina." Mereka bersalaman. Hazleen dan Hazreen turut sekali.

"Ibu nak memasak,  Adi..."
"Ibu, Adi nak rehat jap." Adi mengurut dahinya.
"Pergi tidur bilik kami, Areen tunjukkan abang bilik papa. Abang tu penat." Adi mengikut adik-adiknya. Mereka berdua ingin bersama abangnya seketika. Mereka tahu abang mereka perlukan rehat.

Hazlina mengesat air matanya. Dia terus ke dapur. Maarof nampak tingkah isterinya turut ke dapur. Ditarik isterinya ke dalam dakapannya. Hazlina menangis di dalam dakapan suaminya. Maarof biarkan.
"Maafkan Haz, Haz tak kuat."
"Sebab itulah dia di sini, tidak mahu berada di sisi Haz. Dari dulu dia tidak mahu melihat air mata Haz kan."
Maarof menyeka air mata air mata Hazlina.
"Maaf, papa menyibuk pula, kenapa dengan Adi?" Datuk Mustafa dan Datin Maimon turut masuk ke dapur.
"Dia sakit." Maarof duduk di meja berhampiran. Begitu juga keduaibu bapanya. HAzlina menyediakan bahan untuk memasak sambil di bantu oleh pembantu rumah.
"Adi tu banyak derita sebelum ini. Dia risau sangat kalau HAz ni menangis. MAsa mereka jumpa Arif dan dihalau, Adi tidak mahu ibunya menangis lagi. Dia nak serahkan ibunya pada Ri pun susah."
"Dia sakit apa?"
"Kanser, tetapi dia tidak mahu orang tahu. Dia tidak mahu belas simpati."
"Lina, memang kita tidak kuat bila melihat anak kita sakit tetapi mama rasa, Adi menahan sakit bila depan Lina kerana dia tidak mahu Lina susah hati. Kita kena kuat demi Adi. Mama baru sahaja kenal cucu mama tu."
Hazlina tersenyum kelat. Dia terus menumpukan perhatian kepada masakannya manakala biarkan mereka tiga beranak berbual. Mereka berbual tentang perjalanan hidupnya yang pernah dia ceritakan kepada Maarof. Dia dapat lihat mertuanya menyeka air mata.

"Ibu," Adi masuk ke ruang dapur. Makanan sudah siap di masak.
"Dah lapar ke hero nenek ni?"
"Lenanya tidur nenek... ibu tahu, adik-adik siap tutupkan langsir untuk Adi... makin lena Adi tidur."

Sebelah petang, Khairul dan Jenifer datang menziarahi keluarga tersebut. Semakin kecoh di dalam rumah itu. Adi merancang percutian untuk adik-adiknya. Dia meminta cuti demi adik-adiknya.

[1403pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now