BAB 39

116 4 3
                                    

SUASANA pagi minggu di rumah Maarof seperti biasa. Hazlina sibuk menyediakan sarapan. Jenifer ingin membantu tetapi ditegah oleh Hazlina. Menantunya masih tidak sihat.
"Ibu nak masak apa pagi ni?"
"Nasi lemak. Dah nak siap pun." Nasi lemak, makanan kegemaran Adi. Tiba-tiba dia merasa rindu kepada anak lelaki.

"Ibu, hari ni Adi nak bawa bekal nasi lemak tu." Suara riang Adi masih kedengaran di telinganya.
"Hang ni hari-hari nak bawa nasi lemak, tak jemu ke?" Adam menempelak. Adam jarang hendak membawa bekal nasi lemak buatannya. Dia hanya makan di rumah.
"Kata orang, hang tu kalau tak habiskan 3 bungkus setiap pagi tak sah kan?"
"Mana boleh miss nasi lemak ibukan. The best nasi lemak."
"Isk, kamu berdua ni... Dah ibu nak masukkan dalam bekal Adi. Cepat siap, nak pergi sekolah. Ibu pun nak pergi buka warung ni."
"Nak Adi tolong ke?"
"Tolong bawa barang ni letak kat warung sebelum pergi sekolah.""
"Baik ibu.... Dama... cepat le, tak kan tak habis makan lagi." Kata Adi sambil menyalami ibunya dan mengucup pipi Hazlina.
"Isk, ulat buku ni, nak cepat je pergi sekolah. Marka dah tunggu ke?" Rungut Adam sambil menyumbat timun ke dalam mulut sebelum menyalami ibunya. Kelam kabut dia mencapai beg sekolahnya untuk pergi ke sekolah. Hazlina tersenyum melihat gelagat anak kembarnya itu....

"Sayang.... sayang..." Pipinya terasa dikucup. Hazlina tersentak.
"Abang, apa ni? Malu kat Jenny."
"Tengok tu Jen, papa yang kena marah, kita panggil dia langsung tak dengar. Teringat siapalah tu?"
"Ayyooo ibu, papa dah merajuk." Usik Jenifer.
"Mana ada ingat kat sesiapa... awal abang turun."
"Hmmm bau nasi lemak ni dah mengoda perut abang."
Hazlina hanya melemparkan senyuman. Dia memasukkan nasi lemak ke dalam bekas untuk di bawa ke ruang makan.
"Selamat pagi, Ibu... Ibu mask nasi lemak ni sebab ibu rindukan abang ye?" Hazreen muncul di dapur.
Nama yang dirindui di sebut membuat Jenifer terdiam. Walaupun setiap malam menghubungi suaminya namun tidak dapat mengubat rindunya.
"Tentu ibu rindukan abang Adi tu kak Jenny, lagi rindu."
"Siapa yang rindu Adi?" Suara Adi kedengaran dari ruang tamu.
"Abang!" Jerit Hazleen. Jenifer tersentak dan terkial-kial mengerakkan kerusi rodanya. Yang lain telah beredar ke ruang tamu. Hatinya marah kerana susah untuk bergerak.
"Sayang." Suara Adi menyapa telinganya. Dia berpaling. Kucupan mesra melekat di dahinya. Apabila Adi melepaskan kucupannya, Jenifer meraih tangan Adi dan mengucupnya.
"Kenapa balik tak beritahu?"
"Surprise!"
"Ni drive seorang ke?"
"Tak, dengan cik abang kesayangan sayang le."
"Mana dia?"
"Ni rindukan abang ke rindukan dia?"
"Isk abang ni cemburu pula, nak marah dia lah, ajak balik malam."
"Bukan salah dia, abang yang ajak balik sebelum subuh. Dia dah balik ke rumah mama dia le. Dia pun rindukan mama dia."
"Dah tu sembang, tolak Jenny ke ruang makan. Kita sarapan bersama."
Adi menolak kerusi roda Jenifer.
"Aleen mana?"
"Ibu suruh hantar nasi lemak ni ke rumah mama Biah."
"Tu dah jumpa abang Khainya tu, adalah nak minta benda."
"Abang tidak pernah tunaikan permintaan dia ke?"
"Jen, Aleen dan Areen ni minta apa saja kat dua-dua abangnya, dapat je. Papa yang tak mahu mereka tu manjakan budak berdua ni."
"Papa?"
"Why?" Jenifer melihat Adi. Adi membalasnya dengan senyuman.
"Hmmmm... harumnya bau nasi lemak ni. Pergi mana pun tidak boleh tanding nasi lemak ibu."
"Ada je lah Adi ni. Dah makan.... Abang, nanti kita ke pasar, beli bahan mentah."
"Boleh je."

Selesai sarapan, Hazlina dan Maarof keluar bersama dua anak perempuan mereka. Sengaja mereka tinggalkan Adi dan Jenifer berdua.
"Sayang, jom.."
"Nak ke mana?"
"Abang penat, nak tidur."
Adi mengangkat Jenifer. Dia menaiki tangga.
"Abang, bilik Jen..."
"Ke bilik abang lah. Itu nanti bilik kita. Yang bawah tu bilik sementara saja."
Adi meletakkan isterinya di atas katil sebelum menutup pintu dan mencapai tuala. Dia membersihkan diri sebelum kembali ke katil. Adi merebahkan badannya sambil menarik Jenifer ke dalam dakapannya. Adi tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata. dengkuran halus kedengaran. Jenifer membetulkan kedudukannya sambil menatap wajah suaminya. Wajah tampan yang sedikit pucat di tatap penuh kasih sayang. Dia rindu wajah itu setiap masa.

"Jen, kamu ni minat siapa? Adi ke khai?" Tanya rakan sekelasnya. Dia menghabiskan masa bersama rakannya itu kerana Adi dan Khai amenghadiri kelas pendidikan Islam.
"Kenapa?"
"You tu keluar dengan mereka berdua. Siapa sebenarnya yang kamu nak?"
"Salah ke kalau aku nak dua-dua?"
"Mana boleh?"
"Kamu semua tak tahu, tanpa Khai, aku tidak dapat bercakap dengan Adi."
"Kenapa?"
"Khai tu jurucakap Adi."

Jenifer tersenyum. Suaminya memang seorang yang berat mulut. Tiada yang penting tiada perlu dia bersuara. Berbeza dengan Khairul maupun Adam. Adam seorang yang manis mulut dan pandai memikat wanita. Namun begitu Jenifer tidak terpikat pun dengan kata manis Adam. Bukan tidak pernah Adam memikatnya. Pintu hatinya telah lama dikunci oleh Adi. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia mulajatuh cinta dengan Adi.

HAzlina mengajak Rubiah untuk menyediakan makan tengah hari bersama. Dia telah menyuruh suaminya menghubungi Tan Sri Lee untuk bersama. Dia ingin memasak makanan istimewa untuk Adi dan Khairul. Dia tahu makanan kegemaran mereka bersama.
"Khai mana, Biah?"
"Tidur. Adi?"
"Rasanya tidur tu. Dia kan bersama Jenifer."
"Tak sabar rasanya menimang cucu, Lina."
"Kita doakan yang terbaik. Lina cuma kesihan kat Jenny tu. Dia mahu berada di sisi Adi sentiasa."
"Dia tu belum sihat untuk menjaga suaminya."
"Betul juga tu."

Hazlina dan Rubiah menyediakan makanan tengah hari manakala Maarof dan Azman benyediakan tempat mereka berkelah. Lokasi belakang rumah menjadi pilihan.
"Assalamulaikuam... " Khairul menghampiri papanya di belakang rumah. Dia tahu itulah tempat kebiasaan mereka berkumpul. Kelihataan Adi menolak kerusi roda Jenifer menghampri mereka.
"Wow, bro baru bangun ke?"
"Ala, kata orang, dia pun sama."
"Penatlah."
"Ala, buka dia yang driving pun."
"Abang, tadi abang kata Khai yang drive..."
"Hahhahaha... kantoi.. tu le tak pandai nak menipu belajar nak menipu kan dah kantoi." Khairul mengetawakan Adi. Adi hanya menggarukan kepalanya.
"Ibu, nanti Jen nak ikut abanglah. Jen tak nak abang drive malam-malam macam ni."
"Ibu pun nak macam tu. Adi..."
"Hmmm... sedapnya ibu dan mama masak ni. Adi dah lapar sangat." Adi mengelak untuk berbincang. Dia hanya tersenyum. Mereka menikmati hidangan makan tengah hari dengan penuh selera.

"Nurul ingat Ayu?" Tanya Adi setelah mereka selesai makan. Mereka bersantai di belakang.
"Abang ada..."
"Jangan le nak fikir bukan-bukan... Dia kena halau dari rumah Datuk."
"Kenapa?"
"Kantoi mengandung anak...."
"Anak siapa abang?"
Adi terdiam, dia melihat ke arah ibunya."
"Anak Adam ke?"
"Ibu..."
"Ibu dapat rasa, Adi sembunyi sesuatu tentang Adam   dari ibu. Jika Adam dah jauh terpesongkan?"
Adi hanya tunduk. Dia dapat rasa    ibunya terluka.
"Dulu ayah pun bukan orang baik. Hanya kerana cinta ayah ikut... Pengaruh orang yang kita gauli itu juga mengubah sikap dan perangai seseorang."
"Maafkan Adi."
"Bukan salah kamu, Adi. Tapi sekarang ibu mahu kamu jadi suami yang baik. Biar isteri kamu berada di sisi kamu."
Adi mengangguk sambil merangkul tubuh ibunya.

'Ibu tolong doakan Adi dapat membawa Adam kembali ke pangkal jalan sebelum Adi tutup mata.'

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now