PANGGILAN dari Adi sebentar tadi menganggu tidurnya. Rindu? Sememangnya dia merindui mereka tetapi adakah mereka menerima aku. Jika mereka menerima dia bagaimana dengan Hazlina. Dia tidak sanggup wanita yang dia sayangi dihina. Maarof mengeluh.
"Abang, kenapa?" Dia tidak menyangka keluhannya mengejutkan isterinya.
"Maaf, abang kejutkan Haz."
"Abang ada masalah ke?"
Maarof mengeluh. Hazlina memegang tangan suaminya. Dia memberi semangat untuk suaminya. Dia kan sentiasa berada di belakang suaminya walau apapun yang berlaku.
"Adi telefon tadi..."
"Kenapa dengan Adi, dia sakit?" Risau tentang anak lelakinya.
"Haz, Adi sihat di sana. Cuma..."
"Cuma apa abang?" Sedikit terkilan kerana Adi tidak mahu bercakap dengannya. Maarof dapat merasa perasaan Isterinya saat itu.
"Bukan ADi tidak mahu bercakap dengan Haz tetapi tadi Haz dah tidur. Abang tidak mahu ganggu Haz. Lagipun Adi cuma bercerita tentang.... mak bapa abang."
"Adi jumpa dengan mak bapa abang?"
"Ya, mereka merindui abang."
"Abang nak jumpa mereka ke?"
"Haz macam mana?"
"Kenapa dengan Haz?"
"Haz sebahagian dari abang dan abang tidak akan tinggalkan Haz."
"Abang bawalah budak-budak berjumpa atuk dan nenek mereka."
"Haz..." Hazlina terdiam. Dia takut dihina seperti dulu. Dia tidak mahu Adi yang terluka semasa dia dihina.
"Adi kenal dengan ibu bapa abang?"
"Ya."
"Abang...."
"Haz, keluarga abang kena tahu tentang HAz. Kita balik masa cuti nanti. Haz pun rindukan ADi bukan?"
Hazlina mengangguk.
"Dah, kita tidur dulu. Nanti abang bincang lagi dengan Adi."Datuk Arif pulang dari bercuti apabila Datin Nisa mengamuk mengatakan Anita dihalau dari rumah. Sesampai di rumah, Datin NIsa terus memarahi semua yang ada di rumah.
"Apa yang kamu bising ni?" Datin Rokiah keluar dari biliknya.
"Kenapa Anita tidak boleh balik ke sini? Siapa yang halau dia?"
"Aku!" Adam bersuara.
"Kenapa?"
"Kalau dah bawa arak ke rumah ni aku tak bagi. Kalau nak minum, keluar... masih ada budak kecil kat sini."
"Kau..."
"Aku tahu aku juga suka minum tetapi bukan bawa benda tu dalam rumah. Amir dan Amira masih tidak tahu apa-apa. Mama nak mereka mula terpengaruh dalam usia muda?"
Datin Nisa terdiam.
"Abang akan benarkan dia balik sini kalau dia tidak buat lagi perangai tu."Adam terus ke dapur. Dia mengetuk bilik Adi. Tanpa menunggu Adi menjawab, Adam masuk ke dalam. Adi sedang bersolat. Adam melihat bilik Adi yang serba kekurangan. Adi tiada perawatan yang canggih tetapi dia lebih menarik dari Adam.
"Terima kasih." Adam tersentak. Dia melihat ke arah Adi.
"Kau sujud syukur ke?"
"Setelah sekali lagi adik aku lindung aku."
"Aku buat kerana aku beri tanggungjawab aku pada kau."
"Mana kau tahu?"
"Kecoh dekat kelab, Anita kena halau dari rumah. Mereka beberapa kali merancang nak balas kat kau. Tapi aku biarkan. Tak sangka kau bukan yang dulu."
"Kawan lama aku yang tolong."
"Yang tidur kat lantai ni."
"Tu pun kau tahu."
"Malam tu aku ada masalah, nak cakap dengan kau. Aku masuk bilik tengok dia tidur kat lantai tu."
"Kau ada masalah nak cakap dengan aku ke?"
"Kau boleh bagi aku duit ke?"
"Aku cuma ada duit gaji yang ayah bagi je. Kalau kau..."
"Tu bagi ibu."
"Aku dah..."
"Tak apalah, Aku nak keluar ke pejabat, tadi hanya balik dari jemput mama dan papa."
Adam keluar dari bilik Adi. Dia sendiri tidak tahu macam mana mahu menyelesaikan masalahnya. Dia tidak menyangka papanya balik awal. Ingin sahaja dia memarahi Adi tetapi dia tidak sanggup membiarkan Adi di marahi.Seperti yang dijanjikan, percutian persekolahan kali ini Maarof membawa keluarganya ke kotaraya. Hati anak-anaknya girang kerana mereka terlalu rindukan abang mereka. Tidak berhenti mereka bercerita tentang berita yang mereka akan beritahu kepada abang mereka.
"Papa, rumah abang Adi nanti boleh kita duduk ke? Abang Adi tinggal dengan abang Khai ke?"
"Kakak ni asyik tanya hal abang Khai, kak suka abang Khai."
"Mana adalah." Merona wajah gadis sunti Maarof. Dalam usia remaja, dia memang menaruh minat kepada abang angkatnya tetapi makin lama dia sayang sebagai abang. Adi sentiasa berada di sisinya. Adi pernah menasihatnya supaya utamakan pelajaran dari cinta. Dia ikut saranan Adi. Dia sendiri ingin melihat abangnya bahagia dan sihat. Dia rindukan abangnya.
"Papa, abang Adi sihat ke?" Suaranya serak sedikit.
"Aleen, abang tu sihat. Dia kan ada bercakap dengan Aleen hari tu."
"Ala... abang Adi tu mana tunjuk sakit dia. Sentiasa kata sihat." Rungut Hazreen. Semua terdiam. Memang Adi tidak pernah memberitahu dia sakit. Dia tidak pernah mahu menyusahkan orang lain. Maarof menjeling ke arah Hazlina. Dia mengenggam jari HAzlina. Dia ingin menyalurkan kekuatan kepada Hazlina.Kereta berhenti di sebuah rumah agam. Rumah yang memberi tempat berlindung ungtuk Maarof sejak dari kecil. Rumah itu masih kukuh seperti dulu.
"Rumah siapa ni papa? Tak kan abang Adi duduk di rumah macam ni?"
"Jom kita turun."
"Abang turun dulu." Hazlina masih rasa gentar.
Loceng rumah ditekan. Keluar seorang pembantu.
"Ya, pak, mahu jumpa siapa?"
"Haji MUsthafa ada?"
"Ada, bapa ni siapa?"
"Beritahu dia Maarof, Hairi Maarof nak jumpa dia."
"Sebentar ya pak."
Tidak lama kemudian, tergocoh gocoh pasangan berusia tu keluar dari rumah. Sang suami memimpin isterinya yang bersusah payah keluar.
"Hairi..." Air mata sang ibu mengalir. Sebaik sahaja pintu pagar terbuka, Maarof berlari merangkul kedua ibu bapanya. Rasa bersalah meninggalkan mereka yang sudah tua.
"Ni cucu-cucu nenek..."
"Aleen, Areen, salam atuk dan nenek ni."
Hazleen dan Hazreen akur. Datin Maimon merangkul kedua-dua cucunya.
"Mana Diana, kenapa duduk dalam kereta je?" Datuk Musthafa melihat ke arah kereta. Maarof kembali ke kerata dan membuka pintu. Dia menarik Hazlina keluar. Dia membawa Hazlina mendekati ibubapanya.
"Mama, papa ni Hazlina, isteri Hairi."
"Di..Diana?"
"Dia meninggal semasa budak-budak ni kecil lagi."
"HAzlina, mari masuk. Buat apa kita duduk kat luar ni." Datin Maimon menarik Hazlina masuk ke dalam.
"Mama ni baru nak minum petang. Boleh lah kita berbual sekali."
"Kamu buat apa sekarang?" Tanya Datuk Musthafa.
"Masih peguam papa, buka syarikat sendiri di Penang."
"Dah lama ke balik ke sini?"
"Dalam 6, 7 tahun dulu."
"Maaf Diana meninggal kerana apa?"
"Dia mengidap kanser."
Kanser. Perkataan membuat HAzlina tersentak. Entah mengapa saat ini dia begitu rindukan anaknya.
"Lina tidak suka ke mama tanya tentang Diana?"
"Tak... cuma..."
"Papa, mana abang Adi, tak ada pun. Kata nak jumpa bang Adi." Hazreen merungut.
"Adi? ADi anak Arif?"
"Mama, papa, Lina ni bekas isteri Arif dan bekas kekasih Hairi dulu."
"Sebab kau ke Arif ceraikan LIna?"
"Tak mama..." Maarof ceritakan perkara sebenar.
"Arif melepaskan permata untuk Hairi."
"Lina, mama tengok Hairi bahagia, mama bahagia. Miskin kaya bukan ukuran, yang penting iman kita."
"Selama ini Adi membesar dengan kau ke?"
"Mereka banyak menderita sejak Arif tinggalkan mereka."
"Tapi Lina didik Adi jauh berbeza dengan Adam."
"Kenapa dengan Adam?"
"Haz... Adam pemuda yang baik." Maarof memintas. Dia tidak mahu hati seorang ibu terluka kerana perangai anaknya.
"Ya, tetapi Adi ni mencerminkan didikan kau. Papa berharap kamu dapat didik cucu-cucu papa macam tu."
"His abang ni. Adi tu pun cucu kita juga. Budak-budak ni anak LIna kan." Datin Maimon merangkul bahu Hazlina.
"Papa, mana Abang Adi?"
"Malam nanti papa pergi jumpa dia. Nanti papa suruh dia datang sini."
"Abang nak jumpa Adi malam ni?"
"HAz tunggu je kat rumah. Nanti apa pula riaksi Datin Rokiah bila nampak Haz."
"Sabar sekejap je. Esok ADi akan datang ke sini. Dia selalu juga datang ke sini. Bertanya khabar rupanya seorang cucu datang ziarah datuk nenek dia."
"Adi tu anak yang baik, mama. Ambil berat tentang orang tua."Malam itu, Datuk Musthafa dan Maarof menziarahi keluarga Arif.
"Lama betul kamu menyendiri, Mus, Mai apa khabar?"
"Sihat orang tualah Kiah, nak berjalan pun bertongkat."
"Kenapa dia tak datang?"
"Seronok berbual dengan menantu dan cucu. Maarof ni dah lama tak jumpa Arif."
"Aku ni datang nak minta maaf kepada kau Arif."
"Aku pun dah lupa. Kau kerja di mana sekarang?"
"Aku ada firm kat UK. Kat sini aku cuma saja-saja buka law firm kecil-kecilan."
"Kau mesti macam papa kau. Kenapa tak join Uncle. Kau tak nak kerja sama dengan aku ke?"
"Bukan macam tu, aku ada pelanggan tetap aku dari sana. Dia buka syarikat so aku ikutlah."
"Tentu anak kamu dah besarkan?"
"Yang sulung dah sekolah menengah."
"Dua orang je ke?"
"Tak tiga."
Telefon milik Maarof berbunyi. Maarof memohon diri untuk menjawab telefon.
"Diana masih macam dulu."
"Hah?"
"Yalah, selalu telefon kalau Maarof di luar."
"Ya... ya.." Datuk Musthafa mengangguk. Dalam hati terlintas memikirkan nasib anaknya, selalu dikawal oleh isteri."Uncle..." Adi merangkul Maarof di luar pagar. Dia sengaja memancing Maarof keluar.
"Bila sampai?"
"Petang tadi."
"Ibu?"
"Dia menunggu kamu di rumah Atuk."
"Esok selepas semua pergi kerja Adi akan ke sana."
"Mesti ibu gembira."
"Okey uncle, esok kita sembang panjang."
Maarof masuk semula dan berbual dengan Arif. Adi masuk ke dalam biliknya. Dia memikir bagaimana mahu memujuk ibunya nanti."Hazlina pun macam Diana ke?" Tanya Datuk Musthafa sewaktu mereka dalam perjalanan pulang.
"Macam Diana macam mana tu?"
"Call kau kalau kau keluar."
"Dia sentiasa percaya kepada saya, papa. Saya yang akan beritahu dia ke mana saya pergi. Papa tahu, Ri bersyukur Arif lepaskan Haz. Kini Ri betul-betul rasa bahagia. Makan minum Ri terjaga. Dia sentiasa tenang hadapi masalah. Mungkin kerana mereka terlalu menderita sebelum bertemu Ri."
"Derita?"
"Papa tau tak Adi tu bekerja dalam usia muda, manakala Adam di sini, berpoya-poya."
"Kamu jagalah mereka dengan baik, Ri."
Maarof mengangguk. Dia bertekad akan menjaga mereka selagi hayatnya masih ada. Dia bertekad akan memberi kekuatan kepada Hazlina saat dia perlukan nanti.[1541pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...