BAB 36

117 3 1
                                    

AYU memegang perutnya. Dia bimbang perutnya semakin membesar. Adi berurusan ke luar negara dan    masih sibuk. Susah nak berjumpa Adi kebelakangan ni.
"Hai sayang..." Adam mendekatinya. Dia tahu Adam mabuk lagi malam itu. Adam merangkulnya.
"Abang, nanti mak nampak."
"Kau sekarang rapat balik dengan Adi. Nak abang bagi tahu betapa hebatnya sayang di ranjang."
"Abang, tolonglah, kasihan pada anak kita."
"Anak?" Adam bangun dan meninggalkan Ayu keseorangan. Ayu tahu Adam tidak akan menerima anak dalam kandungannya. Adakah lelaki beriman seperti Adi akan menerimanya?

Adi pulang beberapa hari kemudian tetapi hanya untuk mengambil barang di dalam biliknya. Datin Nisa mencurigai Adi telah mengintip perbuatan Adi. Dia melihat Adi mengeluarkan kotak dari almarinya. Adi mengambil sebuah kotak dan meletakkan kotak itu kedalam almari dan yang lain di masukkan ke dalam begnya. Datin Nisa bersembunyi apabila melihat Adi mahu keluar. Adi terus ke ruang dapur.
"Abang Adi nak ke mana?"
"Abang terpaksa balik ke kampung kerana ada hal penting."
"Lama ke abang?"
"Ayu, maafkan abang."
Adam melihat kemesraaan Adi dan Ayu. Hatinya cemburu. Kenapa Adi masih memenangi hati Ayu?

Adi kembali ke pangkuan insan yang dia sayangi. Adi hanya mehu mengadakan majlis kecil-kecilan memandangkan Jenifer masih sakit. Sejak keluar dari hospital, Jenifer tinggal bersama dengan Hazlina. Hazlina merawat Jenifer bersama Rubiah.
"Khai, aku dah kecewakan kau lagi."
"Apa yang hang cakap ni? Aku gembira tau dapat tengok hang dengan nyonya tu bersatu. Aku lah insan yang paling gembira."
"Thank Khai.." Adi mendakap rakan karibnya.
"La, orang suruh siapkan pengantin, boleh buat drama pula anak teruna kita ni." Rubiah masuk ke bilik Adi. Hazlina turut serta melihat anaknya berrsiap.
"Mama marah Adi?"
"Memang le marah, tok kadi dah mai kamu masih belum siap."
"Bukan itu maksud Adi, Adi dah curi Jenny dari Khai."
"Khai ke kamu ke dua-dua anak mama. Dari dulu mama tahu dua -dua nak teruna mama ni cintakan seorang gadis. Kamu berdua kan kembar, mempunyai perasaan yang sama."
Rubiah merangkul Adi dan Khai bersama.
"Dah, sian Jenny menunggu kat bawah."
Sekali lafaz, Jenifer menjadi milik Adi. Wajah mereka semua gembira di saat itu.

Di saat Adi gembira, lain yang berlaku di rumah Datuk Arif. Adam berjumpa dengan Ayu pada malam itu.
"Ayu, siapa yang kau mahu sekarang ini?"
"Apa maksud abang?"
"Ayu kata Ayu sayang abang tetapi Ayu menduakan abang. Ayu main kayu tiga dengan Adi!"
"Ayu tidak ada apa-apa hubungan dengan Abang Adi."
"Jangan kamu bohong!' Adam menolak Ayu. Ayu terjatuh. Ayu cuba bangun semula tetapi perutnya merasa sakit.
"Abang sakit." Ayu merayu. Adam hanya melihat darah yang mengalir melalui celah kangkang Ayu.
"Ayu, kenapa ni?" Mak Ngah datang ke dapur.
"Sakit mak." Ayu di bawa ke hospital dan mengalami keguguran. Datin Nisa mula  memarahi Mak Ngah kerana Ayu mengandung. Dia mengatakan Ayu telah membawa lelaki ke rumah belakang mereka. Anita sengaja menokok tambah cerita untuk memburukkan Ayu. Sejak dari dulu dia membenci Ayu.

"Abang tida curiga Adi ke? Dia kan rapat denga Ayu."
Adam mendengus. Nama Adi tetap di sebut.
"Tak ADi nak buat jahat pada Ayu."
"Dia mungkin berlakun depan abang. Hanya mahu mengambil hati abang. Abang tiak nampak yang dia selalu mengambil dadah."
"Apa yang kamu merepek ni Nisa?"
"Adam, kamu kena percaya dengan mama. Semua orang tidak percaya dengan mama. ADi tu syaitan bertopengkan manusia."
Datuk Arif masih tidak percaya kata-kata isterinya. Datin Nisaa mengajak Adam membuka bilik Adi. Almari Adi di pecah dan mengambil kotak yang menjadi simpanan Adi.
"Cuba abang tengok apa dalam ni."
Adam  membuka dan melihat botal yang berisi air jernih dan seberkas jarum."
"Dia doktor dan dia dapat dadah dengan senang."
"Kita simpan dan tanya dia bila dia balik bercuti."

Namun begitu nasib Ayu berlainan. Dia dihalau oleh Datin Nisa sebaik sahaja dia keluar dari wad. Datin Nisa tidak mahu menanggung malu. Ayu  melihat maknya juga memaling muka saat dia memerlukan bantuan. Dia keluar daaari rumah itu malam itu juga. Namun begitu saat dia termenung di hentian bas, Adam datang menjemputnya.
"Ayu nak ke mana?"
"Ayu nak mati."
"Jangan begitu sayang. Macam mana dengan abang."
"Ayu dah tak berguna. Kerana Ayu juga nama baik abang Adi juga tercemar."
"Kenapa Ayu masiih bela Adi si penagih dadah  tu?"
"Abang jangan nak burukkan Abang Adi."
"Puji le sangat dia, tapi mana dia sangat kau perlukan dia. Aku ni juga yang datang membantu. Dah, jom      ikut aku."
"Ke mana?"
"Tempat tinggal. Tak kan kau nak tidur kat sini."
Ayu akur dan terpaksa ikut Adam. Adam membawa Ayu ke sebuah rumah sewa. Walaupun Ayu kuurang selesa apabila melihat penghuni rumahnya tinggal bersama lelaki tetapi hanya di situ dia dapat berehat untuk malam itu. Adam membawa dia masuk ke dalam sebuah bilik.
"Kunci bilik ini dan janga beri sesiapa masuk kecuali aku."

Sejak itu Adam sentiasa datang memberi makanan kepadanya. Adam tidak menyentuhnya saat itu kerana memahami dia masih tidak sihat. Sebaik sahaja dia sihat, Ayu mula keluar untuk mencari pekerjaan. Dia tidak mahu  bergantung dengan Adam.
"Ayu, kau baik sangat dengan Adam tu,kau kekasihnya ke?" Tanya teman serumahnya. Walaupun Tina kelihatan liar, tetapi di sentiasa menjaga Ayu.
"Aku cuma pemuass nafsunya je."
"Aku kenal Adam tu, dia cari ramai pemuas nafsu tetapi  dia tidak pernah ambil berat macam ni. Aku juga pernah jadi pemuas nafsunya."
"Kau sama macam Anne?"
"Anne, kau kenal Anne?"
"Kerana Anne aku tergadai maruah aku kepada Abang Adam."
"Anne tu ibu ayam Adam. Dia akan mendapat sesiapa yang Adam nak. Tapi sekarang Anne dah tinggalkan Adam."
"Kenapa?"
"Kekasih Anne, Roy, masuk penjara kerana Adam."
"Bukan mereka kawan baik ke?"
"Semua yang kawan dengan Adam kerana duit dia. Semua orang tahu Adam jatuh muflis kerana Keysha."
"Siapa pula Keysha tu?"
"Dia tu model terkenal tetapi kaki kikis."
"Ooo sebab itu Datuk marah sangat dengan Abang Adam. Kau masih setia kepada Abang Adam walaupun semua orang dah lari dari dia."
"Adam tu sebenarnya seorang yang baik. Dalam sikap buaya dia tu, ada baiknya. Dia banyak membantu orang yang susah macam aku."
"Macam mana kau kenal dia?"
"Aku hanya budak susah yang tinggal di pinggir bandar ni. Bapa aku seorang pemabuk yang sanggup melacurkan keluarganya demi duit. Semasa aku kena jual, aku masih di sekolah menengah. Adam ambil aku dan bantu aku belajar. Aku hanya layan dia sahaja sampai aku tamat sekolah. Tetapi aku ni tidak puas dengan dia, aku cari orang lain. Aku mula bebas dan dia tidak pernah menghalang. Dia akan beri apa yag aku nak kalau aku meminta sesuatu dari dia. Ni pertama kali dia minta aku tolong dia. Kau macam istimewa je."
"Aku pun tak tahu. Eh, kau boleh tolong carikan kerja untuk aku tak. Aku tak mahu bergantung terus dengan Abang Adam."
"Kau macam tak nak menjadi kesayangan Adam ke?"
Ayu diam.
'Aku ingin menjadi insan yang menemani Adam setiap masa dan menjadi halal untukku.' Ayu menyeka air matanya dari terus mengalir.

[1128pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now