ADAM termenung di tepi kolam renang. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke negeri kelahirannya. Kehadirannya disambut baik oleh ibunya tetapi dia merasa janggal dengan adik-adik tirinya.
"Adam, mari sarapan." Ibunya membawa sedulang hidangan ke aranya.
"Ala, ibu,, tak perlulah bawa sarapan ke luar ni."
"Itu tempat kegemaran Adi. Dia selalu duduk di situ dan bersarapan."
"Oh, ya ke."
"Adam, Adi dulu rapat dengan adik-adik, mungkin mereka merasa janggal dengan Adam. Berikan mereka masa."
"Ibu, betul ke ibu curang?Ibu dah bersama uncle sebelum bercerai?"
"Adam, ibu tak tahu apa yang ayah kamu ceritakan tetapi semasa dia jatuhkan talak, hanya Uncle Azman yang berada di ruang tamu manakala ibu dan kawan-kawan ibu ada di dapur untuk membuat persediaan majlis harijadi Adi dan Khairul. Ayah kamu salah faham."
"Ibu dengan uncle sejak bila?"
"Ibu mengasuh Aleen dan Areen. Sebenarnya lebih kepada kasihankan Adi. Adi bukan mahu bantuan percuma, dia bersusah payah bekerja. Uncle ingin meringankan beban Adi."
"Adi...."
"Adam, makanlah nasi lemak ni. Ibu nak masuk ke dalam sekejap."
Adam terdiam. Dia rasa bersalah menimbulkan hal Adi. Dia merenung ke tingkat atas. Sejak dari semalam dia tidak nampak kelibat Jenifer. Dia masih bersedih. Adam memejamkan mata. Beberapa malam dia mimpikan Adi. Kerana mimpikan Adilah yang membuat dia datang ke sini. Mungkin ada amanat Adi yang belum dia selesaikan. Adam menarik nafas. Dia melihat hidangan yang ibunya siapkan. Tidak sopan jika dia makan berasingan dengan keluarga. Adam membawa hidangan masuk semula. Dia terus ke ruang makan. Kelihatan keluarganya sedang menikmati sarapan.
"Boleh Adam join sekali."
"Eh Adam, ingat nak makan kat luar."
"Tak seronok makan seorang.... emmm... Jenny apa khabar?"
"Sihat Adam."
"Oh ya, abang, hari ni Nurul kena buat pemeriksaan. Abang boleh ambil kami ke?"
"Ya Allah, abang lupa... hari abang ada kes mahkamah."
"Tak apa, Adam boleh hantarkan." Adam menjeling ke arah Jenifer. Jenifer hanya tunduk. Mungkin seorang isteri berharap seorang suami akan menemaninya di setiap pemeriksaan.
'Di, apa yang aku harus lakukan untuk membahagiakan keluarga kita.' Air matanya mula bertakung di sudut matanya. Segera Adam menghabiskan makanannya dan membawa pinggannya ke dapur. Dia tidak mahu keluarganya melihat air matanya. Dia menyeka air matanya sebaik sahaja dia sampai ke sinki.
"Adam..."
Adam tersentak. segera dia membasuh mukanya.
Bahunya dirangkul.
"Uncle faham perasaan Adam."
"Maafkan Adam, uncle. Kadang kala syaitan mengusik hati Adam mengatakan kenapa harus Adi yang pergi bukan Adam. Adi mempunyai ramai insan yang menyayanginya manakala Adam...."
" Semua orang sayang Adam terutama Adi. Dia tidak pernah memburukkan Adam selama ni. Dia terlalu sayangkan kamu."
"Ya, dia selalu cakap, kau adik aku, apa yang kau buat adalah kesalahan aku."
"La, kat sini rupanya. Abang kata ada kes, nanti lambat."
"Baik sayang."
Maarof menghampiri isterinya. Mereka berdua berjalan seiring keluar dari ruang dapur.
"Adam..." Jenifer masuk ke ruang dapur.
"Jen, maafkan aku."
"I juga bersalah. Apabila I lihat wajah you..."
"I cuba balik simpan rerambut kat muka ni. Tapi aku mula rasa selesa bila muka ni bersih. I bukan mahu menyerupai dia tetapi aku selesa begini."
"You berdua dah kembar seiras, tiada dapat lari persamaan tu." Jenifer membasuh tangan dan pinggannya sebelum berlalu dari situ. Adam berjalan perlahan-lahan kembali ke ruang tamu. Dia melihat kemesraan ibunya.
"Kebahagian aku apabila melihat wajah gembira ibu."Suara Adi bagai berbisik di telinganya. Wajah riang ibunya ditatap. Adi terlalu sayangkan ibu dan ibu adalah segala-galanya.
"Adam, urusan Jenny ni makan masa yang lama, kamu tunggu je dekat kafe, nanti ibu call Adam." Adam akur selepas dia menghantar ibu dan Jenifer ke hospital. Hospital swasta milik Jenifer. Adam berjalan ke arah kafeteria. Bukan dia tidak dengar dengan bisikan-bisikan halus menyebut nama Adi. Adam hanya berdiam dan duduk di satu sudut sambil menikmati makanannya.
"Abang Adam." Adam memanggung kepalanya saat namanya di sebut.
"Hafiz."
"Boleh saya duduk?"
"Silakan... sunyi juga duduk seorang."
"Abang apa khabar?"
"Sihat, kamu macam mana? Terus menghilang."
"Sebaik sahaja saya sihat, saya bersedih kerana tidak sempat berjumpa Dr. Adi. Kemudian papa pula kena tangkap kerana kes pecah amanah dan rasuah. Mama menjnadi tekanan dengan masyarakat sekeliling. Saya kasihan melihat mama mengurung diri, saya minta berhenti ari Dr. Khairul. Dr. Khairul memahami saya dan menyarankan saya bekerja di sini, jauh dari semua orang. Saya gembira sekarang di sini."
"Khai tu sentiasa memahami perasaan orang. Farhan macam mana?"
"Abang masih ada hati kepada dia ke?"
Adam hanya tersenyum.
"Kakak ikut Sean ke luar negara. Sampai sekarang kami tidak dapat menghubungi mereka. Dia terus menghilangkan diri."
"Kamu merindui dia ke?"
"Mama ...."
"Abang akan cuba mencari dia untuk kamu."
Adam memberi harapan kepada Hafiz. Terasa belas dengan kepada keluarga Hafiz. BUkan dia tidak tahu apa yang berlaku kepada Datuk Munir. Dia juga dijatuh hukuman kerana dadah. Sean dan Farhan masih menjadi pelarian kerana mereka bersubahat.
"Abang, betul ke papa juga pengedar dadah? Papa ketua kongsi gelap?"
"Mana kamu tahu?"
"Saya membaca, abang..."
"Semasa polis membuat siasatan, mereka bertemu fail urus niaga papa kamu. Itu mungkin sebab kakak kamu melarikan diri."
"Mungkin juga mama kena tekanan dengan disoal siasat. Saya masih terlantar masa tu."
"Mama kamu membantu siasatan. Dia berada bersama kami ketika kamu sakit."
"Saya tidak sempat berterima kasih dengan Dr. Adi dan abang kerana menyelamatkan kami."
"Kita kan bersaudara."
"Di sini rupanya kamu... Ni siapa?"
"Saya Hafiz mak cik, Dr. Jenifer, apa khabar?"
"Saya berbadan dua macam ni lah."
"Macam mana Adam kenal dengan Dr. Hafiz?"
"Ibu, ni dulu adik bekas tunang Adam. LAgipun kami masih bersaudara sebelah nenek." Jenifer mejauhkan diri sebaik sahaja telefonnya berbunyi.
"Apa kata doktor, ibu?"
"Dia tidak mahu cakap apa-apa."
Adam terdiam. Dia harus bantu mereka. Itu yang Adi inginkan.
"Ibu, Adam nak balik ke KL hari ini."
"Kan Adam baru datang."
"Adam akan datang semula. Tapi Adam rasa ada yang perlu Adam lakukan di sana."
"Adam, jom kita balik, I rasa penat sangat."
"Okey... Hafiz, kami balik dulu. Insya Allah, abang akan bantu Hafiz." Kata Adam sebelum beredar. Selepas menghantar ibunya dan Jenifer pulang, ADam terus pulang semula ke ibu kota. Destinasi pertamanya bertemu dengan Khairul. Khairul kunci segala-galanya.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...