FARHAN termenung. Dia teringat awal pagi tadi. Adam datang bertemu dengannya. Dia ingin meminjam duit dari Farhan.
"Papa, Far nak tanya sedikit."
"Apa sayang?"
"Adam datang minta pinjam tiga ratus ribu. Syarikat ada masalah ke?"
"Tak tahu pula papa. Nanti papa akan siasat hal ni."
"Satu lagi, papa. Siapa Adi?"
"Kenapa bertanya tentang Adi?"
"Far hairan sebab Adi hanya menghabiskan masa di rumah. Dia berkebun dan menghantar adik-adiknya ke sekolah. Lagaknya macam pemandu sahaja."
"Papa pun sebenarnya hairan juga. Tiba-tiba sahaja muncul Adi. Tiada sesiapa tahu siapa Adi ni. Dia tiada apa-apa jawatan dalam syarikat."
Farhan terdiam. Adi ibarat lelaki misteri yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan keluarga Datuk Arif. Malahan kehadirannya membawa pro dan kontra dalam kehidupan keluarga itu.
Kehadiran pemuda itu juga telah menganggu jiwanya. Setiap hari dia ingin melihat senyuman dari bibir pemuda itu.*******************************
[KENANGAN FARHAN]
KEHADIRAN pelajar baru ke sekolahnya menarik perhatian semua pelajar perempuan. Bibir pemuda itu yang berwarna pink, sentiasa menjadi tatapannya. Walaupun muka pemuda itu tidak pernah mengukirkan senyuman.
Adam Hazama, nama yang menjadi sebutan di bibir pelajar perempuan.
"Beb, I cabar you all semua, siapa dapat pikat ADam."
"Kalau dapat, apa hadiahnya?" Tanya Farhan dengan penuh minat.
"Dapat Adamlah." Ketawa mereka memecah ruang padang. Hari ini sekolah mengadakan pemilihan pemain. Farhan dan rakan kumpulan sorak sentiasa mengiringi pasukan bolasepak sekolah mereka.
"Tengok Adam, handalnya dia." Terdengar suara-suara yang memuji Adam. Mata Farhan menyorot ke susuk yang tegap dan sasa di basahi dengan peluh. Hatinya terusik melihat kekacakan pemuda itu.Sejak Adam menyertai pasukan sekolah, dia sering menjulang nama sekolah. Malahan Adam menjulang nama sekolah dalam pelbagai bidang sukan.
Sesuatu yang Farhan tahu, Adam tidak mengemari pelajaran. Adam sering ponteng kelas. Untuk lari dari di tangkap cikgu, Adam mengikuti beberapa pelajar nakal. Dari situ, dia mula belajar merokok. Mereka yang mengajar Adam gejala negatif.
Adam termenung di tempat biasa. Rakan-rakannya belum sampai lagi. Dia memikirkan nasib abangnya. Dia dan rakan-rakannya baru sahaj membuli seorang pelajar.
"Dimi, kau kena kuat. Pelajar macam aku sekarang ni suka melihat budak lemah merayu. Dimi, aku jadi begini kerana aku marahkan ayah. Ayah tidak pernah hirau tentang aku." Keluh Adam.
"Adam..." Suara ketakutan dari seorang pelajar. Adam mengangkat mukanya.
"Ni kerja sekolah yang Adam minta."
"Kenapa lambat?"
"Ma...maaf."
"Isk!" Pelajar itu tunduk ketakutan. Namun wajah Adi yang muncul."Dama, ni kerja rumah kau dah aku siapkan."
"Ni yang aku sayang abang aku ni."
"Kenapa kau malas nak buat kerja ni. Senang je."
"Otak aku bukan geliga macam otak kau."
"Allah kurniakan semuanya sama yang lebih kerana usaha. Kau kena usaha, Dam, sampai bila aku kena tolong kau ni. Mana tahu suatu hari kita tidak bersama."
"Kau ni mengarutlah. Kita kan kembar dan kita tidak boleh di pisahkan. Kita akan sentiasa bersama."
"Adik kesayanganku, kau kena usaha sedikit. Aku akan bimbing kau."Adam melihat mangsanya. Dia tidak kenal pun pelajar tu.
"Hey, siapa nama kau?"
"Karim."
"Kenapa kau datang sekolah sini? Ni kan sekolah orang kaya."
"Datuk Munif minta saya mengawasi anak dia."
"Siapa pula anak Datuk Munif?"
"Farhan."
"Memang budak-budak tu selalu buli kau ke?"
"Dari tingkatan satu. Saya ni anak orang gaji je."
"Kau boleh tolong aku dalam pelajaran. Kau tolong aku, aku tolong kau."
"Boleh saja Adam."'Dimi aku akan berusaha. Walaupun aku tidak akan cemerlang macam kau. Tapi aku akan membela nasib kita.'
Apabila Adam banyak habiskan masa dengan Karim, Farhan mula mendekati mereka. Dia sengaja belajar bersama dengan mereka. Farhan bangga apabila Adam mahu berbual dengannya. Perasaannya terhadap Adam semakin kuat walaupun Adam tidak pernah berperasaan begitu. Walaupun Adam rapat dengan Karim, dia masih rapat dengan pembuli. Dia berterusan berperangai negatif.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...