FARHAN meneruskan rancangannya. Berkali-kali cuba mendekati Adi, namun ADi tidak pernah keseorangan. Panggilan telefonnya sentiasa dijawab oleh seorang perempuan. Manakala Datuk Munir semakin susah hati kerana dia sering tewas dengan Datuk Arif. Dia tidak dapat menandingi Datuk Arif lagi.
"Kenapa tender mereka tidak sama dengan apa yang kita dapat. Apa yang berlaku ni?"
"Dia telah bertukar ke jabatan lain. Dia tidak dapat maklumat sepenuhnya."
"Kenapa kamu diam saja. upah orang dalam syarikat tu yang boleh beri maklumat kepada kita."
"Tapi...."MAlang bagi pekerjanya, dia yang terperangkap dalam kes rasuah. Datuk MUnir melepaskan tangan apabila dia ditangkap. Adi datang bertemu dengan pemuda malang tersebut.
"Nama kamu Yusuf, betul."
"Ya, encik."
"Berapa lama kamu bekerja dengan Datuk Munir?"
"Hampir 10 tahun."
"Berapa lama kami buat kerja membeli maklumat ni?"
"Dalam.... lebih kurang 5 tahun."
"Semua maklumat syarikat Datuk Arif?"
"Ada beberapa syarikat lain yang menjadi saingan Datuk Munir."
"Kamu banyak berkhidmat untuk Datuk, tapi kenapa Datuk lepas tangan?"
Pemuda itu tunduk. Dia menyesal dan terbayang wajah ahli keluarganya. Dia bekerja untuk mereka.
"Saya boleh bantu awak tetapi dengan syarat."
"Apa saja tuan, saya menyesal."
"Setelah awak bebas, awak kembali kepada Datuk Munir tetapi, awak membantu saya. Lapurkan segala aktiviti dia. Boleh?"
"Tapi kalau dia suruh beli maklumat lagi?"
"Awak beritahu saya. Boleh?"
Yusuf akur. Dia tidak mahu berada di dalam lokap lagi.
"Kalau dia tidak mahu mengambil awak bekerja dengannya, datang berjumpa dengan saya. Saya akan bantu awak."
"Terima kasih encik."Adam menghabiskan masa di dalam bilik Adi. Ada perkara yang mereka berbincang hal.
"Wow, nama kau kini jadi sebutan."
"Hey, kau pun apa kurangnya. Kini kau banyak menaikan nama syarikat."
"Siapa guru aku."
Adi tersenyum. Kini dia rasa hubungan mereka semakin rapat. Adam dah banyak berubah. Adam mungkin selama ini memberontak tetapi dia tunjuk cara dia.
"Di, kau tahu tak."
"Mana aku tahu..."
"Isk, kau ni, selalu potong cakap aku. Aku nak cakap, Ayu dah balik."
"Ayu, kenapa?"
"Adi, aku baaanyak bersalah kepadanya. Kau tahu, dulu, dia selalu ambil berat tentang aku. Dalam rumah tu, hanya dia yang layan aku. Tapiiii aku bodoh, dengar sangat hasutan syaitan. Aku utamakan nafsu dari cinta. Tapi dalam diam aku rindu dia, aku cemburu dengan kau. Dia mahu berbuaal dengan aku tidak dengan aku. Kerana cemburukan kau, aku ingin jadi dia milik aku. Tetapi aku rasa cara aku salah. Aku perkosa dia dan dia mengandung. Aku yang bunuh anak aku sendiri. Dia tutup aib aku dan sanggup dibuang keluarga, berpisah dengan maknya. Aku tidak sanggup melihat dia terus menderita. Aku carikan tempat tinggal tapi kau tahu le aku bukannya ada kawan yang baik macam kau."
"Dia memang sesuai untuk kau."
"Habis tu kau ingat siapa yang sesuai, Farhan.... memang tak lah."
"Bercakap tentang Farhan, aku dapat tahu, dia nak perangkap aku."
"Perangkap macam mana?"
"Aku tak tahu."
"Kalau dia call kau beritahu aku."
"Itu yang akku nak dengar dari adik aku."
"Di, kau tak ada teman wanita ke?"
"Teman wanita tak ada isteri adalah."
"Orang serius dia main-main pula."
"Betul, aku dah berkahwin dengan NUrul JAzmi. Aku balik ke rumah dia dan balik lewat ke rumah ayah."
"Kenapa kau rahsiakan?"
"Siapalah aku dalam keluarga. Aku tidak mahu dia terima macam mana ibu terima."
"Sakit sangat bila orang yang kita sayang dihina. Kau kuat dapat pertahan ibu saat itu. Dulu aku bodoh, hanya sembunyi dan tidak berani pertahan ibu. Hanya fikir duit je saat itu."
"Dam, yang penting, kamu dah berubah dan menyenangkan hati ibu bila berjumpa ibu nanti."
"Aku rindu ibu."
"Ibu juga."
"Ibu sihat?"
Adi tidak menjawab tetapi dia menghubungi seseorang. Kemudian dia menghulurkan telefonnya kepada Adam.
"Hello," Adam menjawab teragak-agak.
"Dama..." Suara lembut di hujung talian.
"Ibu..." Tiba-tiba air matanya mengalir. Dia terlalu rindukan suara itu.Datuk Munir semakin resah. Diaaa tidak dapat maklumat mengenai pesaing kuatnya. Kini rahsia RH terkubur. Dia mula keresahan apabila banyak kehilangan tawaran usahasama. Pendapatan syarikat semakin menurun. Kebanyakan ahli perniagaan memuji Adi. Kebijaksanaan Adi menguruskan syarikat papanya membanggakan. Dia mesti menarik ADi ke dalam syarikatnya. Adi akan menaikkan syarikatnya seperti syarikat papanya.
"Panggil Farhan masuk ke dalam pejabat saya sekarang!"
Tidak lama kemudian Farhan masuk ke billiknya.
"Papa, Far tengok Yusuf kerja semula."
"Ya, dia merayu kepada papa. Dia tidak mendedah nama papa pun. Bagi je dia peluang tetapi dia tidak boleh bantu kita lagi."
"Habis tu macam mana papa, sale kita pun semakin berkurang."
"Hanya satu cara saja... Adi."
"Susah nak pikat dia. Call malam-malam hanya perempuan yang angkat. Kekasih dia."
"Seperti yang papa cakap dulu, dia akan bantu jika orang kesusahan."
"So..."
"FAr call dia kata kecemasan... bagi nombor hotel."
"And papa buat serbuan."
"Bijak anak papa. Lepas tu kita buat kecoh, paksa dia kahwin dengan Far."
"Papa pun bijak."
Mereka ketawa keriangan. Mereka tidak sedar ada telinga yang sentiasa memerhati mereka. Dia menghubungi seseorang.Farhan cuba hubungi Adi sekali malam itu. Dia telah menunggu di sebuah hotel.
"Hello..."
"Hey minah, aku nak cakap dengan Adi!" Tiada jawapan dari sebelah sana.
"Assalamualaikum..." Kedengaran suara Adi menjawab.
"Adi, tolong Far.."
"Farhan kenapa?"
"Ni ada klien... di tipu Far. Dia perangkapkan Far ni. Far takut."
"Hmmm... beri lokasi Farhan, saya akan tolong Farhan."
Farhan tersenyum. Perangkapnya mengena. Segera dia menghantar lokasi.Adi menghubungi Adam apabila mendapat lokasi. Khairul, Mazlan dan Naim turut menunggu. Dia pergi bersama Jenifer ke lokasi. Sesampai di hotel berkenaan, Adi mengetuai kumpulan. Mereka terus menuju ke bilik yang di beri. Adi mengetuk pintu.
"Hai, sa..."
"Hello dear... " Adam menerjah masuk dalam bilik tersebut. Adi dan rakan-rakannya mengikut di belakang.
"Wow, mewah bilik ni. Empuknya tilam. Mana VVIP yang perangkapkan you tu Farhan?"
"Kenapa kamu semua datang?"
"You kata kecemasan. Kami datang membantu."
Farhan mati kata-kata. Tidak lama kemudian, pintu bilik di ketuk kuat.
"Buka pintu ni! Kami pencegah maksiat."
Mazlan di belakang sekali membuka pintu.
"Kami dapat lapuran di sini ada kegiatan maksiat."
"Ya, tuan, perempuannnnn ni cuba perangkapkan abang saya. Nasib baik kami datang beramai. Kalau tuan nak tangkap kami, kami sedia menyerah."
"Rasanya hanya perempuan ini yang berpakaian kurang sopan, manakala kami masih lengkap."
Farhan terdiam. Perturan tetap peraturan. Mereka semua ke balai polis untuk memberi penerangan.
Datuk Munir kecewa kerana rancangannya gagal. Adi mempunyai bukti yang kukuh.[1024pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...