DATIN Nisa keluar dari rumah dengan perasaan marah. Dah lama suaminya tidak berbual tentang bekas isterinya. Kenapa Datuk Arif keluarkan topik itu semula. Dah berkali kali dia memberitahu yang dia tidak setuju. Mungkin juga HAzlina kini telah hidup senang kerana bermenantukan orang kaya.
"Aunty..." Seseorang memanggilnya. Dia berpaling.
"Eh, Farhan, dari mana?"
"Hmmm... aunty ni macam stress je."
Datin Nisa terdiam. Dia memandang sekeliling.
"Aunty nak luahkan ke, jom kita pergi jauh dari sini untuk lepaskan stress."
Datin Nisa akur dan membiarkan Farhan memandu keretanya. Farhan membawa Datin Nisa masuk ke kelab.
"Kenapa kita ke sini?"
"Ala, Aunty,,, tempat ni privasi sikit. Tiada orang akan ganggu kita."
"Tapi Aunty malu lah dah tua masuk sini."
"Biasa lah Aunty, tu ramai yang sebaya aunty yang melepak kat sini." Kelihatan beberapa wanita berumur menghibur diri dengan pemuda-pemuda separuh umur mereka. Mereka duduk di tempat yang agak jauh dari orang ramai.
"Far tak nampak Adi beberapa hari ni, dia ke mana?"
"Berbulan madu dengan Jenifer."
"Betul ke diorang tu kahwin?"
"Entah, air apa ni?"
"Okey air ni, tak memabukkan. Aunty kenal saya?"
"Siapa?"
"Saya kawan Adam dan Farhan masa kolej dulu. Kebetulan berjumpa Farhan, ingat Adam ada di sini."
"Dia jarang keluar malam sekarang ni, sejak Adi pengaruh dia."
"Aunty macam stress je ingatkan Adi."
"Uncle tu, dia nak kembali kepada bekas isterinya. Kalau mereka menikah semula, aunty jadi isteri pertama. Aunty tak mahu."
"Arif tu sepatutnya menghargai you..." Datuk Munir mendekati mereka.
"Nir, you pun ada sini."
"You two, boleh tak biarkan kami berdua berbual."
"Okey, papa." Farhan dan Sean tinggalkan mereka berdua.Mereka berbual mesra. Layanan Datuk Munir membuat Datin Nisa hanyut. Dia merasa dirinya kembali ke zaman remaja. Dia lupa dirinya. Segalanya dalam khayalan. Dia tidak sedar apa yang berlaku kepada dirinya. Keesokkannya dia bangun dengan kepalanya pening. Dia cuba ingat apa yang berlaku. Dia tersenyum mengenangkan sudah lama dia tidak dapat layanan mesra dari Datuk Arif. Kebelakangan ini Datuk Arif lebih banyak menghabiskan masa dengan beribadah.
"Hai, sayang, dah bangun?"
Datin NIsa terkejut apabila melihat Datuk Munir keluar dari bilik air.
"You... you buat apa di sini?"
"Ini rumah I."
Datin Nisa melihat sekeliling. Ya, ini bukan bilik tidurnya. Ini bilik asing. Semalam dia bukan bersama dengan suaminya. Dia menutup tubuhnya dengan selimut.
"Apa yang you dah buat pada I, Munir?"
"You still hebat walaupun dah berumur. You langsung tak macam Mun. I rindu zaman kita bercinta dulu."
"You tak guna, Munir. Macam mana kalau Mun atau Arif tahu."
"You kata semalam yang you dah benci Arif sebab Arif nak kahwin lain."
"Apa yang you cakap ni...."
"I nak lihat, sejauh mana Arif sayang kan you. You mandi dan kita bersarapan kat bawah." Datuk Munir keluar dari biliknya.Datin Nisa turun ke ruang makan. Kelihatan hanya Farhan dan pemuda semalam ada di ruang makan.
'Mereka ni begitu mesra ada hati nak bertunang dengan anak tiri aku. Apa sebenarnya rancangan mereka?'
"Jemput makan Nisa. I ada hal nak bincangkan."
Datin Nisa duduk. Datuk Munir menghulurkan telefonnya. Terpampang gambar aksinya yang mengaibkan.
"You happy malam tadi tetapi happy ke Arif kalau dapat gambar ni?"
"Apa yang you nak?"
"You serahkan saham you dalam syarikat Arif..."
"I tak ada saham... I dah serahkan pada Anita."
"You jangan tipu kami!"
"I nak balik dan I tak nak dengar apa-apa dari you,"
"Datin tak boleh keluar dari rumah ni selagi kami tidak dapat apa yang kami nak." Sean memegang Datin NIsa.
"Apa ni? Lepaskan aku."
"Bawa dia ke bilik tu... Kita akan selesaikan hal ni nanti."
Datin Nisa di bawa ke sebuah bilik. Dia dihumban ke dalam bilik itu sebelum pintu bilik itu di kunci.
"Nisa..." Kedengaran suara perempuan memanggilnya. Datin Nisa berpaling.
"Mun... Munirah, apa yang dah jadi ni?"
"Tolong aku Nisa, anak aku ni dah lama tidak sedar diri. Aku bimbang apa-apa akan berlaku kepada dia."
"Kenapa kamu di kurung di sini?"
"Aku tak tahu, Munir terlalu marahkan Hafiz. Dia pukul Hafiz dan aku halang. Kemudian kami di sumbat di sini."
"Munir tu dah gila."Datuk Arif termenung di ruang tamu. Adi menasihatkannya untuk berehat. Sudah dua hari isterinya menghilang. Selalu dia tidak merajuk begini.
"Arif..."
"Eh mama."
"Kamu sebenarnya bertengkar dengan Nisa ke?"
"Dia marah bila Arif cakap tentang LIna. Arif hanya ingin hidup satu keluarga saja. Arif hanya mahu keita semua berkumpul."
"Dia sayangkan kamu, tu sebab dia cemburu."
"Arif telefon dia tetapi dia tutup telefon. Tak tahu dia merajuk ke mana."
"Beri dia masa."
Datuk Arif akur.Adam masuk ke pejabat papanya untuk mengambil barang. Kelihatan sekeping sampul di atas meja papanya. Dia melihat sekelilling. Tiada orang. Adam mengambil sampul tersebut dan keluar semula.
"Ada orang masuk ke dalam bilik papa saya tak?"
"Tak ada kecuali kak cleaner tu."
"Kak Yah?"
"Bukan orang baru."
"Orang baru?" Adam melihat ke arah Adi yang baru masuk ke pejabatnya. Adi berurusan di luar sebentar tadi..
"Di... Kak Yah, siapa pekerja baru di sini?" Tanya Adam kebetulan pekerja pembersihan ada berdekatan.
"Pekerja baru, mana ada Encik Adam."
"Okey, Di, jom masuk pejabat sekejap."
Mereka masuk ke dalam pejabat.
"Kenapa?" Tanya Adi sebaik sahaja Adam menutup pintu. Adam menghulurkan sampul.
"Sampul apa ni?"
"AKu tak tahu, aku tak buka lagi. Sampul ni ada atas meja papa. Setiausaha papa kata ada cleaner baru, tapi kau dengar tadi Kak Yah kata tak ada."
Adi membuka sampul dan melihat isinya. Beristifar panjang dia. Adam turut melihat.
"Dia berkhayal. BAwah pengaruh dadah."
"Ayah tidak harus tahu hal ni."
"Kerja siapa ni?"
Adi menekan interkomnya. Dia memanggil Mazlan.
"Ada apa Adi?"
"Ada apa-apa berita tentang Datin NIsa?"
"Keretanya masih ada dekat kelab. Tapi agak tersembunyi."
Pintu bilik Adi di ketuk. Adi membenarkan masuk. Karim menjengok.
"Kenapa datang ke sini?"
"Adi, kakak saya tadi keluar pergi ke pasar. Dia berjumpa dengan isteri saya. Dia beritahu, ada seorang wanita sebaya Datin MUnirah di paksa. Wanita menjerit minta dilepaskan tetapi di di bawah ke bilik bawah tanah."
"Mungkin mama."
"Rumah tu di kawal rapi."
Telefon bimbit Adi berdering. Adi melihat skrin sebelum menjawab.
"Assalamualaikum sayang.... ya... bila... okey, I'll pick you and pergi sana. Okey.... waalaikumusalam..."
"Kenapa?"
"Bapa mertua aku datang sini. Aku nak pergi jemput dia. Dia kata ada hal penting. MAzlan, Karim, teruskan kerja kamu tu."
Mereka meelihat ADi keluar dari pejabat. Sampul di atas meja di bawa sekali.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
De TodoAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...