BAB 26

106 3 2
                                    

ADI hairan rakannya tiba-tiba bercuti serentak. Dia berada di hospital seketika sebelum ke pejabat papanya. Dia tahu papanya akan adakan mesyuarat lagi. Setiap kali mesyuarat, timbul ketegangan. Kali ini Datin Nisa turut serta. Adi ingin turut serta perbincangan mereka.
"Kenapa kamu ada di sini?" Datin Nisa melihat Adi dengan pandangan penuh perasaan benci.
"Adi telah melabur banyak dalam perniagaan ini. Dia ada hak untuk hadir dalam mesyuarat ini."
"Saya cuma ingin berada di sisi ayah. Saya nak pastikan ayah tidak kena serangan jantung lagi."
"Kamu..."
"Dia doktor dan dia tahu apa yang baik untuk abang, Nisa. Boleh kita mulakan."
Seorang pemuda bangun dan menghulurkan fail kepada semua.
"Ni lapuran sale kita. Memandangkan kita hampir jatuh, Munif Holding telah menarik ramai pelanggan kita."
"Datuk Munif tarik pelanggan kita?"
"Tu la papa percayakan mereka. Entah-entah selama ini mereka cuba mencuri maklummat dari kita. Masalah kita ni tiada sesiapa yang tahu kecuali Farhan."
"Tak baik bersangka buruk."
"Hoi, Di, kalau nak berdakwah bukan di sini."
"Dah, kamu berdua."
"Sekarang, ada sesiapa ada cadangan untuk tarik semula pelanggan kita."
"Desas desus tentang JL nak saman kita dah tersebar. Semua takut dan tidak mahu menanggung kerugian."
"Hanya JL saja jalan penyelesaiannya. Kau ada cadangan Adam?"
"Papa, papa harus tanya anak lelaki papa yang seorang lagi tu. Bukan kita  tak tahu yang John tu tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Kau boleh kan guna kekacakan kau tu untuk pujuk Jenifer."
Adi bangun dan menunduk sedikit. Adi memandang ke arah ayahnya.
"Adi  dah berbincang dengan Jenifer untuk bertemu dengan John. Beri Adi masa untuk berbincang dengan   dia kerana dia ni terlalu sibuk. Ayah jangan risau tentang tu."
"Bermakna dia mahu jumpa kau?"
"Aku   selalu juga berjumpa dia kalau dia ada di Penang dulu. Ya lah bila keluar dengan Jenifer."
"Berapa lama kamu kennal Jenifer ni?"
"Sejak tahun pertama kat U, Datin."
"Kamu bercinta?"
Adi tidak menjawab. Dia hanya tersenyum.
"Okey Adi, papa berharap sangat dengan kamu. Papa harap kamu dapat  memujuk John."
Adi hanya mengangguk.
'Maaf John aku guna nama kau. Aku sendiri tidak pernah bertemmu kau. Hanya sekujur tubuh kaku je yang aku nampak waktu itu.'
"Baiklah, kita tamat perbincangan ini dan saya mahu Adam tubuhkan team untuk menarik pelanggan semula dan Adi juga, tolong bantu."
"InsyaAllah, ayah."
"Baik, papa."
"Saya berada di rumah dan kalau ada apaa-apa, terus hubungi saya. Terima kasih   semua."
Datuk Arif dan Datin Nisa berjalan keluar dari bilik mesyuarat.
"Kalau bercinta, cakap je le... agama bukan ukuran." Adam menepuk bahunya. Adi terdiam.

"Di, dah berapa lama kita berkenalan?" Tanya Jenifer petang itu. Kebelakangan ini kerap mereka keluar bersama. Khairul memberikan dia masa untuk bersama Jenifer sebelum dia bertolak ke luar negara.
"Kenapa bertanya?"
"You pernah bercinta?"
Adi menggeleng.
"Jatuh cinta kepada seseorang?"
'Kau yang aku cinta tetapi aku tahu siapalah aku untuk menyintai seorang tuan puteri.'
Namun perkataan itu tidak dapat dia luahkan. Dia sedar kesihatannya tidak mengizinkan dia bercinta. Dia tidak mahu insan yang dia sayangi menderita kehilangannya.
"I jatuh cinta padanya sejak bersamanya membuat assignment. Setiap patah perkataannya sewaktu dia luahkan dalam presentation tu seperti mutiara jatuh. Wajahnya bersinar saat itu. Senyumanya tidak juga putus. I tidak mahu kehilangan dia, Di. Apa yang harus I lakukan?"
"Dia tahu you cintakan dia?"
"Dia tu batu, tak faham apa-apa."
"Teruk juga dia tu."
"Sebab dia teruklah I cintakan dia.. Dia tu hanya cintakan ibunya. Dia cintakan pelajarannya... tak pernah nak fikir orang lain."
Adi terdiam.
"You tak perasan ke yang I really love you Adi."
Adi terdiam. Hatinya melonjak kegembiraan tetapi bila difikirkan penyakitnya yang dia rahsiakan, dia tidak mampu membahagiakan insan yang dia sayangi.
"Maaf, Jen." Adi berlalu meninggalkan Jenifer. Dia tidak mahu melihat air mata Jeniffer. Hatinya perit seperti mana Jenifer    rasakan.

"Encik Adi.." Lamunannya menghilang entah ke mana.
"Eh Pak cik NAsir."
"Dari tadi pak cik  tengok Encik A..."
"Pak cik, panggil saya Adi sahaja."
"Adi ada masalah ke?"
"Tak adalah. Pak cik, saya nak fail JL, saya nak minta kepada   siapa?"
"Nanti pak cik ambilkan."
Adiii melemparkan senyuman. Dari bilik mesyuarat, Adi dapat lihat Adam keluar. Bukan sepatutnya dia tubuhkan team untuk menarik semula pelanggan.

"Ni failnya, ADi."
"Terima kasih, pak cik... Adam tu ke mana?"
"Dia mana pernah lekat kat pejabat. Panas pungkok, kata orang utara."
Adi ketawa.
"Habis tu macam mana team tu?"
"Kami sendiri yang lakukan. Itu pun ramai yang dah lari..."
"Tak pa, saya uruskkannya. Jom pak cik bantu saya."
"Kenapa?"
"Saya tak kenal staff di sini."
Setelah Nasir memilih pasukan terbaik, Adi merancang strategi. Mereka kagum dengan cara Adi menguruskan dan merancang strategi.  Tutur kata yang lembut membuat hati kakitangan tenang dan bersemangat.
"Adi, pak cik ni nak tanya tetapi bimbang lak tersilap, Adi pernah pergi konvensyen peniaga asean dulu kat Penang kan?"
"Kenapa pak cik tanya?"
"Sebab masa pak cik kat sana, pak cik nampak Adam tetapi masa Datuk suruh Adam pergi dia tidak mahu. Hairan juga pak cik kenapa Adam ada di sana. Tapi kali ini pak cik yakin itu kamu."
"Ya pak cik, saya memang mewakili syarikat saya ke sana."
"Tapi Datuk kata kamu doktor."
"Tak boleh ke doktor jadi usahawan."
"Sebab selalunya doktor tak ada masa."
"Saya ada jatuh dan naiknya pak cik. Sekarang saya nak bantu syarikat ni pula."
Adi sentiasa tersenyum.  Dia minta diri untuk pulang setelah selesai semua perbincangan.

Hazlina terkejut melihat Adi muncul di depan rumah. Sepanjang dia bercuti di rumah mertuanya, Adi hanya datang waktu pulang dari solat subuh. Jarang Adi datang waktu begini.
"Di sihat ke?"
"Sihat, ibu. Ibu masak apa hari ni?"
"Kenapa, anak ibu ni tak makan lagi?"
Adi menggeleng.
"Eh, Adi, dari mana ni?"
"Ada hal nak bincang dengan un... papa.." Dia tidak mahu ibu bapa Maarof terasa.
"Jom makan dulu. Kamu tu kalau dah kerja, lupa nanti nak makan." Hazlina bergerak ke dapur. Adi mengikutinya.

"Ibu tahu kenapa Khai dan Jen bercuti bersama?"
"Adi marah ke?"
"Mereka bertunang ke?"
"Belum lagi. Papa Lee panggil mereka untuk berbincang. Khai macam mengelak je."
Adi tersenyum sumbing. Khairul masih mahu menjaga hatinya. Adi tidak mahu berbincang hal mereka. Dia mahu memberi masa kepada mereka. Dia juga tahu perasaan Khairul selama ini.

Selesai makan, Adi menghabiskan masa dengan Maarof. Mereka berbincang langkah mereka selanjutnya. Adi mempunyai rancangannya tersendiri. Maarof sentiasa menyokongnya dari belakang. Dia tahu Adi seorang pemuda yang bersemangat. Walaupun dia tidak tahu misi Adi, dia dapat rasa Adi mempunyai perasaan dendam kepada keluarga papanya.
"Di, papa kamu tahu ke siapa kamu?"
"Dia tahu Adi ni seorang doktor. Kenal Jenny kerana sama belajar."
"Cakap pasal Jenny..."
"Mereka nak bertunang."
"Kamu marah ke?"
"Tak cuma terkilan, kenapa mereka tak beritahu Adi."
"Khai tu macam tak mahu je."
"Tak mahu?"
"Papa Man cerita yang Khai dah di ajak berbincang  sejak dari bulan lepas. Macam macam alasan dia beri. Semalam pun, Jenifer yang memaksanya balik. Papa Lee kata hal mustahak."
"Khai ... Khai, kau    dah kenapa? Dulu beria sangat minat dengan nyonya dia tu."
"Bagaimana perasaan Adi terhadap Jenny?"
Adi terdiam. Dia tidak dapat menjawab. Maarof bangun dan menepuk bahu Adi. Dia faham perasaan Khai sekarang ini. Serba salah untuk mengecewakan hati rakan karibnya.

[1173pp]    

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now