ADI tersenyum melihat hasil tanamannya. Dia akan tuaikan hasilnya sebentar nanti. Dia terbayang masakan ibunya dengan hasil tanamannya. Farhan memerhati Di yang sibuk di kebunnya. Beberapa hari dia berada di situ, tidak pernah nampak Adi kelam kabut ke pejabat. Hujung minggu begini, Adi akan menghabiskan masa di kebun tu. Farhan turun ke bawah untuk mendekati Adi. Sesampai di muka pintu, dia melihat Ayu membawa hidangan untuk Adi. Terus dia mendekati Ayu. Dulang di tangan Ayu mahu di rampas. Ayu tidak mahu melepaskan dulang tersebut kerana dia ingin hidangkan sendiri kepada Adi. Perebutan berlaku antara mereka sehingga air minuman tumpah.
"Dah, pergi ambil air baru. Aku bawa ni." Farhan merampas dulang dari Ayu.
"Bawa sarapan aku sekali." Farhan dengan sombongnya mengarah Ayu. Dia terus membawa hidangan kepada Adi.
"Abang, jom makan..."
"Terima kasih A... eh, Farhan. Kenapa Farhan yang bawa hidangan ni?"
"Kebetulan tadi terlanggar Ayu, air abang jatuh dan tumpah, Ayu nak masuk buat air semula, Far tawar diri nak bawa untuk abang." Farhan menghadiahkan senyuman manis untuk Adi. Adi hanya menunduk sedikit.Ayu merungut masuk ke dalam dapur. Dia mengambul mug yang baru.
"Kenapa ni, dah silap masuk garam dalam minuman."
"Tu, anak orang kaya tu. Dah lah abang Adam dia nak. Abang Adi pun nak sapu."
"Kamu ni..."
Ayu menyediakan air untuk Adi dan Farhan. Hidangan untuk Farhan di bawa bersama.
"Abang, ini air abang." Ayu meletakkan air di atas meja. Adi bangun dan membasuh tangannya. Farhan mengambil hidangannya.
"Ayu tak bawa makanan untuk Ayu sekali?" Tanya Adi.
"Nanti Ayu makan dekat dapur."
"Nah makan ni. Abang minum aja."
"Abang tak makan ke?"
"Tadi di masjid ada hidangan sedikit." Mereka berdua makan sambil Adi hanya memerhati. Mereka berdua sepatutnya hadir dalam hidup Adam tetapi mereka memilih mendekatinya.
"Amboi... amboi... amboi, macam raja di layan dengan dayang-dayang cantik. Kamu berdua mahu bermadu ke?"
Ayu menyudahkan makan di dalam mulut dan bangun. Dia terus masuk ke dapur.
"Ayu, sejak ada jantan ni, kau tak mahu layan aku lagi ya!" Jerit Adam.
"Kau dah kenapa ni Dam?" Farhan mencelah. Hatinya cemburu dengan Ayu. Tidak dinafikan Ayu memang memiliki wajah yang menarik.
"You ni bakal tunang aku ke dia?" Adam menunding jari ke arah Adi. Adi menggelengkan kepala dan memandang ke arah lain. Dia dapat merasa api cemburu Adam. Cemburu pada Farhan atau Ayu.
"You berdua adik beradikkan."
"Maaf, saya minta diri dulu." Adi membawa mug minumannya masuk ke dapur. Dia mencuci mugnya sebelum keluar semula. Dia terus memetik hasil tanamannya untuk di beri kepada Mak Ngah. Dia biarkan Adam dan Farhan berbual.Sebaik sahaja masuk waktu, Adi bersiap untuk ke masjid. Biasanya hari cuti begini, dia tidak menjadi imam kepada ahli keluarganya. Datin Rokiah tidak mahu mendengar bebelan dari mulut Datin Nisa.
Adi menunaikan ibadah dan menghabiskan sedikit masa untuk membaca Al Quran selepas waktu.
"Assalamualaikum," Tegur seorang lelaki berusia. Mungkin sebaya datuknya.
"Waalaikumussalam, eh, Tuan Haji."
"Tak payah panggil pangkat, Adi. Panggil saja Atuk. Rasanya Adi ni macam cucu saya saja."
"Saya pun tak ada datuk. Tok Wan pun pergi semasa saya kecil."
"Adi asal dari utara ke?"
"Ya, Atuk."
"Lama atuk tak nampak Adi berjemaah, Adi ke mana?"
"Saya mempunyai tanggungjawab memimpin keluarga saya. Hanya hari cuit sahaja saya dapat datang."
"Oh, ya, kamu kena kerja untuk menanggung keluarga. Sebenarnya atuk selalu ceritakan hal kamu pada nenek. Dia teringin benar nak jumpa Adi."
"Ya ke? InsyaAllah, saya akan ke rumah atuk. Nanti atuk berikan alamat. Selalunya selepas hantar adik-adik saya sekolah, saya tidak ada kerja. Saya akan datang ke rumah atuk."
Datuk Musthafa memberi alamat dan nombor telefonnyauntuk ADi hubungi. Terkejut Datuk Musthafa apabila melihat Adi mengeluarkan sebuah telefon lama bukan telefon pintar. Semakin mencengksm keinginannya untuk berkenalan dengan pemuda bernama Adi.Seperti yang di janjikan Adi berada dihadapan ruamh Agam milik Datuk Musthafa. Dia tahu Datuk Mustafa seorang pesara peguam dan mempunyai syarikat sendiri. Kini dia hanya pemilik saham terbesar tetapi syarikatnya diuruskan oleh anak saudaranya.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...