MAK NGAH menemani Datin Rokiah untuk temujanji bulanannya. Jika dulu ada Dr. Jenifer, Datin Rokiah tidak perlu menunggu tetapi doktor itu bercuti panjang.
"Ngah, kamu bosan ke teman aku ni?"
"Tak lah Datin cuma fikirkan keadaan rumah tanpa sesiapa urus sarapan mereka. Saya dah sediakan hidangan tu."
"Dulu ada Ayu, di halau."
Mak Ngah tunduk. Dia menahan rasa rindu kepada anaknya. Dia menyesal memarahi anaknya. Naaamun kata-kata Adi membuat dia tersedar."Perkara ni berlaku mesti ada dua pihak. Jika hanya satu pihak, tiada berlaku. Kenapa hanya perempuan sahaja yang menanggungnya manakala si lelaki melepaskan diri. Mak Ngah, Ayu tu tidak pernah keluar rumah tanpa Mak Ngah, tak kan Mak Ngah tidak tahu kalau dia tiada di rumah. Mungkin juga Ayu tu hanya mangsa. Mak Ngah percaya ke pada lelaki di rumah ni?"
Mak Ngah mengangguk sendirian. Datuk Arif dulu pun hampir mencabul kehormatannya. Kedua-dua lelaki dalam rumah itu tidak boleh dipercayai.
"Ngah, kenapa?"
"Tak ada apa-apa."
"Tak kan tak ada apa-apa, aku cakap kamu diam je."
"Maaf datin, datin cakap apa?"
"Cuba kamu tengok perempuan yang tolak kerusi roda tu, macam Ayu."
Mak Ngah melihat ke arah yang ditunding oleh Datin Rokiah. Kelihatan Ayu sedang menyorong kerusi roda seorang wanita. Kelihatan wanita itu seperti gadis cina tetapi bertudung.
"Eh, tu macam Dr. Jenifer. Bila dia bertudung?"
Kelihatan seseorang menghampiri mereka berdua. Gadis di atas kerusi roda menyalami lelaki yang membelakangi mereka. Kemudian lelaki itu mengaambil alih tugas Ayu dan membawa masuk ke dalam bilik rawatan. Ayu ditinggal keseorangan.
"Datin, saya nak tegur Ayu sekejap."
"Jom, kita pergi."
Mereka menghampiri Ayu yang membelakangi mereka. Dia tidak sedar kehadiran mereka.
"Ayu..."
Ayu berpaling. Wajah wanita yang paling dirinduinya di depan matanya sekarang. Ayu merangkul tubuh maknya yang kelihatan sedikit susut..
"Mak.." Air mata membasahi pipinya.
"Ayu... eh, nenek, mak ngah..."
"Adi."
"Nenek datang untuk rawatan ke?"
"Ya, susah sikit sebab Dr. Jenifer cuti."
" Oh.... nurse, tolong berikan saya kad rawatan Datin Rokiah."
"Baik doktor."
"Nenek, mari masuk ke dalam bilik ni. Ayu, kamu pergilah berbual dengan Mak Ngah di kafe. Ni duitnya."
"Banyaknya abang Adi, gaji Ayu pun masih tak berguna. Ambil saja lah. Abang nak rawat nenek kejap.""Dr. Jenifer, kenapa ni?"
"Eh, Datin Rokiah. Saya kemalangan."
"Patut le nenek nak jumpa doktor, mereka kata doktor cuti."
"Nenek nak Jenifer rawat nenek ke? Nurse.."
"Boleh juga."
Jururawat yang masuk ke bilik tersebut manjalankan tugasnya. Adi duduk di kerusinya manakala Khairul masih meneliti fail di mejanya.
"Nenek ganggu kerja doktor ke?" Datin Rokiah mengajukan soalan kepada Khairul.
"Siapa? Nenek tanya saya ke? Saya dah biasa kerja macam ni. Duduk seorang dalam bilik bosan nenek."
"Nenek ni susah hati ke?"
"Kenapa Nurul?"
"Tekanan darah nenek naik ni."
"Nenek kesihankan Mak Ngah kamu tu. Dia tu dah berusia, kerja semakin membeban. Dia tu rindukan anaknya. Nenek rasa Ayu tu tak bersalah."
"Nenek tidak percaya anak dan cucu nenek tu."
"Saya?"
"Ya, cucu nenek yang ini pun macam berahsia je dengan nenek."
"Mana ada, kan saya cakap saya balik berkahwin."
"Ye la tu..."
"Ye, nenek, ni isteri saya,Nurul Jazmi."
"Betul ke doktor?" Jenifer hanya tersenyum sambil mengangguk."Ya Allah, syukur. Kenapa kamu tak bawa Jenifer balik ke rumah. Ni seorang kat sana seorang kat sini."
"Boleh ke Ayu balik semula ke sana?" Jenifer bertanya.
"Sayang.."
"Jen pun dah boleh jalan sendiri kan. Ayu sendiri rindu kepada maknya."
"Adi jangan risau, Adam dah banyak berubah. Nenek akan pastikan Ayu dijaga."
"Saya tidak risaukan Adam tetapi Datin Nisa."
"Dia tidak berani lawan cakap nenek."
"Baiklah nenek, hari ni nenek bawa balik Ayu. Nanti saya akan bawa Jenifer balik ke sana."Farhan menghempas begnya ke atas sofa. Semua rancangannya tidak berjaya. Adam sentiasa menghalangnya.
"Kenapa ni Far?"
"Susah betul nak ajak Adi keluar."
"Kalau cara halus masih tidak berkesan, kita guna cara kasar."
"Cara kasar macma mana papa?"
"Dari apa yang papa tahu, Adi ni cepat simpati kepada orang. Far perangkapkan dia dalam billik hotel. Papa call pencegah maksiat. Kita paksa dia."
"Bernas juga cadangan papa tu."
Farhan tersenyum bangga. Dia dah mula terpikat dengan Adi. Namun mereka tidak sedar perbualan mereka didengari seseorang.Telefon ADi berdering. Jenifer melihat nama pemanggilnya. Kemudian dia berpaling ke arah Adi yang berbual dengan Khairul di serambi rumah sebelah. Sejak Adi berpindah ke rumahnya, Khairul telah menebuk dinding pembahagi serambi untuk di jadikan pintu. Ia membebaskan mereka keluar masuk. Adi masih tidak perasan telefonnya berdering. Jenifer mengambil keputusan menjawab panggilan tersebut.
"Hello..." Kedengaran suara perempuan di hujung talian. Siapa pula bersama Adi.
"Awak siapa?" Farhan terus menempelak.
Jeniferr tersenyum.
'Kau nak rampas dia dari aku ya Farhan. Aku tidak akan benarkan.'
"I kekasih Adi, you siapa?"
"Hey, betina, sedarlah sikit. I ni bakal tunang Adi."
"Bakal, belum jadi pun. Lagikan isteri pun boleh bercerai." Jenifer sengaja mencurah minyak ke api. Dia lebih mengenali Adi.
Adi masuk semula bersama Khairul. Dia melihat telefonnya di tangan Jenifer.
"Sayang, siapa call?" Jenifer tersenyum.
"Entahlah abang, dia kata dia bakal tunang abang."
"Tunang? Siapa pula, abang cuma cinta kepada sayang je."
Hati Farhan di hujung talian kian membakar. Dia mematikan talian dan membaling telefonnya. Hatinya mendongkol. Hati Adi kini telah dimilliki. Siapakah gadisitu. Dia bernekad untuk memisahkan mereka.
"Siapa tu sayang?"
"Ni tertulis nama Farhan. Abang ada hubungan dengan dia ke?"
"Sayangkan tahu hati ini dah tak ada ruang untuk orang lain... hanya untuk sayang abang ni je."
"Uweeek... "
"You kenapa Khai, pregnant?"
"Sepatutnya aku yang tanya kau macam tu, bila nak bagi aku anak saudara."
"I pun baru sihat. Sabar le. "
"Adi, amboi awainya hang merancang untuk malam ni."
"Apa lak hang merepeknya ni? Aku dok fikir kanapa Farhan call aku malam-malam begini. Aku merasa tidak sedap hati. Aku rasa tidak selesa."
"Abang tak sihat ke? Abang nak rehat?"
"Tak, tapi Farhann ni sentiasa memburu abang."
"Dia dah terpikat hang tu. Kalau hang sayang rumahtangga hang, jauhilah dia."
Adi melihat wajah sahabatnya. Mungkin Khairul mempunyai firasat seperti Adam. Mereka membaca gerak langkah Farhan.Khairul terdiam apabila mendengar cerita anak buahnya. Dia melihat wajah anak muda tersebut. Dia terus menghubungi Adi. Setelah dia tahu di mana keberadaan Adi, dia mengajak Hafiz mengikutnya. Hafiz kagum saat mereka melangkah masuk ke sebuahh bangunan yang indah.
"Hafiz..." Tegur salah seorang kakitangan di pejabat itu.
"Abang Karim. Abang kerja di sini?"
"Ya, Hafiz pun tahu abang tidak suka apa yang berlaku di pejabat papa Hafiz."
"Kau ex MM ke?"
"Ya encik Khairul."
"Kalau macam tu, jom jumpa Adi sekali. Ada hal yang nak dibincangkan."
Di dalam bilik mesyuarat, Adi telah menunggu bersama Naim dan Mazlan.
"Di, Hafiz nak beritahu kau sesuatu."
Hafiz menceritakan segala perancangan papa dan kakaknya. Karim juga menceritakan kepincangan syarikat MM membuat dia ambil keputusan untuk keluar dari syarikat itu.
"Apa rancangan Adi sekarang ni?"
"Kita ikut rentak tarian mereka. Hafiz, kamu tidak menyesal ke mengkianati keluarga sendiri."
"Saya dah tak sanggup nak terus bergelumamg dengan dosa. Saya lebih selesa dengan kerjaya saya sekarang, Dr. Adi."
"Tapi tak kan kau nak ikut cara Farhan. Kesihan Jen."
"Aku libatkan Jen, kau dan Adam..." Adi tersenyum.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...