ADI menyelinap masuk pelahan ke dalam rumahnya. Dia tahu ibunya sibuk di dapur menyediakan masakan tengah hari. Perlahan- lahan dia merangkul ibunya.
"Ya Allah. Adi, nasib naik tak kena ketuk dengan senduk ni."
"Rindu sangat dengan ibu."
"Tak tahu rindu langsung tak mahu balik."
"Adi sibuk sikit. Adi banyak habiskan masa dengan pesakit."
"Macam tak cukup belajar ni."
"InsyaAllah ibu, Adi nak belajar semampu Adi ibu."
"Ibu sentiasa doakan anak kesayangan ibu ni."
"Hmmm... ibu masak apa?"
"Ibu hari ni teringin nak makan makanan kegemaran kau. Rupanya kamu nak balik."
"Ibu mengidam ke?"
"Iks kamu ni. Sepatutnya ibu ni menimang cucu."
"Dari Adam?"
"Dari kamu lah."
"Adi nak kumpul duit dulu ibu."
"Sampai bila?"
Adi hanya tersenyum. Pipi ibunya dikucup.
"Ibu, Adi naik bilik sekejap. Nanti waktu makan suruh adik-adik panggil Adi."
Adi naik ke atas."Assalamualaikum."Keluarganya telah pulang.
"Wow, sedapnya ibu, ibu rindu abang Adi ya, masak makanan kegemaran abang."
"Dah, pergi mandi dan salin baju dulu."
"Baik ibu." Mereka berdua berlari terus ke atas.
"Adi dah balik ke?" Tanya Maarof ketika isterinya menyalaminya.
"Mana abang tahu?"
"Keretanya parking bawah pokok tu."
"Budak-budak tu tak nampak."
"Mereka tu tak perasan."
"Ibu, papa... kami dah lapar."
"Adik, pergi panggil abang Adi dalam bilik dia."
"Abang Adi dah balik!" Hazreen berlari naik ke atas. Dia terus membuka pintu bilik Adi.
"Abang Adi... Abang Adi bangun makan." Adi terbaring tidak bergerak. Hazreen menghampiri Adi. Dia menolak badan Adi. Adi masih tidak bergerak. Tangannya menjamah dahi Adi, panas.
"Ibu! Papa!" Hazreen berlari ke bawah.
"Ibu, papa, abang Adi demam." Hazreen meluru ke ruang makan. Mereka sekeluarga berlari naik ke atas.
"Adi..." Maarof masuk ke bilik Adi. Adi duduk di birai katil.
"Adi tidak sihat?"
"Adi okey lah, sengaja usik adik."
"Dah, jom makan."
"Adi turun sekejap lagi, nak cuci muka."
Adi mengunci pintu sebaik saja keluarganya keluar. Segera dia membuka lacinya untuk mengambil ubat. Setelah makan ubat tahan sakit, dia terus masuk ke bilik air. Segara membasuh mukanya. Kemudian dia bersama keluarga untuk makan. Selesai makan mereka berjemaah bersama. Maarof keluar semula untuk pergi kerja.Awal pagi Adi menghirup udara pagi. Dia berehat di taman batu buatan. Taman rekaan ibunya menjadi tempat paling digemari.
"Adi!" Jerit Jenifer. ADi melemparkan senyuman sambil membuka pintu pagar.
"Jen dari mana?"
"I saja jalan-jalan tapi nampakkereta you ada."
Adi biarkan pintu pagarnya terbuka. Memang dia menelefon Khairul pagi tadi. Dia tahuh sekejap lagi rkan baiknya akan sampai.
"Hello semua!"
"Khai, beri salam." Rubiah menegur anaknya. Awal pagi anaknya mengajaknya datang ke rumah HAzlina. Suaminya keluar kerja.
"Biah, jemput masuk." Hazlina keluar menghantar suaminya pergi kerja. Anak-anaknya bercuti. Walaupun hari sabtu, Maarof lebih selesa mengemaskini failnya di pejabat.
"Ni Biah ada buat kuih sikit."
"Jom kita masuk. Kamu semua duduk sekejap, ibu sediakan sarapan."
"Nyonya ni bila sampai?"
"Baru je."
"You sibuk kenapa?"
"Kau kata nanti baru nak call dia." Bisik Khairul.
"Aku tak call lagi."
"I dengar le. I kebetulan lalu sini dan nampak kereta Adi."
"Kebetulan atau sengaja lalu depan rumah ni. Bukan I tak tahu yang you setiap kali cuti you lalu sini."
"Khai!"
"Thank Jen"
"Thank for what?"
"Ambil tahu tentang I."
Rubiah dan HAzlina membawa hidangan untuk mereka bersarapan.
"Adik-adik tidur lagi ke ibu?"
"Ada kat dalam."
Adi bangun dan memanggil adik-adiknya di dalam. Rubiah menjeling ke arah Khairul. Adi tidak pernah menjarit memanggil adik-adiknya manakala Khairul sering menjerit dari jauh hanya memanggil papanya di ruang tamu. Khairul hanya tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"You kenapa tergaru-garu ni, ada banyak kutu ke?"
"Sorry sikit ya, I shampoo rambut setiap hari tau."
ADi datang semula dengan adik-adiknya.
"Hai Darling,"
"Abang Khai, mana salam." Tegur Hazreen.
"Tak tau ke ini apek, kawan amoi ni." Adi gurau.
"Aduh Areen, tepat panah kat dada abang ni." Khairul memegang dadanya seperti sakit dipanah.Mereka bersarapan bersama sambil bergurau senda. Khairul manjadi penghibur dalam keluarga itu.
"Apa plan korang hari ni?" Tanya Hazlina.
"Kita pergi ke pantai nak?" Jenifer memberi cadangan.
"Okey juga tu. Aleen, Areen nak ikut?"
"Nak!" Mereka menjawab serentak.
"Okey, I balik sekejap untuk ambil barang. You tak balik Khai?"
"Baju I ada dalam almari Adi."
Jenifer mohon diri untuk pulang.
"Dah, kamu berdua, pergi siap." Hazlina mengarah anak-anak perempuannya.
"Mama nak Khai hantar balik ke nak memasak dangan ibu hari ni."
"Mama masak di sini, nanti papa datang jemput. Hari ni papa dan Uncle Maarof kerja setengah hari."
"Nanti join kami ya."
"Nanti kamu beritahu kamu kat mana."
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...