ANITA keresahan. Kad kreditnya masih tidak dapat digunakan. Perbelanjaannya tersekat. Semua keperluan mesti meminta melalui papanya.
"Adi tu doktor rupanya."
Dia terdengar perbualan mamanya dan nenek. Tentu abang tirinya itu berduit. Dia tahu dia tidak akan dapat duit yang banyak dari Adam kerana Adam juga memerlukan duit. Adam sepertinya perlukan duit untuk mendapatkan kawan. Anita yakin dia boleh dapat duit dari Adi. Sebaik sahaja dia mahu keluar, dia melihat cermin.
"Sekejap, baju aku macam ni, abang Adi nak tengok aku ke. Hmm, aku tukar baju dulu." Anita mengambil blouse longgar menutup singlet ketat yang dipakainya. Blouse itu agak labuh, tidak menampakkan tubuhnya yang mengiurkan. Dia menunggu Adi di halaman rumah."Abang Adi." Tegurnya sebaik sahaja Adi mahu keluar.
"Oh, Anita, kenapa?"
"Abang nak ke mana?"
"Abang nak pergi kerja."
"Abang dah tak kerja dengan papa lagi? Tak hantar adik-adik ke sekolah?"
"Kan adik-adik cuti. Abang akan tetap hantar mereka. Tapi Mira nak ke kelas tuition dengan kawannya."
"Abang, Nita nak minta tolong."
"Tolong apa?"
"Nita nak beli barang untuk keperluan kuliah tetapi papa kata dia dah beri minggu lepas. Banyak nak guna ni abang. Papa bukan bagi banyak pun."
"Berapa Anita mahu tetapi abang tak ada cash kat tangan."
"Abang transfer rm3000 boleh."
"Baik, bagi nombor akaun. Nanti abang transferkan."
Segera Anita memberi nombor akaunnya. Adi segera membuat transaksi untuk Anita. Tersenyum lebar Anita melihat jumlah masuk ke dalam akaunnya.
"Terima kasih abang." Anita berlari ke dalam rumah.
"Abang."
"Hah, Ayu perlu duit juga ke?"
"Eh, buat apa duit. Gaji yang abang bagi dulu pun tak guna lagi. Abang nanti balik makan tengah hari ke?"
"Tak kot, sibuk sikit hari ni."
"Tadi Anita tu minta duit ke abang?"
Adi hanya tersenyum.
'Abang Adi jangan le selalu tersenyum, tak tahan kena goda nanti.' Bisik hati nakal Ayu.
"Ayu... Ayu, abang nak pergi dah ni."
"Kejap, ni Ayu ada buat bekal untuk abang. Tadi abang tidak sarapan. Dari subuh balik lambat."
Adi mengambil bekalan sebelum memberi salam. Adi keluar untuk pergi kerja. Bukan Adi tidak mahu sarapan tetapi dia sarapan bersama ibu dan keluarganya. Sepanjang cuti sekolah, mereka bercuti di sini dan merapatkan hubungan menantu mertua. Adi dapat lihat hubungan mereka semakin rapat. Ibunya kelihatan bahagia.Adi cuba sedaya upaya tidak bertemu dengan Jenifer. Dia lebih banyakk menghabiskan masa di dalam makmal untuk membuat kajian. Dia tidak mahu melihat air mata Jenifer lagi. Adi cuma merawat pesakit kanser sahaja. Dia dinasihatkan supaya kurang bekerja. Khairul tidak mahu Adi sentiasa penat. Dia juga banyak menghabiskan masa di pejabat ayahnya.
Sejak dapat wang dari Adi, Anita sering meminta duit dengan jumlah yang banyak dari Adi. Adi memberi tanpa bertanya. Anita gembira kerana Adi tidak pernah persoalkan duit yang dia minta. Adi hanya memberi tetapi dia curiga dengan perangai Anita.
"Mazlan, bagaimana dengan perancangan untuk RH."
"Hampir siap, Di."
Mazlan kakitangan yang menjadi kepercayaan Adi. Adi tidak mahu semua pekerjanya memanggilnya dengan pangkat kerana baginya mereka setaraf.
"Kau ada kenal P.I tak?"
"Penyiasat pesendirian?" Adi mengangguk.
"Untuk apa?"
"Mengekori seorang budak ni."
"Adi tak tahu ke kita ada team penyiasat sendiri. Team ni dah ada sejak John Lee pegang lagi."
"Kenapa aku tak tahu?"
"Mereka di kalangan pekerja. Mereka merahsiakan identiti sebab elakkan staff tahu. John tidak mahu kakitangannya terlibat dengan rasuah dan pecah amanah."
"John ni teliti tetapi kenapa sejak saya uruskannya di Penang, saya tidak tahu. Tetapi saya perlukan di sini, macam mana yang di Penang nak datang ke sini."
"Di, aku menjadi sahabat John sejak dari bangku sekolah. Adik aku dibunuh oleh Tan Sri pun aku tahu. Aku rahsia sebab kau orang Tan Sri. Tetapi sejak kenal kau, aku tahu siapa kau, cuma kau tak tanya, aku pun tak beritahulah."
"So, berapa orang P.I kita di sini dan di Penang."
"10 orang, 5 di sini 5 di Penang."
"Aku nak jumpa semua orang esok. Kau hantar fax suruh mereka datang ke sini. Sediakan tempat tinggal mereka selama mereka di sini. Kau uruskan dan esok pukul 10 kita dakan mesyuarat ya."
"Baik Di."
"Surat untuk RH dah siap, aku nak bawa ke sana."
"Ni, semua seperti yang dirancangkan. Encik Maarof dah baca dan menyetujuinya. Cuma tandatangan dari Adi je."
Adi mengambil dan membaca isi kandungan surat tersebut sebelum menandatangani surat tersebut. Dia keluar membawa surat tersebut.Adi masuk ke bilik ayahnya sebaik sahaja sampai ke tempat kerja. Datuk Arif tersenyum melihat kehadiran Adi.
"Adi, ayah baru je berbual dengan Nasir ni tentang kamu. Kamu menggunakan pejabatnya untuk menguruskan kewangan syarikat."
"Ayah, saya lakukan semampu yang boleh."
"Ayah dah sediakan meja untuk kau di dalam pejabat Adam buat sementara. Kamu ajarlah Adam tu."
'Saya tidak boleh bekerja sepenuh masa ayah. Saya ada komitment lain."
"Ayah faham, bila kamu di sini, itu tempat kamu."
"Oh ya, ayah, Jen beri surat ni untuk ayah dari abangnya."
Datuk Arif membaca surat tersebut dan menekan interkomnya.
"Suruh Adam masuk ke pejabat saya sekejap."
Tidak lama kemudian, Adam masuk ke dalam pejabat.
"Kita dah dapat surat persetujuan dari JL. Mereka akan hantar wakil untuk berjumpa dengan kita. Sebaik sahaja kita berbincang, rancangan yang Adi aturkan tu kita jalankan. Adam, kamu turut serta dengan Adi. Kamu belajar dari Adi tentang perniagaan."
"Adam kena berkongsi bilik dengan Adi lah."
"Dulu kamu selalu berkongsikan."
"Kekasih pun boleh berkongsilah." Kata Adam lalu keluar dari bilik. Adi dapat rasa kemarahan Adam saat itu.
"Kamu maafkan Adam tu Adi."
"Ayah, bukan saya tak kenal dengan perangai panas baran dia tu. Saya tahu lah nak uruskan dia tu."
Adi memohon diri untuk bertemu dengan Adam. Dia masuk ke bilik Adam."Kau marah aku ke?"
"Sejak bila kau pandai berniaga?"
"Bantu ibu kan berniaga."
"Tapi kau..."
"Aku belajar perubatan? Adam, jika kita mahu... kita boleh usaha, belajar bukan dari buku tetapi dari pengalaman. Aku bekerja dengan pelbagai kilang, so aku belajar, Adam."
"Kau kata kau kerja doktor, kau buat macam-macam kerja tu apa pula?"
"Tak kan aku nak biarkan ibu seorang bekerja untuk tanggung kami. Aku ketua keluarga, Dam, aku kena kerja untuk kami berdua. Aku kerja dan aku belajar. Aku bertuah sebab dapat majikan yang faham situasi aku sebagai pelajar."
"Kau dari dulu memang berlagak kau pandai."
"Dam..."
"Kau duduklah dalam pejabat ni, aku nak keluar."
Adam keluar. Adi hanya mampu menggelengkan kepala. Adam masih dengan egonya. Dari dulu Adam sering merasa tergugat jika Adi melebihinya kecuali dalam pelajaran. Adi hanya redha dengan segala-galanya.Adi melihat sekumpulan lelaki yang berada dalam bilik mesyuaratnya. Memang mereka kelihatan seperti lelaki biasa.
"Siapa ketua?"
"Aku, Di." Mazlan berdiri.
"Sejak aku kenal kamu Mazlan, kamu tidak menunjuk keteria seorang P.I. langsung."
"Aku dulu seorang polis. Kerana kejujuran, aku di fitnah. Kalah kes, aku di buang. John menawarkan aku kerja kerana ada penipuan dalam syarikat ni. Aku berjaya dan sejak itu John minta aku tubuhkan team dalam syarikat. Aku memilih mereka dari kalangan bekas polis dan jaguh pertahankan diri. Bila kau masuk, kami pastikan keselamatan kau dan kami berpecah hanya membantu kau."
"Makna kamu semua dari Penang. Dan kamu Dr. Amirul."
"Ya, Dr. Amirul, seorang pesilat terbaik. Dia, aku arah untuk menjaga keselamatan kau."
"Terima kasih. Ada lapuran yang kamu nak beritahu kepada saya?"
Mereka memberitahu keadaan syarikat dan hospital. Semua memuaskan hati Adi.
"Okey, aku nak kamu, Naim, melihat gerak geri gadis ni. Nama Anita Datik Arif. Kamu lapurkan segala gerak gerinya."
"Ni adik kau ke?"
"Ya. Faruk dan Dr. Haris teruskan kerja di sana. Aku tidak mahu peristiwa yang dulu berulang lagi."
"Maafkan aku Adi kerana masa tu aku belum dapat bantu kau kerana kami tiada bukti yang kukuh."
"Tak pa, ianya dah selesai dan kamu adalah pasukan yang terbaik. Dan teruskan kerja kamu. Oh ya, suatu hari nanti kamu kena setiap kepada Khairul. Sahabat baik aku. Bantu dia nanti."
"Maksud ADi?"
"Tak ada apa-apa."
Adi memohon diri untuk masuk ke biliknya. Urusan kerjanya masih banyak yang dia mahu uruskan.[1296pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...