KHAIRUL menghubungi Adi untuk bertemu. Khairul telah menunggu Adi semasa Adi sampai. Adi tersenyum saat melihat Khairul.
"Maaf, aku lambat."
"Tak, aku pun baru sampai ni."
Adi melihat wajah kusam kawannya. Mana pergi wajah ceria sahabatnya selama ini?
"Kenapa?"
"Kenapa apa?"
"Wajah ni bukan wajah sahabat baik aku, adik kembar aku."
Khairul menarik nafas. Dia menghadiahkan senyuman yang tawar.
"Bergaduh dengan Jen?"
Khairul hanya mengangguk.
"Dia tu marah sekejap je. Adalah sesuatu yang hang tak buat untuk dia. Hang kena faham dia."
"Hang yang lebih faham perangainya kan?"
"Hang ni kita dah kawan dengan dia lama dah, tak kan kamu tidak kenal lagi perangai dia?"
"Aku buta dengan cinta dia dan aku tidak nampak perangai dia. Kalau aku bersamanya aku dapat faham dia ke?"
"Hang ni kan. Cer belajar kenal dia."
"Aku tak mahu kenal dia. AKu dah putuskan pertunangan kami. Aku baru je balik dari Penang ni."
"Kau putuskan? Aku tak percaya. Ni mesti Jen yang minta putus."
'Ya, memang Jen yang minta putus sebab kau."
"Aku dengan dia tidak ada apa!"
"Hang yang tidak mahu kenal dia sebenarnya. Hang yang menipu diri hang sendiri!"
Adi bangun dan meninggalkan Khairul.
"Adi, kau yang tak faham diri kamu sendiri. Kamu menyakiti hati kamu demi kami. Kami sayang kamu dan tidak mahu melihat kamu terus berkorban." Khairul bermonolog. Dia pulang ke rumahnya dengan peraasaan longlai.Datuk Arif tidak berhenti-henti memuji Adi dengan kejayaannya di depan keluarganya. Hati Adam merasa terhina apabila papanya tidak pernah memujinya selama ini. Tidak kah selama ini dia berkorban demi keluarganya.
"Adam, kamu seharusnya belajar dari Adi untuk memajukan syarikat."
"Tak habis Adi!" Adam bangun dan keluar dari rumah. Dia merasa rungsing jika berterusan di dalam rumah. Dia mencari hiburan. Namun ke mana harus dia pergi. Kini dia tiada teman lagi. Sejak Roy tewas dengan najis dadah, Anne menghilangkan diri, dia tidak mempunyai teman lagi. Temannya selama ini hanya memandang kemewahannya sahaja. Adam hanya berada di kelab untuk melupakan segala-galanya."Hey, girls, lihat siapa ni?" Farhan menegur Adam yang separuh mabuk.
"Bukan tunang you ke?"
"Lelaki macam ni nak jadi tunang I. Loser."
Kata-kata Farhan membuat Adam menjadi berang.
"Kau yang tidak layak menjadi tunang aku. Kau tu lesbian."
"Hey playboy, kau ingat aku nak sangat dengan kau. Ini semua rancangan papa aku saja. Nak jatuhkan saingan dia."
Adam bangun dan meninggalkan Farhan. Tiada ketenangan dalam hidupnya sekarang. Ini semua kerana Adi. Haruskah Aku benci Adi sedangkan Adi melayannya dengan baik. Adi tidak pernah menyakiti hatinya.Datin Nisa dapat melihat wajah marah Adam. Dia akan cuba menjauhkan Adam dari Adi. Dia merancang membuat mereka berdua bergaduh. Biar mertua dan suaminya akan nampak keburukan Adi membuat perancangan mereka untuk menyatukan semula Arif dan Hazlina. Dia tidak mahu bermadu dengan Hazlina kerana selama ini dia tahu bagaimana cinta dan kasihnnya suaminya terhadap bekas isterinya. Perkahwinannya hanya kerana kekayaan. Dia teringat peristiwa yang lalu.
"Arif dah balik ke sini dengan anak lelakinya." Papanya memberitahu mereka ketika mereka menikmati makan malam. Hatinya berbunga kerana dapat bertemu dengan pemuda oujaan hatinya. Sejak dari kecil dia meminati Arif. tidak sabar ingin bertemu dengan Arif kembali.
"Kita harus satukan keluarga kita." Rancangan papanya. Papanya tahu yang dia meminati Arif.
"Kenapa?"
"Hanya keluarga Rahmad je yang boleh bantu keluarga kita, perniagaan kita."
"Nak satukan bagaimana papa?"
"Kamu kena berkahwin dengan Arif."
"Kahwin dengan abang Arif." Hatinya begitu melonjak.Namun beggitu mahligai yang dia impikan hanya dalam dunia khayalannya. Arif lebih menyintai bekas isterinya. Walaupun Arif berlakon bahagia di depan keluarganya tetapi hati Arif sengsara. Walaupun Arif menceraikan isterinya secara rasmi, Arif lebihkan banyak masa dengan kerja. Arif cuba membina empayar keluarga mereka. Arif kurang mempunyai masa untuk keluarga. Dia sendiri tidak tahu apakah peranan dia di sisi Arif, seorang isteri atau pemuas nafsu. Kerana kebosanan, Nisa mula mencari hiburan di luar. Kini dia merasa kehidupan bebas di luar lebih bahagia dari rumahtangganya. Rakan-rakan setaraf dengannya menjadi tempat dia meluahkan masalah. Pertubuhan Mak Datim Glem, gelaran yang diberi kepada mereka. Nisa tidak menghiraukan lagi rumahtangganya. Anak-anaknya hanya dibiarkan dibawah jagaan pembantu rumahnya.
Kini dia dapat merasa dirinya tergugat. Dia tidak mahu kehilangan Arif walaupun Arif tidak pernah menyintainya. Dia tidak mahu berkongsi suami. Dia sanggup meemusnahkan sesiapa yang ingin merampas hak miliknya.
Adi datang ke hospital awal pagi tu. Suasana di rumah merasa tegang. Dia tidak merasa selesa di rumah itu sekarang ini. Adakah kerana jiwanya sendiri keresahan. Apakah perasaannya tentang keputusan yang Khairul lakukan. Gembirakah dia? Adi membuka laci mejanya. Bingkai gambar kesayangannya telah hilang. Puas dia menyelak di bawah failnya. Dia yakin dia menyimpan di situ. Pintu pejabatnya dikuak. Segera dia menutup lacinya.
"Good morning, sayang."
"Amboi cerianya."
"Aku, aku kan sentiasa ceria."
"Semalam... "
"Hari ini aku nak menjadi lebih baik dari semalam."
"Ada-ada je lah hang ni Khai."
"Nah."
"Apa ni?"
"Aku yang harus tanya hang apa ni? Kenapa?"
"Hang dah tengok?"
"Aku lalu depan makmal tadi, mereka bagi kat aku. Aku curiga tu yang aku tengok... kenapa ni?"
"Aku sibuk sangat, terlupa ambil serum."
"Hang ni kan, kalau ibu tahu, apa aku nak jawab dekat ibu. Dia nak hang berehat sambil buat pembedahan. Ni hang diam je hal pembedahan."
"Hang tau kan Adam tu macam mana. Sesuaikan seorang perokok dan ahkoholic untuk aku yang sakit ni."
"Why you involve in business again?"
"Family aku perlukan aku."
"How about you? Hang duduk fikir family hang, ibu, Jen, aku, mama, papa... atuk , nenek... semua kau fikir untuk mereka. Hang tak fikir tentang diri hang?"
"Aku gembira sekarang ni. Apa yang aku impikan dah tercapai. Aku nak beri ibu tempat yang lebih tinggi dari orang yang menghina dia dah tercapai. Apa yang aku nak lagi?"
"Hang ni kan... Itu hang lakukan untuk ibu. Mana yang untuk hang?"
Pintu bilik di tolak kasar. Segera Adi menyembunyikan fail laporan dari makmal miliknya.
"Sorry, Khai, I nak berbincang dengan Adi."
"Okey, aku pun nak pergi melawat wad. Di, think about what I said."
Khairul meninggalkan mereka berdua."Nurul, lama tak jumpa you."
"You tu sibuk."
"I ke you? Kan ke you bakal bertunang."
"Di, jangan nak berlakon. I yakin Khai dah beritahu semuanya. Khair tidak pernah berahsia dengan you."
"So, why?"
Jenifer mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.
"Apa makna semua ni?"
"Jadi you selongkar laci I. You tak ada hak melihat benda dalam laci I."
"Tapi ni hak I. I perlu tahu semua ni."
"Ia tak ada makna lagi. I dah ada orang lain. You sepatutnya kembali kepada Khai. Dialah insan yang menyintai diri you."
Adi mengambil bingkai gambar serta kad dari tangan Jenifer dan membuangkannya ke dala tong sampah. Adi keluar dari bilik itu. Baru Adi berjalan beberapa langkah, Jenifer berlari melanggar Adi. Dia terus berlari jauh dari Adi. Adi melihat bayangan Jenifer menghilang sebelum dia kembali ke dalam biliknya. BIngkai gambarnya di kutip dan memeluknya.
"Nurul, maafkan I." Air matanya mengalir kerana menyakiti insan yang dia sayangi.Jenifer terus memandu jauh dari hospital. Hujan turun seperti airmatanya, terus mengalir.
"I dah ada yang lain..."
Suara Adi terniang-niang di telinganya. Dia tidak mampu menahan air matanya terus mengalir. Keretanya di pandu tanpa tahu hala tujunya. Kakinya terus menekan pedal minyak untuk melepaskan perasaannya yang terbuku. Pandangannya kabur akibat menangis dan hujan yang lebat. Tiba-tiba dia mendengar bunyi hon yang kuat. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas.[1207pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...