ADI kembali bekerja setelah bercuti. Dia tidak mahu duduk di rumah lama-lama.
"Adi, kenapa nak pergi kerja."
"Ibu penyakit Adi ni tak akan sembuh walaupun di rawat. Adi rasa down bila di layan seperti orang sakit. Tolong faham Adi ibu."
"Betul tu Haz, Adi melawan penyakit ini selama ini dan dia kuat. Adi tabah dan jangan buat Adi merasa dia tewas."
Adi menggerakkan mulutnya mengatakan 'Thank you'.
"Okey, tapi jangan lupa makan ubat."
"Ibu, Adi ni nak ke hospital. Dua doktor yang menunggu Adi, tu tak masuk Dr. Zul."
"Balik awal, ibu masak malam ni."
"Baik ibu. Adi pergi dulu." Adi bersalaman dengan ibu dan bapa tirinya. Maarof juga bersalaman dengan isterinya untuk pergi kerja. Anak-anaknya telah pergi sekolah bersama Rubiah.Adi hanya menerima pesakit yang membuat temujanji dengannya. Sekali sekali dia melawat wad. Tugasnya semakin ringan dan Adi banyak menghabiskan masa di makmal. Semasa dia di luar negara, dia telah membuat beberapa kajian tentang bunga seribu ubat. Pelajaran yang dipelajari di sana telah di sambung di sini. Begitu lama dia membuat kajian tanpa disedari oleh rakannya.
Khairul tidak pernah melepaskan Adi jauh darinya. Dia cuba sebaik mungkin untuk bersama Adi.
"Hai boys, " Seorang lagi yang tidak pernah membiarkan Adi keseorangan. Adi tidak pernah merasa sunyi.
"Dari mana doktor?"
"Jom breakfast."
"La, tak makan lagi ke tuan puteri ni. Rasanya you pergi dengan Adi saja le. I nak kena pergi ke wad."
Adi menemani Jenifer bersarapan. Namun begitu Adi sibuk dengan telefonnya. Dia menerima panggilan dari pejabatnya.
"Boring..." Jenifer menguis-guis meenya.
"Kenapa ni, tak sedap ke?"
"Makanan ni sedap tapi you..."
"I?" Adi menunding jari ke arahnya.
"So busy, tiada masa untuk I."
"Ya ke? I seminggu berehat di rumah, you yang busy, jarang ada masa untuk menziarahi I."
Jenifer terdiam. Dia merasa malu untuk sentiasa bersama Adi. Dia tidak mahu dituduh perempuan mencari lelaki.
"Sorry, I kena..."
"Never mind, I tahu you nak buat tesis gak kan."
"You dah buat kat luar negara, Khai pula baru habis. I rasa I kena tandingi you berdua."
"I akan sokong you."
"Thank Adi."Hujung minggu itu Adi menghabiskan masa di dalam billik. Dia baru sahaja menerima berita salah seorang pesakitnya yang mengidap kanser meninggal dunia. Hatinya pilu melihat keluarganya yang ditinggal meratap pilu. Dia bayangkan nasibnya nanti. Adakah ibu akan merasa kesunyian tanpanya. Dia harus mencari penggantinya sebelum dia pergi. Ibu memerlukan seseorang untuk mengganti tempatnya.
Manakala di ruang tamu, kebiasaan keluarga Azman akan datang bertandang. Kali ini Khairul datang bersama Jenifer. Itu atas desakan Jenifer.
"Ibu, tuang putera mana? Ada tuan puteri kenangan nak jumpa ni." Usik Khairul.
"Dalam bilik. Malam tadi dia tergesa-gesa ke hospital."
"Kenapa? Kami tak tahu pun."
"Pesakitnya tenat dan meninggal."
"Oh, Joseph...."
"Abang Man, ada tak cara lain untuk menyembuhkan penyakit ni?"
"Rawatan biasa kimoterapi dan ubat-ubatan. Tetapi Dr. Zul kata penyakit Adi semakin berkurang. Semangat dia kuat."
"Kami nak cuba buat transplant tetapi kami tak ada persamaan dengan Adi."
"Kalau macam itu biar ibu buat ujian. Mana tahu ada persamaan.
"Tak perlu ibu, Adi masih ada kembar." Adi turun dari atas.
"Aku? Aku tak boleh lah."
"Aku ada kembar sebenar."
"Adi mahu berjumpa dia?"
"Di rindukan dia dan ayah, ibu. Lagipun tidak lama lagi cawangan hospital akan dibuka di sana. Adi akan ke hospital baru tu."
"Kau nak ke sana? Aku pun akan ke sana."
"Ya, Di, kami akan sentiasa bersama you."
"Bila majlis perasmian tu?"
"Dalam minggu depan ,Papa Man. Kalau kamu berdua nak ke sana, kamu berdua kena wakilkan aku untuk majlis perasmian tu. Aku malas tonjolkan diri."
"Ni le orang kaya yang low profil. Sentiasa tidak mahu tonjolkan diri. So bila kau nak ke sana?"
"Aku ada beberapa perkara untuk aku uruskan sebelum ke sana."
"Ibu sentiasa doakan Adi."
"Eh, Areen... Aleen nak ke pantai tak... Jom."
"Yeahhh..." Jerit dua adik beradik itu.
"Ibu, mama?"
"Kami ada hal lain. Sekejap lagi nak pergi ke majlis kawan papa, kawan papa Arof juga."
"Kita pergi satu kereta, singgah rumah aku dan rumah Jen."
"Okey, aku bersiap."
Khairul menarik Jenifer keluar.
"Apa ni Khai?"
"Kalau you nak tunggu Adi luahkan, sampai tua lah you tunggu. Be strong dan luahkan."
Kemudian Khairul masuk semula ke dalam rumah.Adi melihat Khairul dan Jenifer bermain dengan adik-adiknya sambil mandi. Dia hanya berteduh sahaja. Jenifer menghampirinya.
"You tak mandi Adi?"
"Tak nak, I risau tiba-tiba penat tengah laut."
"Isk you ni, jangan le fikir macam-macam."
"Lebih baik mencegah."
"Hmmmm... Di... I... I ada .. sesuatu yang nak cakap dekat you."
"Apa dia? Kenapa you tergagap ni?"
"I... I Love You." Ungkapan yang Adi nantikan selama ini. Jenifer akhirnya menyebutnya tetapi kenapa saat ini? Dia tidak mampu memberi kebahagiaan kepada Jenifer. Dia menhadapi maut. Dia tidak dapat memberi kebahagiaan kepada Jenifer. Dia kan menambahkan penderitaan kepada Jenifer. Biarlah Jenifer meraih cinta dari Khairul.
"Maaf Jen, I tidak mempunyai apa-apa. Lebih baik kita terus bersashabat."
Jenifer terdiam. Air mata bertakung. Adi tidak melihat air mata Jenifer kerana hatinya turut sakit. Dia bangun menghampiri Khairul yang baru keluar dari laut. Jenifer mengikutinya dari belakang.
"You dah kenapa?" Tanya Khairul kepada Jenifer.
"Mata I masuk pasir."
"Pasir tu jahat ya, sakitkan mata terus ke hati."
"Mana ada pasir boleh sampai masuk ke hati?" Tanya Hazreen apabila melihat abang-abang dan kakak mereka berbual.
"Pasir ni istimewa Areen.... hmmm Areen belum dewasa untuk faham."
"Apa-apalah, tapi kami lapar lah."
"Alah siannya adik-adik abang ni. Jom kita pergi ke gerai sana, abang Khai belanja."
"Aku... ni le katanya OKK."
"OKK?"
"Orang Kaya kedekut."
"Tak apa. Biar Kak Jen bawa kamu berdua pergi makan. Biarkan mereka berdua ni." Jenifer menarik kedua-dua beradik itu. Khairul melihat Janifer berlalu sebelum memandang Adi.
"Apa?"
"Dia menunggu kau selama ini. Kenapa sakitkan hatinya?"
"Hati aku dah rosak untuk berikan kepada dia."
Khairul menggelengkan kepala.
"Kau kejam."
"Sekian lama kau juga menunggu dia."
"Aku lain."
"Kau cuba rawatkan hatinya."
"Aku tak mampu."
Adi tidak mnjawab. Dia berjalan ke arah gerai. Khairul hanya mengikut Adi.Hari kerja datang lagi. Mereka semakin sibuk kerana pembukaan hospital baru. Adi memilih kakitangan yang akan berpindah ke hospital baru. Mesyuarat di adakan bersama Tan Sri Lee. Pelbagai perbincangan dan kertas kerja mereka lakukan. Akhirnya mereka mendapat kata putus. Pada mulanya Dr. Zulkifli berat hati untuk melepas Adi jauh dari pantauannya tetapi Adi memberi alasan tersendiri. Oleh kerana Khairul dan Jenifer ada bersama, mereka melepaskan Adi.
"Khai, ini alamat rumah keluarga aku. Aku mungkin berada di rumah ni. Kau cari rumah berdekatan sini, boleh ke?"
"Ditanggung beres."
"Dr.Adi... Dr. Adi..." Seorang pekerja bahagian makmal berlari ke arah mereka.
"Haris, kenapa?"
"Doktor kena ke makmal sekarang."
Adi terus ke makmal. Khairul mengikuti mereka.Seekor tikus ujian telah mati dalam kandangnya. Adi mengambil dan memeriksa bangkai tikus tersebut dengan beberapa ujian.
"Bila last dia di beri ubat?"
"Minggu lalu."
"Tikus ni jalani aktiviti hariannya?"
"Ya."
"Kenapa?"
"Jika tidak mendapat dos, dan dia aktif, sel kanser merebak lebih cepat. Dos ini tidak membunuh sel kanser cuma melambatkan pertumbuhan sel."
"Tapi doktor..."
"Tak apa."
"Apa yang tak apa Adi?"
"Dr. Adi telah menyuntik dos kepada dirinya."
"Adi..."
"Aku dah lama makan ubatan ini. Haris, saya akan gunakan ubatan ini untuk diri saya."
'Adi aku akan berada di sisimu sehingga akhir hayatmu. Jangan buang aku jauh darimu' Ikrar Khairul .[1209pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
De TodoAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...