BAB 27

108 3 2
                                    

KHAIRUL  memandang ke arah Adi di meja sebelahnya. Adi tekun dengan kerjanya. Sejak dari tadi Adi tidak bersuara. Beberapa kali Khairul berdehem namun Adi tidak perduli.
"Kau marah aku ke Di?"
"Siapa lah aku nak marah kau?"
"Di, aku minta maaf."
"Untuk apa?"
"Di, kau jangan buat aku macam ni."
"Kenapa kau buat aku macam ni?"
"Di, aku belum buat keputusan lagi. Mama dan papa mendesak. Papa Jen pun."
"Sampai bila kau berdua nak tunggu, sampai   bergayut."
"Adi, hati dia bukan milik aku."
"Hati kau?"
"Bagaimana dengan hati kau pula?"
"Penting ke hati aku yang dah rosak ni?"
"Bagi aku kau lebih penting dari sesiapa."
"Dia?"
"Di..."
"Kau tidak pernah fikirkan dia?"
"Aku selalu fikirkan dia Di, nasib dia menunggu kau dengan penuh setia."
"Buat apa dia tunggu aku sedangkan dia ada kau."
"Tapi Di.."
"Buat apa dia menunggu aku yang tidak pernah fikirkan dia. Aku tiada hati langsung terhadap dia. Dia hanya..."
Pintu bilik dibuka kasar. Wajah mencuka.
"Fine... Khai, kita bertunang hujung bulan ni. Nanti beritahu mama!"
"Jenny..."
"Nurul..."
Jenifer keluar semula dan berlalu dari situ.

Sakit hati Jenifer apabila mendengar kata-kata Adi. Apakah maknanya layanan baik Adi kepadanya. Kenapa Adi memilih nama untuknya. Jenifer mengesat air matanya. Sehelai tisu dihulurkan kepadanya.
"Nurul, I am sorry."
"Kau kejam, Di. I dont want to see you!"
"Baik, Nurul." Adi berlalu. Dia tidak sanggup melihat air mata insan yang bertahta dihatinya.

Khairul melihat mereka dari jauh. Adi sentiasa menafikan cintanya tetapi dia yang menderita.Adakah dia akan bahagia jika dia bersama orang yang dia cintai? Adakah dia akan bahagia atas penderitaan   sahabat baiknya sendiri? Khairul melihat Adi kembali ke biliknya dan dia mengikuti Adi.
"Tahniah." Adi tersenyum apabila melihat Khairul masuk ke dalam bilik.
"Thank." Dia terdiam. Dia sendiri tidak tahu hendak berkata-kata. Selama ini dialah penyeri tetapi hari ini lidahnya kelu. Dia hanya mampu melihat Adi melakukan kerjanya. Dia pun menjalankan kerjanya.
"Khai, jom lunch." Adi mengajaknya. Khairul melihat jam di tangan.
"Patutpun tak ada pesakit yang masuk. Banyak juga pesakit hari ni."
"Kau tu serius je dalam kerja tadi, masih marahkan aku?"
"Aku? Pasal apa aku nak marah hang?" Keluar loghat utara Khairul.
"Aku buat    marka hang menangis?"
"Dia tu hati tisu. Jom, aku lapar sangat ni."
"Kau tak ajak Jen sekali ke?"
"Kau tak tahu ke, dia off hari ni."
"Sedih sangat tu. Aku akan ke pejabat ayah aku lepas lunch ni."
"Kau kembali bekerja sekarang ni macam dulu." Hanya senyuman yang membalas kata-kata Khairul.

Adi masuk ke dalam pejabat Nasir sebaik sahaja dia sampai ke pejabat ayahnya. Dia tidak mahu menganggu ayahnya mahupun Adam.
"Maaf, pak cik, saya ganggu pak cik."
"Apa yang pak cik boleh bantu Adi?"
"Saya cuma nak buat kerja, saya guna bilik pak cik ni boleh?"
"Boleh je."
Adi mengambil kerusi di hadapan Nasir. Komputer riba miliknya dikeluarkan dan dia mulakan kerjanya. Sekali sekala mereka berbincang tentang kewangan syarikat.
"Pak cik, macam mana dengan team kita?"
"Mereka menunggu tindakan selanjutnya."
"Saya ada beberapa draf dan kita berbincang bersama."
"Pak cik kan kumpulkan mereka di bilik mesyuarat." Adi mengangguk.

Datuk Arif memanggil Adam ke biliknya. Adam hanya  mengikut arahan sahaja.
"Apa tindakan kamu sekarang ni?"
"Hmmmmm... mana Adam tahu?"
"Apa maksud kamu?"
"Papa pun tahu   yang Adam tidak minat bidang ni. Papa yang paksa dan Adam tidak tahu nak buat apa-apa."
"Tapi syarikat kita ni... Tak palah, papa pergi jumpa Nasir." Datuk Arif banguun dan keluar dari pejabatnya.
"Nasir ada dalam pejabat?"
"Tak ada datuk, dia ada di bilik mesyuarat."
"Bilik mesyuarat? Mesyuarat apa?"
"Maaf datuk, saya tidak tahu. Datuk mahu saya panggilkan?"
"Tak apa, saya lihat sendiri."
Pintu bilik mesyuarat dibuka. Semua kakitangan yang sedang mesyuarat memandang ke arah pintu.
"Kenapa adakan mesyuarat tanpa saya? Adi?" Terkejut Datuk Arif apabila melihat Adi dikalangan mereka.
"Maafkan saya Datuk, kami hanya berbincang strategi menyelamatkan syarikat dan menarik pelanggan semula."
"Bukan ke itu tugas Adam?"
"Encik Adam mendiam dan Adi datang menghulurkan bantuan."
"Adi, kamu..."
"Boleh ayah duduk dan dengar strategi kami."
"Baiklah." Datuk Arif mengambil tempat sebelah Adi. Adi kembali memberi keterangan dan  perancangannya. Datuk  Arif kagum dengan cara Adi menguruskan pasukannya.
"Dan sebelum saya keluar, dan kebetulan Datuk Arif ada di sini, JL setuju menghantar wakil untuk berbincang."
"Bila tu?"
"Saya berjumpa dia dulu dan saya akan  tentukan tarikh. Ayah, kenapa Adam seperti tidak berminat dengan perniagaan ni."
"Entahlah Di, dia disogok dengan kemewahan sejak berpisah dengan kamu. Ayah tak    yakin dia lulus di kolejnya."
"Ayah kena yakin dan percayakan dia. Dia cuma perlukan bimbingan."
Datuk Arif termenung seketika. Adi melihat ayahnya sebelum bangun.
"Saya ada temujanji selepas ini. Kamu jalankan tugas yang kita bincangkan tadi dan kita berjumpa esok tengah hari. Ayah, Adi mohon diri dulu."
Datuk Arif hanya mampu melihat langkah kaki anaknya.

Adam melihat Adi keluar dari bilik mesyuarat. Adi telah dapat memenangi hati papanya. Timbul perasaan cemburu di hatinya. Dia keluar dari pejabat untuk  tenangkan hatinya. Namun begituu kekasihnya terlalu  sibuk. Akhirnya dia ambil keputusan untuk bertemu dengan   Anne. Roy ada di sana.
"Bro, kenapa ni?"
"Mana giirlfriend kau yang diva tu?"
"Kau jangan bebankan aku boleh tak? Dia tu sekarang asyik sibuk."
"Sibuk kerja ke sibuk cari sugar daddy lain."
"Kau jangan buat aku marah!" Adam mencekak baju Roy.
"Roy, Adam, relax... I akan tenangkan kau Adam. I selalu untuk you." Anne menggoda Adam. Adam hanyut dengan dosa.

Adi masuk ke biliknya tergesa-gesa. Dia tidak menyangka pintunya tidak menutup rapat. Datin Nisa kebetulan turun ke  dapur untuk meminta Mak Ngah menyediakan minuman untuknya. Dari celah bukaan pintu, dia melihat Adi mengeluarkan sesuatu dari almarinya. Adi mengambil sebiji botol berisi air jernih dan mengambil jarum. Dia menyuntik dirinya.
"Kau mengambil dadah, Adi. Tunggu, akan bongkarkan rahsia kau." Tekad Datin Nisa.

Adi mengambil ubatannya setelah lama dia tidak mengambilnya. Kebelakangan ini dia sibuk dengan kerja dan tekanan. Adi merebahkan badannya. Dia mengaku dia agak tertekan kebelakangan ini. Bukan dia tidak cemburu apabila dapat tahu berita pertunangan Jenifer tetapi dia cuba tepiskan perasaan tersebut. namun begitu apabila mengenangkan air mata Jenifer, hatinya semakin sakit.

Di
Nurul, maafkan Di kerana menyakiti hatimu. Di tidak berniat membuat Nurul menangis.

Adi menghantar mesej kepada Jenifer. Jenifer membacanya. Adi masih cuba menjaga hatinya walaupun sudah lama Adi menyakitinya. Sejak Adi menolak cintanya dulu, Jenifer tidak pernah berputus asa. Bukan dia tidak tahu bahawa Khairul menaruh minat kepadanya tetapi dia tidak dapat menerima cinta Khairul. Adakah keputusan yang dibuatnya suatu keputusan yang betul. Adakah hanya kerana emosi marahnya dia membuat keputusan. Jenifer tidak dapat melelapkan matanya Wajah Adi dan Khairul bersilih ganti. Kenangan mereka bersama bermain di ruang matanya. Sepanjang malam dia menangis. Dia merindui saat kebahagiaan   mereka bersama.
"Adi I akan terus menyintaimu. Tidak mungkin aku menyerahkan hati ini kepada orang lain."
"Tapi kau lupa Jenny..." Kedengaran bisikan hatinya.
"Tak, aku akan batalkan."
"Kecewakan mama dan papa Khairul. Papa kau sendiri."
"Tak! Aku tidak mahu mengecewakan mereka. Apa yang harus aku lakukan." 
Bisikan pro dan kontra bermain di minda Jenifer. Dia tidak sedar dirinya terlelap dalam kekeliruan dalam dirinya.

[1158pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now