BAB 9

136 2 0
                                    

SEPERTI  biasa Adi menunggu Khairul mengambilnya pergi ke kerja. Sesampai di tempat kerja Jenifer telah menunggu.
"Tak sangka minah ni menunggu." Khairul teruja apabila melihat Jenifer. Adi faham dengan perasaan Khairul dan dia hanya diam.
"Adi!" Jenifer memanggil dengan suara girang. Adi hanya tersenyum.
"Awal bangun nyonya hari minggu ni?"
"Pak pandir pun bangun awal."
"Aku kena bangun awal sebab kembar aku ni nak pergi kerja. Aku tak nak dia berbasikal ke sini."
"Adi.... Papa I nak jumpa you." Suara Janifer dilunakkan apabila bertutur dengan Adi.
"Uweeekkk." Khairul sengaja berlagak memuntahkan isi perutnya. Bukan dia tidak tahu Jenifer mempunyai perasaan kepada Adi tetapi dia juga tidak boleh menafikan perasaannya.
"Jom Adi jumpa papa I." Jenifer memegang lengan ADi. Adi melihat ke arah lengannya.
"Sorry." Jenifer menarik semula tangannya. Dia tahu ADi tidak menyukai dia memegangnya.
"Saya simpan barang saya dulu, kau dengan Khai pergi ke kafe dulu." Adi beredar meninggalkan mereka.
"Jom." Khairul menyuakan lengannya untuk Jenifer rangkul.
"Jangan mengada-gada. Adi kata bukan mahram tidak boleh berpegangan." Jenifer berjalan ke arah kafe. Khairul mengejarnya.
"Apa istimewa Adi?"
"Ini soalan seorang sahabat atau seorang musuh?"
"Aku tidak akan bermusuh dengan Adi, okey."
"Khai, kau seorang kawan yang baik tetapi aku tidak boleh terima kau lebih dari seorang kawan. Kau faham kan? Aku tak tahu apa istimewanya Adi tetapi aku tidak boleh terima orang lain selain Adi."
"Luahkan kepada dia."
"Isk kau ni. Malu le aku."
"Sampai tua le kau menunggu." Khairul menguman perlahan.
"Apa kau cakap?"
"Tak ada apa-apa."
"Aku dengar kau cakap.."
"Aku kata papa kau dah menunggu tu."
"Jen, kenapa papa kau nak jumpa Adi? Dia nak marah Adi ke?"
Jenifer mengangkat bahunya.
"Papa."
Tan Sri Lee melihat pemuda sebelah Jenifer.
"Kamu Adi?"
"Tak, saya Khairul, anak Dr. Azman." Khairul tahu Tan Sri Lee salah seorang pesakit papanya.
"Oh, anak Dr. Azman. Kau kenal Adi?"
"Kami berkawan baik sejak di bangku sekolah lagi."
"Jadi kamu kenal keluarganya, bapanya kerja apa?"
"Dia hanya tinggal bersama ibunya sahaja. Dia mahupun ibu tidak mahu cerita tentang bapanya."
"Meninggal?"
"Saya tak pasti sebab Adi seorang yang berahsia."
"Lambatnya Adi, Jenny pergi tengok dia." Jenifer bangun dan berlalu dari situ. Tan Sri Lee melihat anaknyna berlalu.
"Kalau kamu kenal dia dari sekolah, macam mana Jenny kenal dia?"
"Kami satu kuliah, Tan Sri."
"Maksud awak dia juga pelajar perubatan?"
"Kalau Tan Sir melihat rekod dekan, dia tersenarai sebagai penganugerah dekan. He is the best student."
"Tidak ke kerja ini menganggu pengajiannya?"
"Saya pun tidak boleh nak kata apa Tan Sri. Papa dah berapa kali menegah dia bekerja. Papa sanggup menanggung pengajiannya tetapi dia tidak mahu menerima bantuan orang. Tidak mahu berhutang budi. Dia hanya mahu bekerja untuk menampung kehidupannya. Sejak sekolah dia melakukan pelbagai kerja."
"Kalau saya mahu menanggung pengajiannya."
"Tan Sri cuba jika dia mahu. Kalau mahu membantu, cari le jalan lain. Seperti papa saya, membeli buku mengenai perubatan untuknya sebagai hadiah."
Tan Sri Lee berdiam. Dia melihat anak Dr. Azman semula. Dr. Azman, lelaki melayu yang pertama dia terima sebagai kawannya. Ini hanya kerana Dr. Azman tidak pernah mahu menipu mengenai kesihatannya. Selama ini semua doktor hanya mengampunya. Dahulu dia tidak menyukai melayu tetapi kini seorang demi seorang dia mendekati melayu. Tidak semua melayu jahat dan tidak semua cina baik. Manusia sama sahaja. Mamanya salah. Mamanya hanya membencikan seorang dan menanam perasaan benci terhadap semua bangsa itu. Kenapa dari dulu dia tidak memikirkannya. Kenapa dia buta dengan perasaan negatif. sikat baik dan jahat seseorang itu terletak kepada individu bukan kaum. Kita tidak boleh menyalahkan kaum jika hanya seorang yang membuat salah.
"Papa!" Jenifer telah berada di sebelahnya bersama dengan seorang pemuda. Senyuman manis dari pemuda itu ibarat air yang membasahi tekak yang kehausan.
"Khairul, kamu boleh tak bawa Jenny minum di tempat lain, saya mahu berbual dengan Adi."
"Baik Tan Sri. Jom Jen, kita dating." Khairul menarik tangan Jenifer.
"But... Kau ni jangan pegang tangan aku."
"Sorry sayang... cepat le."
Adi melihat kawannya beredar.
"Duduk."
"Saya minta maaf jika saya...."
"Saya cuma nak ucapkan terima kasih."
"Saya hanya lakukan apa yang saya tahu."
"Kalau saya bantu kamu, kamu mahu?"
"Maaf, saya lebih suka bekerja."
"Betul kata rakan kamu tadi. Sebenarnya saya mahu awak bekerja denga saya. Mulai hari ini kamu bekerja dengan saya."
"Bekerja macam mana?"
"Kamu ada telefon?"
"Maaf Tan Sri, saya tidak mampu."
"Kamu ambil barang-barang kamu dan ikut saya. Saya mahu berjumpa Paul kejap."
Adi akur.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now