[SEKARANG]
ADI melihat ke sebelahnya. Adik bongsunya berjalan di sisinya. Dulu, adiknya selalu menemaninya setiap kali mereka ke surau. Setiap waktu mereka akan berjemaah di surau bersama ayah mereka. Kini, mereka tidak menemaninya lagi. Mereka terlalu sibuk.
"Terima kasih abang Adi." Adi tersenyum melihat adiknya. Tangannya membelai rambut adiknya.
"Sama-sama Amir. Dah pergi kejutkan kak Mira, nanti dia terlepas solat subuh."
"Mira dah bangun le abang Adi. Dah siap pun."
"Kalau macam tu, abang dengan Amir kena bersiap ni. Nanti kita bersarapan bersama."
Amira kembali ke biliknya untuk mengambil beg sekolahnya.Mak Ngah melihat kelibat Adi menghilang ke dalam bilik.
"Bertuah sekali Adi datang ke mari."
"Kenapa mak?"
"Budak berdua tu dapat di lentur oleh Adi, kalau tak jadi macam Anita dengan Adam. Tak tahu halal haram."
Ayu terdiam. Bila nama Adam disebut, jantungnya berdenyut kencang.Selesai menghantar adik-adiknya, Adi menguruskan kebunnya. Dia melihat hasil tanamannya semakin besar dan subur.
"Nanti bila dah keluar hasilnya, boleh le ibu masakkan kari kepala ikan dengan cili muda dan bendi ni." Teringat waktu menanam bersama ibunya. Mungkin tanaman mereka sudah mengeluarkan hasil. dia merindui ibunya tetapi dia tidak dapat pulang saat ini. Masih ada urusan yang harus dia selesaikan.
"Adi..."
"Eh, Datin."
"Datin? Kan kamu juga anak Arif. Kamu kena panggil nenek."
"Maaf, saya bimbang tersilap panggil. Pang..."
"Itu mak cik kamu. Dia gila pangkat."
"Tak baik tau nenek mengata Datin tu."
"Dia dah keluar. Kalau tak menyinga lah dia."
"Adi, sebenarnya... sebenarnya..." Susah dan malu untuk Datin Rokiah melafazkan. Apabila melihat Adi mengajar adik-adiknya menaji dan bersolat, hatinya terusik. Dia sendiri sudah lama sesat dalam kehidupan duniawi.
"Nenek cakaplah, Adi sedia membantu."
"Boleh Adi mengajar nenek macam mana Adi mengajar Amir. Nenek dah lama tinggalkan amalan tu."
"Boleh saja, kita mula dengan solat zohor nanti."
"Tapi...Adi, mahu tak adi mendengar cerita nenek."
"Jom kita duduk di gazebo sana tu. Kalau di kampung, kita duduk atas pangkin bawah pokok je."
"Mesti seronok duduk di suasana kampung kan."
"Kami dah berpindah dari kampung, nenek." Kata ADi sambil memimpin Datin Rokiah.
Datin Rokiah mula bercerita.**********************************
Kemewahan membuat dia lupa daratan. Dia dan suaminya membiarkan anaknya hidup dalam kebebasan. Bukan dia tidak tahu kemasiatan yang anaknya lakukan. Dia sendiri pun hidup dalam kebebasan. Arak sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mereka tidak pernah berubah walaupun anak mereka hilang. Apabila Arif kembali kepangkuan mereka, pada mulanya Arif dan Adam pernah melakukan ibadah. Namun begitu kekayaan mengaburi mata mereka. Apabila Arif berkahwin dengan Nisa, Niasa benyak mempengaruhi kehidupan Arif. Adam sendiri mencari ketenangan dengan pengaruh luar. Sekolah swasta tempat pemuda kaya menuntut ilmu membuat Adam berubah.
Namun begitu kekayaan tidak dapat membeli kesihatan. Datuk Rahmat jatuh sakit. Datin Rokiah tetap dengan aktiviti sosalnya dan tidak memperdulikan suaminya. Ngah yang menjaga suaminya sepanjang masa. Nagh yang sentiasa bersolat menarik perhatian Datuk Rahmat. Dia mula membaca buka mengenai agama. Datuk Rahmat kembali ke pangkuan jalan kebenaran. Datuk Rahmat sering menasihati keluarganya untuk kembali ke pangkal jalan tetapi tiada mendengarnya. Datuk Rahmat juga meminta Arif mencari Hazlina kerana dia ingin meminta maaf. Arif abaikan permintaan bapanya. Semakin hari kesihatan Datuk Rahmat semakin tenat. Dia hanya mengadu kepada Ngah. Dia ingin menyunting Ngah menjadi isterinya supaya halal menyentuhnya. Datin Rokiah menghalang malah memarahi suaminya. Dia mengeluarkan kata kesat kepada suaminya. Sehingga akhir hayat suaminya, Datin Rokiah tidak bersama suaminya. Hanya Ngah sahaja yang bersama suaminya saat Datuk Rahmat menghembuskan nafas terakirnya. Arif dan keluarganya bercuti saat itu.
***********************************
"Nenek berdosa dengan suami nenek. Nenek tidak sempat meminta maaf kepadanya."
"Kesalahan nenek kepad manusia memang tidak dapat dimaafkan kecuali orang itu sendiri tetapi kesalahan nenek kepada Allah, masih belum terlambat untuk bertaubat."
"Tapi nenek sudah tua."
"Masih boleh. Kita mulakan nanti."
"Tapi Adi nenek dah lupa macam mana nak solat."
"Nanti nenek ikut saja saya."
"Terima kasih."
"Saya akan mencarikan seorang ustazah untuk nenek . Saya pun masih kurang ilmunya."
"Terima kasih Adi."
"InsyaAllah, kita sama-sama berusaha."Adi mula mengajak keluarganya bersolat jemaah. Namun begitu dapat tentangan dari Datin Nisa.
"Kau jangan nak tunjuk alim sangat." MArah Datin Nisa. Oleh kerana di herdik oleh Datin Nisa dan Anita, Adi tidak mengajak keluarganya lagi. Sesiapa yang mahu berjemaah, dia sudi menjadi imam mereka. Hanya Amira, Amir, Datin Rokiah, Mak Ngah dan Ayu yang bersolat bersamanya. Adi membantu neneknya membaca ayat utama solat. Adi tidak pernah berputus asa mengajar neneknya. Adi tahu sukar untuk melentur buluh tetapi jika kena caranya, buluh boleh dilentur menjadi wau.Malam itu dia merehatkan badan setelah penat seharian bekerja. Laci berkunci di buka. Dia menarik kotak didalam laci tersebut. Setelah selesai dia menyimpan semula. Dia pasti laci itu berkunci. Dia kembali merebahkan badannya ke atas katil. Telefonnya di capai dan membuka.
ABANG, ALEEN RINDU ABANG. CALL ME PLEASE. ADIK AKAN HADAPI PEPERIKSAAN.
Adi bangun dan keluar dari rumah. Dia terus ke taman berhampiran. Dia menghubungi bapa tirinya.
"Assalamualaikum uncle."
"Waalaikumusalam, Adi. Apa khabar?"
"Sihat uncle. Aleen dah tidur ke?"
"Abang ke tu?" Kedengaran suara adiknya menjerit.
"Tu dia tak sabar nak bercakap dengan kamu."
"Abang!" Jerit Aleen kegembiraan.
"ALeen, jangan jerit lah."
"Rindu kat abang."
Pelbagai cerita Hazleen bercerita dan Adi hanya mendengar. Sejak dia kenal mereka, Hazleen lebih selesa bercerita dengannya dari papa mereka. Setelah lama berbual, telefon bertukar tangan.
"Dimi..." Suara di hujung talian membuat air matanya mengalir. Rindu yang tidak dapat dibendung. Mereka berbual sambil melepaskan rindu. Adi enggan menceritakan kepincangan yang berlaku sekarang ini.
"Dimi, bila tarikh pembedahan?"
"Lambat lagi ibu, banyak ujian yang nak buat. Lagipun ubat masih banyak."
"Di..."
"Ibu jangan risau. Dimi sihat di sini."
Dia enggan melukan hati ibunya. Dia memutuskan talian setelah berbual seketika. ADi termenung seketika."Apa anak muda buat di taman kanak-kanak?"
Adi memusing sambil tersenyum. Rakan baiknya menghampirinya. Khairul menyerah botol minuman untuk rakannya.
"Kau dari mana?"
"Aku minum dekat balcony tadi." Khairul menunjuk ke arah apartmentnya yang berdekatan dengan taman permainan tersebut.
"Kenapa duduk dalam sejuk begini?"
"Aku telefon ibu."
"Ibu apa khabar?"
"Sihat dan bahagia."
"Ibu semakin bahagia tetapi anaknya bila nak bahagia?"
"Aku?"
"Ya ,kau?"
"Macam mana dengan kau?"
"Aku macam dulu, single tetapi hati tidak boleh beralih kepada orang lain."
"Kau lamar lah dia."
"Aku? Sepatutnya kau. Dia masuk Islam pun kerana kau, keperibadian kau. Dia tidak pernah nampak kewujudan aku."
Khairul terdiam. Dia teringat kali pertama dia bertemu Jenifer. Kelewatannya sampai di hari pendaftaran, membuat dia kelam kabut. Dia terlanggar dengan gadis cina kacukan Inggeris semasa pergi ke dewan pendaftaran. Dia gembira apabila tahu gadis itu satu kelas dengannya. Malangnya gadis kaya itu tidak memandang kepada mereka. Dia dan Adi hanya berbasikal ke kuliah kerana mereka tinggal di asrama manakala gadis itu menaiki kereta mewah. Apabila mereka mendapat tugas berpasangan, dia mengharapkan gadis itu menjadi pasangannya tetapi pasangan Adi. Sejak itu gadis itu, Jenifer, menjadi rakan mereka. Dia hanya wujud sebagai rakan. Dia tahu perasaan Jenifer hanya kepada Adi namun Adi hanya memikirkan pelajaran dan kerjaya.
"Khai... Khai... kata tak ada apa-apa tetapi berangan jauh."
"Aku teringat masa mula-mula jumpa dia."
"Ya, kau gelar Miss Over."
"Shhhh... kau jangan bagitahu dia."
"Tapi itu lah daya tariknya."
"Over but funny."
Mereka ketawa. Jika Jenifer ada bersama mereka mesti dia akan menarik muka. Muncungnya seperti itik.
"Bro, dah lewat ni. Kau tak seharus bersejuk begini."
Adi melihat ke arah jamnya. Kemudian dia bangun. Khairul mengikutinya. Mereka berbual sehingga berdekatan dengan rumah Adi.
"Okey bro, jumpa esok kat masjid. Jangan tak bangun pula. Aku repot kat mama."
"Okey...okey... pagi tadi aku terbabas."
"Aku call kau esok."
Mereka berpisah. Dari jauh Adi melihat kereta Adam pulang.
"Awal budak ni balik, baru pukul 1."
Adam memberhentikan kereta di depan Adi.
"Kau dari mana?"
"Aku tak boleh tidur, saja berjalan-jalan."
Adam memakir keretanya sebelum mendekati Adi.
"Malam macam ni kau tak takut hantu ke?"
"Dulu kau yang takut kan? Kau suka berzikir sepanjang jalan."
Adam terdiam. Dia terus berjalan masuk ke dalam rumah.
"Jangan lupa kunci pintu semua!" Jerit Adam. Dia tidak ada mood tuk bertengkar dengan Adi. Hari ini dia asyik bertengkar dengan Farhan dan teman wanitanya. Salahnya juga mempunyai ramai teman wanita. Mereka cemburu. Adi memastikan semua pintu berkunci sebelum masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan badannya. Di dalam hatinya dia berdoa supaya Adam akan berubah. Sekali lagi air matanya mengalir."Adam, aku rindu Adam yang dulu. Adam yang akan pastikan aku selamat di sisinya. Adam seorang pelindung."
[1379 pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...