{11 TAHUN YANG LALU}
Awal pagi Adi telah bangun. Semasa sarapan, posmen menghantar surat. Melihat nama yang tertera di sampul membuat dia merasa berdebar. Segera surat itu di simpan di dalam bilik. Dia tidak mahu ibunya melihat.
"Adi! Adi!" Jerit Khairul
"Khai, kenapa menjerit macam ni? Ibu dengan Adi tu bukannya pekak." Tegur Cik gu Rubiah. Hazlina tersenyum menyambut kehadiran mereka berdua.
"Adi mana ibu?" Tanya Khairul sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia dah biasa dengan rumah itu. Sudah menjadi rumah keduanya.
"Tu, tengah mandi dalam bilik air tu."
Khairul berlari ke depan bilik air. Pintu bilik air di ketuknya.
"Hoi, sabarlah!" Marah ADi sambil membuka pintu bilik air. Dia bertuala ke dalam biliknya. Khairul mengikutinya masuk ke dalam bilik.
"Wow, sado juga kawan aku ni." Khairul melihat ADi dari atas hingga bawah. Adi mencapai seluarnya dan menyarungnya. Dia melempar tualanya ke arah Khairul.
"Kalau kau tak pakai cermin mata tentu samakin kacak."
"Kau nak aku buta ke?"
"Kau pakai le contact lens."
"Mana aku mampu."
Khairul tersenyum.Sementara itu di ruang tamu, Cikgu Rubiah dan HAzlina berbincang.
"Lina , boleh tak Lina uruskan semuanya. Biah ada mesyuarat pula sekejap nanti."
"Boleh je, nanti kita kan buat kat sini. Jiran-jiran pun akan datang menolong."
"Nanti abang Man akan bawa Lina.""Di, kau dapat surat tak?" Tanya Khairul apabila melihat kawannya sudah siap berpakaian.
"Kau?" Khairul mengangguk. Adi membalas anggukan kawannya dengan senyuman.
"Jom, buka sekali.""Argggggg!" Jeritan mereka mengejutkan ibu bapa mereka yang berada di ruang tamu. Azman segera berlari ke bilik Adi. Pintu bilik Adi di ketuk. Khairul keluar sambil tersenyum
"Kenapa?" Tanya Azman bimbang.
"Tak ada apa-apa papa... Khai ni nak tarik tuala orang."
"Pandai hang kenakan aku!" Adi berlari keluar bilik dan bersembunyi sebalik ibunya.
"Dah, dah, papa nak keluar ni, nak ikut tak?"
"Tentu lah."Adi dan Khairul merayau di pusat membeli belah.
"Di, aku tak sangka badan kau begitu sado macam tu. Setahu aku kau ni ulat buku."
"La, tak habis lagi ke tentang badan aku ni?"
"Aku serius ni, aku cemburu dengan kau."
"Aku selalu angkat berat."
"Weight lifting?"
"Kau ni, mana le aku mampu. Aku cakap aku kerja tu, selalu angkat barang berat."
"So lepas ni macam mana?"
"Tu yang aku fikirkan. Dulu masa nak exam, aku minta cuti tanpa gaji. Ni kena duduk asrama... sian ibu nanti."
"InsyaAllah, rezeki ada tu. Yang penting kau belajar sungguh-sungguh."
"Aku mahu orang tidak pandang hina kepada ibu."
"Jom, masuk sini." Khairul mengajak Adi masuk ke sebuah kedai cermin mata.
"Buat apa?"
"Hadiah dari aku sempena hari jadi kau."
"Tapi aku..."
"Ni papa yang suruh."
Khairul membeli contact lens untuk Adi. Dia dah berbincang dengan papanya semalam. Azman menggalakkan tindakan anaknya.Arif menghabiskan masa di pusat membeli belah selepas selesai mesyuarat. Dia bingung memikirkan masalah kerja dan keluarganya. Sejak berkahwin dengan Nisa, keluarga mertuanya mendesak dia menerima anak angkat Nisa sebagai anaknya. namun begitu dia tertanya-tanya siapakah anak kecil itu. Nisa begitu sayangkan anak kecil itu. Bukan dia tidak tahu Adam selalu kena marah kerana anak kecil itu. Dalam masa merayau, matanya tertacap sepasang keksaih sedang berbual mesra sambil memilih barang. Dia menatap wajah wanita di hadapannya. Dia kenal wanita itu. Dia isterinya. Dia mengikuti pasangan itu sehingga mereka berhenti di sebuah rumah. Mereka turun dan bersama-sama masuk ke dalam rumah. Lelaki berkaca mata bersama isterinya duduk di ruang tamu sambil membiarkan ppintu terbuka. Arif dapat melihat Hazlina menghilang diri ke dapur. Dia menunggu Hazlina keluar tetapi tiada bayangan Hazlina. Tiba-tiba pintu rumah itu tertutup. Hatinya panas apabilamemikirkan mereka berkelakuan sumbang. Dia segera mengetuk pintu sambil memberi salam.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...