AYU melihat ke arah keluar dari pintu cermin serambi pangsapuri mewah milik Adi. Menang jelas dia nampak rumah yang pernah menjadi tempat tinggalnya. Dia nampak Adam keluar dari kawasan rumah tersebut. Ingin sahaja dia bertemu maknya tetapi dia teringat pesanan Adi. Bahaya jika Adam menemuinya. Ayu mengeluh. Dia merasa bosan. Sejak dari pagi dia telah mengemas rumah itu. Ada bilik yang berkunci, tidak dapat dibukanya. Kelihatan buku-buka bahasa Inggeris tersusun rapi di satu sudut. Mungkiin Adi memang suka membaca. Dia tercari-cari gambar perkahwinan Adi. Tiada satu gambarpun di dalam rumah itu. Kenapa Adi menyembunyikan segalanya.
Sementara itu Datuk Munir keresahan. Niatnya menjatuhkan RH kini semakin sukar. Dia masih ingat kenangan yang lalu.
Sejak Datuk Rahmad memutuskan hubungan dangan anak tunggalnya, Datuk Rahmad menjadi lelaki gila kerja. Datuk Rahmad lakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan. Dia mencari hartanya sampai dia tidak menghiraukan dia telah menindas rakan peniaganya. Untuk berjaya, pelbagai cara Datuk Rahmad lakukan untuk menjatuhkan persaingnya.
Waktu itu dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Munirah. Pernikahannya dengan Munirah kerana perniagaan. Dia tidak pernah menyintai Munirah.
"Munir, papa akann menyerahkan perniagaan papa kepada kamu untuk menguruskannya. Papa dah tua untuk menguruskannya." Ujar mertuanya. Apabila dia mengambil alih syarikat bapa mertuanya, dia banyak mengalirkan wang syarikat bapa mertuanya kepada bapanya. Selain itu, dia banyak menghabiskan wang dengan berpoya. Begitu juga dengan Munirahh, yang sentiasa melancong ke seluruh dunia. Kelalaiannya membuat banyak tender utamanya jatuh ke tangan Datuk Rahmad. Kehilangan salah satu tender utama membuat bapa mertuanya jatuh sakit. Dia hampir jatuh muflis jika keluarganya tidak membantu."Nir, kamu kena lakukan sesuatu untuk mendapat kepercayaan orang lain." Bapanya memberi nasihat.
"Kenapa kamu ni Munir?" Tanya rakannya ketika dia bersantai dengan mereka. Alunan muzik yang menghayalkan menenangkan fikirannya.
"Bapa mertua aku marahkan aku."
"Sebab tender tu. Kau bukan tidak tahu dengan orang tua gila tu. Kita cuai, dia rampas."
"Kenapa orang tua tu begitu?"
"Kau nampak tak, dia cuba jatuhkan keluarga kita. Sebab kita."
"Kenapa kita?"
"Kerana kita yang bersama Arif dulu. Kita biarkan Arif dulu. Dia kehilangan Arif kerana kita."
"Gila orang tua tu. Dia hilang Arif kerana dia halau Arif. Dia yang tidak terima menantu orang kampung. Bukan salah kita."
Mereka hanya menggelangkan kepala. Amat sukar untuk menjatuhkan Datuk Rahmad saat itu.
"Tu siapa? " Mata Munir tertacap susuk tubuh yang mengiurkan sedang menari. Gadis remaja itu menarik perhatiannya.
"Tu, Nisa, anak Datuk Yusuf."
Munir tersenyum. Dia tahu cara menarik minat keluarga mertuanya. Dia ingin bersaing dengan Datuk Rahmad.
Sejak itu dia cuba memikat Nisa. Nisa, gadis remaja yang senang dikaburi dengan kata manis. Dia sering keluar dengan Nisa dan bermain cinta dengan Nisa. Nisa tidak tahu yang Munir sudah mempunyai isteri. Hubungan rapat mereka membuat mereka terlanjur. Mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri. Hasil hubungan itu membuat Nisa mengandung. Keluarganya juga tahu tentang hubungan dia dengan Nisa. Munirah juga mengandung. Dia tidak mengaku anak yang dikandung oleh Nisa anaknya. Oleh kerana malu, keluarga Nisa membawa NIsa ke luar negara.
Penghijrahan keluarga Datuk Yusuf memberi impak besar kepada keluarga mertuanya. Dia sendiri berjanji untuk mendapat pelaburan dari Datuk Yusuf juga menjadi mangsa marah bapa mertuanya. Mertuanya menghantarnya bekerja dengan bapa saudara Munirah untuk belajar. Dia kena belajar dari bawah. Hatinya sakit kerana di layan seperti budak suruhan. Munirah juga tidak melayannya dangan baik. Sejak mengandung anak sulung, mereka jarang berjumpa.
"Mun, Mun maarahkan abang ke?" Tanyanya saat dia bertemu dengan isterinya. Sebulan sekali dia dibenarkan pulang bertemu dengan keluarganya.
"Abang tahu apa kesalahan abang."
"Apa yang abang dah buat?
"Bukan Mun tak tahu hubungan abang dengan Nisa. "
"Abang minta maaf, Mun. Abang cuma nak dapat perhatian Datuk Yusuf."
Dalam belajar dengan bapa saudara Munirah, Munir mempelajari sesuatu. Untuk menjatuhkan musuh, kita mesti masuk ke dalam empayar musuh. Dalam diam, dia menjadi musuh dalam selimut. Dia menjatuh dan merampas empayar bapa saudara Munirah secara diam. Dia dapat menguasai sepenuhnya dalam masa yang singkat. Semua terkejut dengan tindakannya.Dia kembali kepada keluarga mertuanya dengan kejayaan. Dia tidak menyangka Datuk Yusuf kembali semula ke tanah air. Dia ingin merampas milik Datuk Yusuf tetapi dia dikecewakan apabila Datuk Yusuf memilih untuk berkerjasama dengan Datuk Rahmad. Paling menyakitkan hati, Arif menjadi pilihan Nisa. Dia terus mengistiharkan Arif menjadi musuhnya. Berkali-kali dia cuba menjatuhkan Arif tetapi Arif semakin berjaya.
Kini dia mencari jalan lain untuk menjatuhkan Datuk Arif. Dia membenci Datuk Arif hanya kerana dia terpaksa bekerja sebagai pekerja bawahan. Dia terpaksa menahan maki hina kerana Arif. Dia terus menyimpan dendam.
"Far, macam mana syarikat RH boleh naik semula. BUkan papa dah upah Keysha kikiskan harta Adam."
"Papa upah Keysha? Macam mana dengan Far? Far kan tunang Adam."
"Tunang tu hanya buat mereka percaya kepada kita."
"Habis tu..."
"Adam tidak sesuai dengan Far. Adam tu tidak tahu apa-apa. Bagaimana kalau papa jodohkan kamu dengan Adi."
"Adi lebih lembut bicaranya." Farhan mula berangan tentang Adi. Tutur kata Adi membuat hatinya tenang. Adi tidak pernah memandangnya.
"Adi bukannya nak pandang Far lah."
"Kamu cuba ubah pakaian kamu tu. Cuba jumpa dia dengan pakaian yang lebih sopan."
Farhan bertekad supaya dapat memikat Adi. Namun begitu beberapa hari Adi tidak masuk ke pejabat. Niat dia tidak menjadi.Adi membawa Jenifer pulang bersamanya. Kedatangan Jenifer di sambut Ayu.
"Ayu, ni abang kenalkan isteri abang Kak Nurul." Ayu bersalaman dengan Jenifer.
"Kakak kenapa ni? Ni kan kawan abang dulu?"
"Ya, kami berkawan sejak belajar bersama di U. Kak Nurul ni baru lepas kemalangan. Abang minta Ayu tolong jaga kakak untuk abang. Abang mungkin sibuk dan kadang kala tidak balik sebab balik ke rumah Datuk. Datuk tidak tahu abang dah berkahwin."
"Abang tak bertahu nak balik hari ni, Ayu tak masak apa-apa."
"Tak apa Ayu, malam ni kita ajak abang maaaakan kat luar. Ayu berehat lah. Kakak dengan abang pun nak berehat sekejap."
Ayu akur. Dia melihat pasangan bahagia itu masuk ke dalam bilik mereka. Ayu akur, mereka memang sepadan. Apabila melihat pasangan bahagia itu, dia teringat kepada insan yang bertahta di hatinya. Kakinya melangkah ke pintu cermin. Dia melihat ke arah rumah agam. Dia mengeluh.
"Merindui orang sana ke?"
"Eh, abang Adi. Kalau Ayu rindu dia pun, dia tidak pernah rindukan Ayu."
"Ayu kena perbanyakkan doa supaya hatinya lembut untuk diri Ayu."
"Abang dulu macam mana?"
"Abang? Macam mana apa?"
"Kan abang cakap orang macam kita tak akan setanding dengan mereka."
"Ayu, sebenarnya kakak yang mengejar cinta abang. Abang tidak mahu menerima cinta abang."
"Sayang, tadi kata penat nak rehat."
"Bila baring tidak mahu pula. Lebih baik berkenalan dengan rapat Ayu ni. Betul tak Ayu."
Ayu mendekati Jenifer dan menolak Jenifer ke arah Adi. Adi membuka pintu gelangsar untuk mereka ke balkoni. Adi duduk di kerusi yang tersedia.
"Hoi orang sebelah, buat apa?" Jeritnya.
"Tahu je orang kat luar." Kedengaran suara dari sebelah.
"Lagu kau tu dengar sampai sini. Sampai bila kau nak tunggu janda." Kedengaran tawa Khairul sebelum lagu tersebut hilang. Tidak lama kemudian, loceng pintu rumah mereka berbunyi. Ayu segera membuka pintu. Kemudian dia terus ke dapur menyediakan minuman untuk majikannya. Kedengaran tawa mereka. Mereka berbual mesra sambil menikmati minum petang.[1164pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...