JENIFER keluar tergesa-gesa sebaik sahaja dia mendapat panggilan dari Khairul. Dia terpaksa singgaah di rumah mereka untuk mengambil serum kerana bilik Adi berkunci. Datuk Arif hanya melihat Jenifer keluar tanpa mengesyaki apa-apa sehingga Adam menghubunginya memberitahu keberadaan dia dan Datin Nisa.
"Mama, saya nak ke hospital kerana Adam dah bertemu dengan Nisa."
"Ye ke, syukur alhamdulillah."
"Saya pergi dulu mama."Adam menunggu di depan wad kecemasan sementara Datin Nisa dan Datin Munirah mendapatkan rawatan. Mereka hanya cedera ringan manakala keadaan Hafiz yang membimbangkan. Dia mengalami kecederaan yang parah.
"Adam, " Datuk Arif menghampiri Adam.
"Mama mana?"
"Masih dalam bilik tu. Dia mungkin kekurangan air."
"Mana Jenny?"
"Jenny, dia tak datang ke sini pun."
"Tapi tadi Jenny keluar dengan tergesa-gesa."
"Oh, tadi Adi pengsan, mungkin sebab bertumbuk. Khai bawa dia.... hmmmm... mungkin ke hospital diorang kot."
"Yalah, diorang doktor di sana, mungkin dapat rawatan dia sana. Papa nak masuk tengok mama kamu sekejap."
Adam mengangguk. Dia hanya menunggu dan memikir tindakan yang akan dia lakuakan selepas ini.
"Adam... Datin MUnirah...."
"Dia juga terkurung bersama mama."
"Papa rasa tidak sedap hati. Mereka tidak boleh di rawat di sini. Munir..."
"Kita pindahkan mereka."
"Ke mana?"
"Hospital Adi."
"Macam mana....."
"Papa ada nombor telefon Jenny?"
"Papa tak ada nombor Jenny, hanya ada nombor Adi."
"Tapi Adi... ah telefonnya tentu ada pada Jenny." Adam terus menghubungi Adi. Betul sangkaannya Jenifer yang menjawab."Hello Jen, Adam ni. Aku perlukan bantuan kamu."
"Kenapa?"
"Siapa?" Kedengaran suara bertanya.
"Adam." Jenifer memberitahu.
"Hello Adam." Suara lelaki.
"Aku perlu bantuan. Ni Khai ke? Adi macam mana?"
"Ya, Adi tak apa-apa. Dia sedang tidur tu. Berehat. Apa yang boleh saya bantu?"
"Kami nak berpindah ke hospital sana. Papa bimbang tentang keselamatan Datin Munirah dan Hafiz."
"Okey, aku akan uruskan. Aku akan ke sana sekejap lagi."Adam memberitahu papanya tentang apa yang berlaku. Datuk Arif akui bahawa Datuk Munir bukan sebarangan orang. Tidak lama kemudian Khairul datang dengan sebuah ambulan. Dia beurusan dengan pihak hospital sebelum membawa pesakitnya keluar.
"Kita ke sana dan berbincang." Khairul memberitahu. Adam dan Datuk Arif akur dan mengikuti ambulan.Adi telah menunggu mereka sebaik sahaja sampai di sana. Adi telah menempatkan semua pesakit di tempat istimewa.
"Kau dah okey?"
"Aku pening saja tadi. Kurang tidur."
"Orang suruh balik yang kau ikut sekali kenapa? Dari tadi kau tu nampak pucat."
"Biasa le aku ni kan lemah sikit."
"Mereka tu akan selamat ke? Macam mana kalau Datuk Munir mencari."
"Mazlan dah buat laporan polis dan orang-orang Mazlan akan jaga keselamatan mereka."
"Siapa Mazlan ni, dia kerja dengan syarikat kita kan?"
"Dia wakil dari JL, dulu dia bekas komando. Dia berhenti kerana ada masalah sedikit. Tetapi dia seorang yang berdisplin. Aku kenal dia sejak aku kenal dengan John. Dia banyak membantu John dan sebab itu John percayakan dia. Bila aku minta bantuan, dia dengan rela hati menolong."
"Kau dengan John ni baik ke?"
"Aku adik iparkan."
"Lupa pula ."Datuk Munir begitu marah apabila rancangannya sekali lagi gagal.
"Sabar papa, perempuan tua tu dah tak berguna pun untuk papa. Mereka tidak akan berani bersuara."
"Memang mama kamu tu tak berguna kepada papa, namun begitu kita kena dapatkan Adi."
"Itu tak jadi masalah uncle. Gambar Adi ada dalam tangan kita. Kita boleh ugut dia supaya berkahwin dengan Farhan."
"Kamu memang bijak, Sean." Datuk Munir ketawa keriangan. Dia tidak menghiraukan tentang kehilangan isterinya yang selama ini dia abaikan. Selama ini dia masih bersama isterinya kerana harta milik isterinya masih dia tidak dapat tetapi apabila ingin menyelamatkan Hafiz, isterinya telah menyerah semuanya kepadanya. Tidak perlu dia mengikat wanita tua yang tak berguna itu lagi.Datuk Arif terkejut dengan kehadiran Datuk Munir dan Farhan malam itu. Ingin sahaja dia menghalau mereka tetapi Adi menerima tetamu dengan hati yang terbuka. Dia akur dengan cara Adi. Adi lebih tenang walaupun depannya seorang musuh.
"Apa tujuan Datuk datang bertemu kami malam ni?"
Hati Farhan geram apabila melihat Jenifer duduk di sisi Adi. Malahan jari jemari Jenifer di gengam erat oleh Adi.
"Farhan dah ceritakan apa yang berlaku pada malam itu. Aku nak kamu bertanggungjawab."
"Bertanggungjawab. Apa yang suami saya dah buat?"
"Aku nak Adi nikah aku tetapi aku tak mahu bermadu."
"Aku pun tak mahu bermadu dengan kau!"
"Nurul..." Adi menegur Jenifer. Jenifer segera berishtifar. Dia juga melihat suaminya begitu tenang dalam hadapi masalah.
"Apa maksud Datuk tentang anak saya bertanggungjawab." Datuk Arif berbasa basi."Kenapa mereka tu datang?" Tanya Datuk Arif saat Ayu memberitahu tentang ada tetamu.
"Mesti hal itu lah." Kata Adam.
"Hal apa?"
"Ayah tenang je bila dengar apa usul mereka."
"Papa tak faham? " Datuk Arif melihat ke arah kedua anak kembarnya. Kini mereka lebih banyak persamaannya.
"Papa dengar dan bila tiba masanya, Adam akan buat ambush."
"Nak serang apa pula ni?"
"Nenek, papa kena sedia dengan semua serangan dari mereka. Jaga jantung papa dan nenek. Tapi percayalah, itu semua helah mereka."
"Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Merka dah lama menunggu, kita jumpa tetamu dulu. Jangan abaikan tetamu, tetamu kan pembawa rezeki."
Adi terus ke ruang tamu.Datuk Munir memandang ke arah Farhan sambil tersenyum. Farhan mengeluarkan sampul dan menyerahkan kepada Jenifer tetapi di ambil oleh Adi. Adi hanya melihat sedikit sebelum memasukkan semula ke dalam sampul.
"Kenapa tidak mahu tunjukkan gambar kepada dia? Biar dia tahu hubungan kita dan minta cerai dari abang."
"Saya tidak akan ceraikan dia. Saya sayangkan dia."
"Tapi macam mana dengan kita. Macam mana kalau saya mengandung abang?"
Adi terdiam.
"Malam tu abang dah janji jika saya serahkan segalanya kepda abang, abang akan menikahi saya. Abang akan ceraikan dia." Farhan menangis.
Adam hanya mengintai dari ruang dapur.
"Pandainya kamu berlakon Farhan."
"Hah? Apa abang cakap?"
"Tu perempuan jalang tu, menipu je kerjanya."
"Dia kan tunang abang?"
"Ni nak nikah dengan Adi."
"Abang Adi kan sayang kak Jen, tak kan abang Adi nak memadukan kan Jen."
"Aku pun tak nak dia jadi kakak ipar aku. Sian Adi kena buli, seeedangkan dia boleh enjoy dengan lelaki lain. Masa untuk bertindak."
Adam masuk ke ruang tamu sambil membawa minuman di dalam mug. Mugnya di serah kepada Adi.
"Sampul apa ni?" Adam mengambil sampul dan duduk sebelah Farhan.
"Hmmmm... cantik juga tubuh you."
"Tu bukan untuk tatapan you lah!"
"Tapi you akan ugut Adi akan sebarkan gambar ni kepada umum kalau dia tak mahu menikah dengan you."
"Adi harus bertanggungjawab."
"Uncle pasti Adi?"
"Apa maksud kamu?"
"Papa, papa pasti ke ini gambar Adi?" Adam mengeluarkan separuh gambar dan menunjuknya kepada Datuk Arif.
"Jenny jangan risau, Adi tidak melakukannya. You dah jadi tunang I dan tak salah pun kalau I tidur dengan you. Tapi I rasa malam tu bukan I seorang yang you hiburkan."
"Apa yang kamu cakap ni, Adam?"
"Uncle, Adam pun ada banyak koleksi untuk tunjuk pad umum. Kalau gambar tu keluar, bagaimana kalau gambar ni pula yang jadi tatapan umum?"
Adam menunjuk gambar di dalam telefonnya kepada Datuk Munir. Bukan setakat gambar Farhan dan sean, dia juga ada simpanan gambar Datuk Munir dengan Keysha.
"Apa makksud kamu ni Adam?" Datuk Munir berdiri.
"Kalau dulu uncle nak ugut papa dengan gambar mama tapi tak berjaya, ni nak ugut Adi pula. Uncle, jangan le jatuhkan orang dengan memeras ugut."
"Kamu sekeluarga memang menjengkilkan. Farhan, mari kita balik." MArah Datuk Munir.
"Uncle datang kamu tak jemput, uncle pergi , kami tak halau."
Datuk Munir dan Farhan keluar dengan tergesa-gesa.
"Adam... Adam."
"Cool bro, gambar tu bakarkan, lebih baik malam ni kau layan isteri kau."
"Isk, kau ni." Mereka berdua ketawa.
Datuk Arif tersenyum. Dia gembira melihat mereka kembali rapat. Dia berdoa supaya keluarganya kembali bersatu.[1244pp]
ASSALAMUALAIKUM
SEMOGA TERHIBUR DENGAN CITE INI
JANGAN LUPA VOTE DAN KOMEN
IBU INGIN BAIKI PENULISAN IBU
TQ
LOVE YOU ALLDHAZZMI
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...