BAB 10

135 3 0
                                    

MAAROF  tidak dapat melelapkan mata. Kenangan lalu bermain di fikirannya.

           *********************************

Maarof tercalon sebagai pemidato terbaik mewakili sekolahnya.   Dia akan ke utara untuk bertanding ke peringkat kebangsaan. Sebelum memulakan pertandingan dia merayau di kawasan sekolah. Dia perlu menenangkan fikirannya untuk bertanding. Kelihatan seorang pelajar duduk keseorangan sambil memegang Al Quran. Dia seperti menghafal surah.
"Assalamualaikum." Dia beranikan diri menegur gadis itu.
"Waalaikumussalam."
"Adik buat apa kat sini seorang diri."
"Ni, abah minta hafalkan surah ni."
"Ooo, adik nak jadi hafizah le ni, kenapa tak pergi ke sekolah agama atau sekolah tahfiz."
"Sekolah tu jauh dan saya mana mampu."
"Eh, lupa nak perkanalkan diri nama abang, Hairi Maarof, panggil Abang Maarof."
"Nama saya Hazlina, panggil Lina aja. Abang Maarof, kenapa tak panggil nama pertama, Hairi?"
"So Haz nak panggil abang Hairi."
"Haz?"
"Nama pertama..." Maarof tersenyum. Terserlah lesung pipitnya.
Sejak tu mereka menjadi sahabat pena. Mereka sering berutus surat .

Apabila bertemu semula dengan rakan karibnya setelah mereka dewasa, menggembirakan hatinya. Walaupun Arif terpisah lama dengan keluarganya, Arif masih bersahabat baik dengannya. Arif sering menceritakan kebaikan isterinya yang ditinggalkan di PUlau Pinang. Kadang kala timbul rasa cemburu apabila dengar cerita Arif. Apabila Datuk Rahmat  menyuruhnya pergi menemui isteri Arif, dia terkejut bertemu Hazlina semula. Hazlina mungkin tidak mengenali dirinya. Sekembali dari bertemu Hazlina, semua memori terimbaskan kembali. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Perlahan-lahan dia bangun dan mengambil sebuah kotak yang lama tersimpan. Surat dan gambar kenangan lama menjadi tatapannya. Surat terakhir diambil dan dibaca.

Kepada sahabat yang paling kuingati,

       Terima kasih kerana menjadi sahabat saya selama ini. Tidak sangka telah 5 tahun kita bersahabat. Terima kasih segala semangat yang awak berikan kepada saya  selama ini.

Abang Hairi,

             Saya tahu perasaan awak selama ini kepada saya. Saya masih menanti awak selama ini tetapi impian kita tidak dapat saya capaikan. Segala impian kita musnah.

Abang,
               Maafkan saya kerana saya hanya anak perempuan yang tidak mampu menentang kehendak bapa saya. Saya tidak mahu menjadi anak derhaka.

Abang,
           Kembalilah kepada ibu bapa abang dan menjadi anak  yang baik. Kita oerlu berkorban demi orang tua kita

Maafkan Haz kerana membuat abang kecewa. Jika Allah izinkan kita, mungkin kita akan bertemu, sebagai seorang sahabat.

Dari sahabatmu yang jauh,
Hazlina.

TANGISAN Hazleen mengejutkannya. Dia melipatkan semula surat lusuh itu. Memang berkali-kali dia membaca surat itu suatu ketika dahulu. Kotak itu kembali disimpan dan bangun untuk menepuk anaknya. Apabila  anaknya lena, dia kembali  ke katilnya. Dia melihat ke arah isterinya yang sarat mengandung anak kedua mereka. Perlahan lahan dai mengucup dahi isterinya dan menyelimut isterinya. Dia kembali merebahkan badannya.

TERKEJUT apabila mendengar keputusan Arif. Dia tidak menyangka Arif menuduh Hazlina begitu. Dia lebih kenal Hazlina dari Arif. Hazlina tidak melakukan dosa sebegitu.
"Kenapa?" Tanya Diana ketika dia pulang dari pejabat.
"Kenapa apa?"
"You macam marah sangat ni."
"Arif nak bercerai."
"So why?"
"Di, I ada perkara yang I nak share dengan you. I tak mahu berahsia."

Maarof menceritakan semuanya kepada Diana. Dia rasa dia tidak perlu berahsia. Dia hanya simpati kepada nasib sahabat baiknya bukan mempunyai perasaan cinta. Diana menerima dengan hati yang terbuka.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now