BAB 7

137 4 0
                                    

{11 TAHUN YANG LALU}

ADI  hanya terdiam saat ibunya menunjukkan surat perceraian. Hazlina serba salah melihat anaknya berdiam.
"Adi marah ibu?"
"Memang ini pun ayah inginkan. Dia dah ada keluarga lain. Ibu pun harus mencari kehidupan ibu."
"Tapi Adi..."
"Biarkan dia ibu.... cuma... "
"Adi nak sesuatu?" Hazlina bimbang Adi akan minta seperti Khairul inginkan.
"Hmmmm... Ibu, Di tak nak duduk asrama, boleh tak."
"La, kenapa pula?"
"Makanannya tak sesedap masakan ibu." Kata Adi manja sambil melentuk kepalanya di bahu ibunya.
"Kalau itu, boleh je. Ingat kan nak minta macam Khai."
"Khai minta apa?"
"Di tak tahu?"
Adi menggeleng.
"Mama Biah dok bising kata Khai nak kereta. Dia nak berulang alik ke kuliah."
"Ala, mereka mampu, ibu. Adi cuma nak bantu ibu."
"Nak bantu ibu?"
"Adi dah jumpa Uncle Tong. Dia suruh Adi datang kerja esok."
"Tapi Di kan belajar."
"Uncle Tong bagi gaji ikut jam. Adi boleh datang waktu tamat kuliah. Kelas bukannya sepanjang masa."
Hazlina diam. Dia tahu dia tidak dapat halang ADi. Sejak dari dulu.

Dr. Azman tidak menyetujui tindakan Hazlina membenarkan Adi. Hazlina tidak mampu menghalang Adi. Namun dia gembira apabila melihat wajah Adi sering tersenyum. Sepanjang cuti semesta, Adi bekerja sepanjang masa tetapi apabila semesta di buka, Adi membahagikan masanya.

Petang itu, Adi memohon pulang awal kerana dia kerja dari awal pagi pada hujung minggu. Ada kerja yang perlu di lakukan.
"Hmmm, kita nak mulakan dia mana dulu?" Tanya Khairul. Mereka mengulangkaji pelajaran bersama.
"Eh, mana kertas aku. Alamak, aku tertinggal kat kilang. Tadi aku baca. Khai, aku pergi ambil."
"Aku hantar?"
"Tak perlu, naik basikal aku lagi cepat. Masa ni jem jalan tu." Adi keluar dari rumah. Khairul hanya berbaring di atas katil Adi.

Adi terus ke kilang. Sewaktu sampai, keadaan kilang sunyi.
"Mana pekerja semua. Tak kan mereka keluar waktu ni." Adi terus ke stesen tempat kerjanya. Kelihatan kertas kerjanya masih ada di tempatnya. Adi mengambil dan masukkan di dalam begnya. Sebaik sahaja dia mahu melangkah badannya di rempuh seseorang. Adi terjatuh. Apabila dia bangun semula, dia terhidu asap.
"Asap? Dari mana?" Adi mencari punca bau tersebut. Dia melihat api marah dari kawasan belakang.  Kebekaran datang dari pejabat majikannya.
"Kereta Uncle masih ada kat depan. Mesti uncle belum balik. Uncle! Uncle!"  Adi terus mencari majikannya. Dia terlihat Tauke Tong terbaring di dalam biliknya.
"Uncle bangun. Uncle!"
Api semakin marak.  Adi terus menggendong Tauke Tong. BAdan Tauke Tong yang besar melambatkan Adi berjalan keluar. Dia terbatuk-batuk sepanjang membawa majikannya keluar. Sebaik sahaja dia dapat keluar, Adi terus pengsan.

Suara alunan ayat suci dari ibunya mengejutkannya. Sekelilingnya kelihatan berbeza.
"Ibu."
"YA Allah, syukur Alhamdulillah. Kau dah sedar Adi."
"Kita kat mana?"
"Adi tidak sedarkan diri selama  dua hari selepas selamat Tauke Tong."
"Dua hari ibu?"
"Adi rehat ya, ibu pergi panggil papa Azman."

Tauke Tong  tersenyum melihat Adi.
"Uncle macam mana?"
"Ala sikit saja ini kepala... cilaka punya menantu."
"Apa yang dah berlaku?"
"Dia minta duit pada Ah Mei. Uncle tarak kasi. Dia datang minta sendili. Bila uncle tak bagi, dia pukul uncle dan curi duit petty cash."
"Macam mana boleh terbakar?"
"Dia bakar la."
Adi terdiam.
"Adi, wa banyak kasihan sama lu."
"Uncle yang rugi, kenapa kasihan sama saya."
"Uncle tara kisah. Uncle mahu rehat tetapi lu, tara keje."
"Tak apa uncle, rezeki ada di mana-mana."
"Adi, lu manyak baik. Ni, ada sedikit hadiah wa bagi lu. Wa harap kau dapat capai cita-cita lu."
"Terima kasih uncle."
"Baiklah Adi, wa balik dulu."

Adi termenung jauh. Hampir 2 bulan dia tidak bekerja. Duit hadiah Tauke Tong semakin berkurangan. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya.
"Adi!" Jerit gadis kecukan cina berlari ke arah mereka.
"Hai sayang." Khairul menegur gadis itu.
"Siapa sayang kau? Adi." Adi masih berdiam.  Jenifer melihat ke arah Khairul dan memberi isyarat bertanya kenapa. Khairul hanya mengangkat bahunya.
"Di... kenapa ni? Kau tak sihat ke?"
"Tak ada apa-apa Jen."
"Kalau tiada apa-apa, jangan le muka macam tu, dah tak hensem dah."
"Aku susah hati sebab aku tak ada kerja."
"Kau nak kerja kenapa?"
"Aku nak bantu ibu aku lah."
"Tapi kau  masih belajar."
"Kau tak kan faham aku... " Adi mencapai begnya untuk berlalu.
"Adi... Adi tunggu sekejap." Jenifer memegang tangan Adi. Adi melihat tangan Jenifer. Perlahan dia melepaskan lengan Adi.
"Maaf... aku boleh bantu kau."
"Maksud kau? " Khairul yang nampak teruja.
"Pak cik aku baru membuka kelab golf. Aku cuba tanyakan dia."
"Betul ni Jen."
"Ya."
"Thank."
Mereka bertiga beredar ke kelas. Hari mereka berlalu dengan tugasan sebagai pelajar.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now