ADAM mula merasa tidak selesa. Adi telah mendapat perhatian dari papanya. Adi pula bebas datang ke pejabat tidak sepertinya. Kakitangan mulai menghormati Adi darinya.
"Adam, hari ini wakil dari JL akan datang dan papa mahu kamu ada dalam mesyuarat tu."
"Kenapa saya, mana anak kesayangan papa tu?"
"Apa yang kamu cakap ni?"
"Bukan Adi yang uruskan semua ni?"
"Dia kata dia ada hal hari ini."
"Dia tu boleh bebas masuk pejabat ni?"
"Adam, kamu bukan tahu dia tu seorang doktor, dia tidak dapat seratus peratus tumpu perhatian kepada syarikat kita."
"Tetapi ayah masih mengharapkan diakan?"
"Kenapa kamu cemburukan abang kamu sendiri." Datuk Arif keluar dari bilik Adam.
Adammelepaskan geram dengan membaling barang di dalam biliknya. Lebih membebankan apabila kekasih hatinya mula menjauhkan diri kerana dia tidak dapat memberi apa yang kekasihnya mahu. Malahan Anne dan Roy juga menjauhkan diri kerana dia tidak berduit. Dia tidak dapat mengeluarkan wang syarikat sesuka hatinya. Semuanya akan melalui papanya.Bilik mesyuarat berdebar menunggu kehadiran wakil dari syarikat JL. Adam menunjukkan muka bosan ketika semua berdebar menunggu. Adi turut hadir walaupun dia sibuk. Datuk Arif tersenyum apabila melihat Adi masuk ke bilik mesyuarat walaupun jelas di raup wajahnya kepenatan.
"Datuk, wakil dari Syarikat JL dah sampai."
"Kami semua menunggu mereka di bilik mesyuarat."
Tidak lama kemudian setiausaha Datuk Arif membawa masuk beberapa orang lelaki.
"Maarof?"
"Assalamualaikum, Arif, aku wakili JL sebagai peguam syarikat."
"Nampak gayanya John tidak dapat datang."
Maarof menjeling ke arah Adi. Wajah Adi kelihatan pucat dari biasa.
"John tidak dapat datang kerana dia ada urusan di luar negara. Ini Karim dan Mazlan, pengurus dari syarikat cawangan sini."
"Ini anak lelaki saya, Adi Hazimi dia...."
"Saya rasa lebih baik Datuk dan anak lelaki Datuk bernama Adam sahaja yang ada dalam perbincangan ini kerana Adi hanya seorang doktor. Dia dah berjumpa dengan John sebelum ini. Bolehkan Adi?"
Adi hanya tersenyum. Dia bangun dan menyerah fail kepada Maarof.
"Di, baliklah ke rumah Atuk, berehat, kamu penat tu. Pucat muka kamu." Bisik Maarof. Adi menunduk sedikit sebelum keluar. Adam tersenyum kerana merasa dirinya menang. Adi tidak diperlukan di situ."Seperti yang kamu tahu, Adi sanggup apa sahaja demi syarikat kamu, Datuk. Adi terpaksa memujuk Tuan John untuk menarik semula semua saman tu. Hutang kamu dengan syarikat melebihi sejuta. Kamu tahu Arif, Adi telah memberi keyakinan bahawa syarikat kamu akan bangun semula dan memberi pulangan yang berlipat ganda. Adi menyatakan syarikat ini berpotensi lebih baik dengan usahasama."
"Maksud kamu?"
"Dia hanya mahu saham sebanyak 30% dari syarikat ini. Dia akan beri suntikan yang boleh menampung keperluan syarikat."
"Hanya saham 30% untuk selesai semua masalah yang bernilai berjuta-juta ni?"
"Ya..."
"Tawaran yang menarik."
"Nanti dulu papa, fail apa yang Adi serahkan kepada uncle tadi?"
"Oh, fail ni, ini cadangan sebuah projek yang berpotensi dan memberi pulangan dan keuntungan yang berlipat ganda. Adi menceritakan hal ini dan pihak kami mahu melihat pelaksanaan projek tu."
Adam bangun dan menghampiri Maarof. Fail ditangan Maarof di rampas.
"Jika pihak kami dapat keuntungan berlipat ganda, buat apa nak jual saham?"
"Adam, jangan kurang sopan."
Adam kembali duduk di kerusinya.
"Nasir, panggil Adi masuk semula."
"Untuk apa?" Maarof bimbang melihat Adi tidak sihat sebentar tadi. Nasir keluar dari bilik mesyuarat dan kembali semula dengan Adi. Wajah Adi tidak kelihatan pucat lagi. Maarof tahu Adi telah mengambil ubatnya.
"Adi, papa ... eh, ayah nak tanya ni, projek kau ni akan memberi keuntungan berlipat ganda, betul ke?"
"Ya."
"Kalau kau dah boleh dapatkan projek yang begitu, kenapa kau nak kami jualkan saham kepada JL. Kau nak jual keluarga kau ke?"
"Adam!"
Adam terdiam apabila mendengar teguran papanya.
"Apa pendapat Adi?"
"Dapatkah ayah bayar semua hutang dan membayar kepada pembekal? Jika ayah boleh bayar, tak perlu nak satuju cadangan tu. Bagaimana nak jalankan semua projek jika kita tidak mempunyai modal saat ni. Saya juga tidak dapat membantu syarikat ni lagi. Ayah fikirkan lah. JL membantu syarikat ini membangun dan keuntungan JL hanya dapat 30% manakala mendapat 70%. Tiada sesiapa mendapat rugi malahan kedua-dua syarikat mendapat keuntungan. Itu pendapat saya sahaja."
"Saya setuju tetapi boleh tak beri masa kepada saya untuk berbincang dengan pemegang saham yang lain."
"Boleh sahaja. Hubung kami jika telah setuju. Saya ada di sini untuk beberapa hari lagi. Cuti sekolah pun hampir tamat, saya kena balik ke sana semula. KLau mahu pendapat saya, jangan hampakan usaha anak kamu ini. Dia anak yang baik dan berusaha membantu syarikat kamu."
Maarof melihat ke arah Adi. Segores senyuman di hadiakan menandakan kemenangan. Dia tahu itu yang Adi mahukan."Kenapa nak beli saham syarikat ayah kamu?"
"Saya tidak mahu ibu terus di pandang hina, uncle."
"Uncle tidak akan membiarkan maruh ibu kamu terus dipijak oleh merak yang sombong tu, Adi."
"Uncle tidak akan faham. Dari dulu ini keinginan Adi dan nekad Adi sejak melangkah keluar dari kampuang halaman dulu. Tapi kini Adi mahu ibu hidup senang bila Adi tiada nanti."
"Adi, jangan cakap begitu. Ibu sentiasa perlukan Adi dan tiada pengganti Adi di sisi ibu kamu."Adi kelihatan lembut dan bersopan santun tetapi tersirat dendam yang kekal. Dalam diam dendamnya membina dirinya. Dia tidak pernah menunjukkan perasaan marah dan dendamnya tetapi dia jadikan dendam itu sebagai spembakar semangatnya untuk berjuang. Ya, dia hampir berjaya.
Selepas makan malam, Datuk Arif memanggil keluarganya mesyuarat. Dia menceritakan masalah yang syarikat hadapi dan perbincangan dengan syarikat JL.
"Kalau kita setuju, apa yang kita dapat?"
"Kita tidak akan rugi apa-apa."
"Kita boleh gunakan kad kredit semula?"
"JL akan bantu bayar semua hutang kita dan kita kena jualkan 30% saham kita kepada mereka."
"Kalau 30% tu pecahannya macam mana?"
"Sekarang saham yang ada pada kita, saya ada 40%, mama 40% manakala Adam dan Nisa 10%. Apa kata kita ubah sedikit pembahagian saham. 30% untuk saham kepada JL, saya serahkan milik saya 20% dan saya ambik saham milik mama 10%. Bermakna saya ada 20%, mama 30%, Adam dan Nisa masih sama."
"Makna mama dan dia mempunyai pemegang saham terbesar. Kamu tidak boleh menjadi CEO lagi."
Datuk Arif tunduk.
"Macam nilah, saham milik mama, mama hanya perlukan 20% dalam 20% tu mama nak pecahkan kepada 4, mama, Adi, Amira dan Amir."
"Adi tidak mahu saham nenek. Adi cuma perlukan keluarga."
"Adi, kamu tetap cucu nenek dan ini adalah amanat dari datuk kamu dulu."
Adi terpaksa akur.
"Maksud mama, JL, 30%, mama , Adi, Mira dan Amir, 5%, Adam dan Nisa 10% dan Arif milik 30% juga."
"Ya, bermakna kamu masih memegang saham yang sama besar dengan dia."
"Kalau macam tu kita berbincang dengan peguam untuk menukarkan semua dan setuju dengan perjanjian mereka."Akhirnya termeterai perjanjian antara JL dan RH. Apabila termeterai perjanjian itu, ramai yang ahli perniagaan lain mula memandang kejayaan Datuk Arif. Datuk Arif yang hampir muflis, dipandang tinggi semula. Ramai yang memuji tindakan Datuk Arif dapat memikat pemilik JL. Semua ahli perniagaan kenal dengan sikap pemilik JL yang tidak mahu bertemu dengan mana-mana ahli perniagaan lain. Selalunya dia menggunakan wakilnya. Sejak syarikatnya berjaya memikat pelaburan dari Jepun, namanya semakin meningkat. Malahan perniagaannya semakin berkembang ke luar negara. Ramai yang ingin mendapat perhatian dari JL. Hanya RH yang berjaya memikat hati pemilik JL
[1170pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...