{32 TAHUN YANG LALU}
ARIF RAHMAN nama yang menjadi sebutan para remaja. Seorang remaja yang mempunyai perwatakan yang menarik perhatian orang. Sejak dari kecil dia di sogok dengan kemewahan tanpa batasan. Anak tunggal usahawan berjaya ini tidak pernah mengenali erti kesusahan.
Sambil menggoyangkan kunci kereta di tangan Arif menghampiri rakan-rakannya.
"Wow Rif kau dah dapat kunci kereta. Dah lulus."
"Hey tengok le siapa? "
"Arif, you dah ada lesen, boleh le kita enjoy." Tergedik gedik teman wanitanya.
"Maarof mana?"
"Kau tanya ulat buku buat apa? Dia bukan ke sibuk nak sambung belajar ke luar negara."
Arif terdiam. Dia ingin merai kejayaannya dengan rakan sepermainannya sejak dari kecil.
"Aaa... usah fikir tentang dia, jom kita enjoy."
Mereka memandu kereta ibarat jalan itu milik mereka. Kelajuan keretanya menjadi kebanggaan. Tiada sesiapa boleh menegurnya. Malam itu mereka punya. {Macam lagu le pula}"Arof, Arif datang ni." Arif turut menziarah rakannya keesokkannya. Walaupun semua orang mengatakan Maarof ulat buku dan tidak mahu berpoya sepertinya, ikatan persahabatan mereka tidak pernah putus.
"Wey, tak kan tidur lagi?"
"Tak lah saja lepak dalam bilik."
"Kenapa tak join semalam."
"Aku penat uruskan hal aku semalam."
"Kau tengok apa yang aku dapat." Arif menggoyangkan kuncinya.
"Wey, kau dah dapat lesen." Bukan Maarof tidak mahu memohon lesen tetapi dia terlalu sibuk sebaik sahaja tamat SPM. Sebagai pelajar terbaik sekolahnya dia ditawar melanjutkan pelajaran sebelum keputusan keluar. Beberapa hari lagi dia akan mendaftar untuk menduduki kelas A-Level.
"Jom, kita ronda-ronda sebelum kau kena masuk penjara balik."
"Hey, aku pergi belajarlah."
"Bagi aku belajar tu macam duduk dalam penjara. Luckly aku tak lulus SRP, tak ada papa paksa belajar. Lagi pun duit papa aku 7 keturunan tak habis dan aku anak tunggal dia."
Maarof hanya tersenyum.
'Sekali pun 100 keturunan tak habis, kalau kau asyik korek tanpa menambah habis juga.' Namun perkataan itu hanya mampu di lafaz didalam hati. Dia tidak pernah melukakan hati sahabat baiknya.
Selepas mendapat kebenaran dari mamanya, Maarof keluar bersama dengan Arif.Arif agak kecewa saat dia merancang untuk bercuti di utara tidak disertai oleh Maarof. Maarof telah mendaftar untuk menyambung pelajarannya. Percutian yang bercampur jantina dan bangsa membuat mereka tidak menghiraukan sekeliling. Salah seorang mereka memilik sebuah bot mewah dan mereka merancang untuk berpesta di dalam bot. Minuman keras dan seks bebas menjadi hidangan. Tiada sesapa yang mahu menghalang mereka. Dalam hati Arif bersyukur kerana Maarof tidak mengikutinya kali ini. Jika tidak Maarof akan menghalang semua ini. Dalam pesta itu ada yang masukkan pil khayal dan dadah dalam minuman mereka. Bertambah berkhayal dan gembira mereka di dalam bot di tengah laut.
Arif membuka matanya. Sebelahnya seorang gadis yang tiada seurat benang membalut tubuhnya. Buka temannya sahaja tetapi semua rakan di dalam bot itu. Mereka melakukan seks bebas tanpa segan silu. Arif tersenyum apabila mengingati pengalaman sebentar tadi. Dia mencapai seluarnya dan berjalan ke luar. Di tangannya sebotol minuman keras. Dengan jalan terhoyong hayang, dia ke arah depan bot. Kepalanya pening. Pandangannya kabur. Entah apa silapnya, dia tergelincir dan jatuh ke dalam laut. Terkapai-kapai dia cuba menyelamatkan diri namun tiada sesiapa yang membantu. Dia cuba menjerit tetapi seperti suaranya tersekat. Dia cuba menjerit sekuat hati. Akhirnya suaranya keluar juga.
"Argggg!"
Seorang lelaki tua datang masuk ke dalam bilik. Dia terbaring di dalam bilik yang asing baginya.
"Hang dah sedar?" Lelaki berbahasa utara.
"Saya di mana ni?"
"Di rumah pak cik. Nama pak cik Yahya tetapi orang sini panggil Pak Ya. Hang ni dari mana?"
"Mana kawan-kawan saya?"
"Kawan - kawan apa? Anak Pak Ya jumpa hang terbaring kat tepi pantai tu."
Arif memegang kepalanya. Dia cuba mengingati semuanya tetapi gagal.
"Pak Ya, saya di mana ni?"
"Kampung pak cik nama Sri Andam. Gaya cakap kamu ni kamu dari Kuala Lumpur kan?"
"Ya, nama saya Arif."
"Selalunya orang bandar ni berhibur kat Batu Feringgi. Jauh sangat dari sini."
Arif tunduk. Adakah kawannya sedar dia hilang? Adakah keluarganya tahu dia berhibur di sini? Dia menipu keluarganya mengatakan dia berjumpa Maarof di pantai timur.
"Kamu mesti lapar, jom kita makan kat luar tu. Anak Pak Ya dah masakkan untuk kita."
Mereka keluar dari bilik. Arif terlihat makanan terhidang di atas lantai.
'Makan duduk di atas lantai? Macam mana aku nak makan ni? Aku tak pernah makan sebegini.'
"Meh duduk. Kenapa? Rumah Pak Ya ni tak ada kerusi meja untuk makan. Boleh ke kamu?"
"Tak apa Pak Ya, boleh je."
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, seorang gadis ayu keluar dari dapur membawa hidangan minuman. Matanya tidak dapat lari untuk meratah wajah ayu gadis itu. Kulitnya putih tanpa dihiasi sebarang solekan. Rambutnya berbalut dengan tudung dan pakaiannya begitu sopan. Gadis bertutup likup ini membuat jantungnya berdebar. Selama ini dia melihat semua gadis yang tidak pernah cukup kainnya, tidak pernah merasa debaran sebegini. Dia yakin dia dapat menguasai gadis itu seperti gadis-gadis yang menyerah tubuh mereka kepadanya. Dalam hatinya mendabik dada mengatakan dia boleh ratah tubuh gadis itu tidak lama lagi.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RastgeleAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...