BAB 24

126 1 2
                                    

AWAL pagi di rumah Datuk Arif menjadi kecoh. Masing-masing bising kerana kad kredit mereka tidak boleh digunakan.
"Dik Mira, dah sarapan kan, abang hantar ke kelas tuition."
"Tak nak!"
"Kenapa?"
"Papa... duit tuition dah 3 bulan tak bayar." Adi terdiam.
"Adam..."Adam hanya tunduk.
"Datuk, ada orang kat luar."
"Kenapa?"
"Ayah duduk saja. Biar Adi uruskan."
Adi keluar menemui tetamu.
"Sabar, tuan..." Adi ditolak oleh beberapa orang lelaki.
"Kenapa ni?"
"Kami nak tarik kereta di luar tu."
"Papa..."
"Kami pula nak potong elektrik di rumah ni."
"Ya Allah...." Datuk Arif memegang dadanya.
"Tuan... boleh tak kita berbincang. Adam, kau beri ayah ubat."
Adi menarik tetamu yang tidak diundang keluar.
"Bos, saya akan selesaikan hari ni. Tolong, jangan potong dulu."
"Tapi..."
"Sekarang saya keluar pergi bayar. Tolong..."
"Baiklah, sampai pukul 2 okey."
"Ya." Tetamu itu beredar. Adi masuk semula ke ruang makan.
"Ayah okey?"
"Ayah tak apa-apa."
"Jom Mira, abang uruskan hal kelas tu."
"Tapi abang..."
"Pelajaran penting adik. Dah jom."
Amira akur. Adi keluar bersama Amira.

"Apa yang berlaku sebenarnya?"
"Kad kredit kami pun tak boleh digunakan."
"Tidak boleh nak selesaikan ke, Adam?"
"Papa sendiri tidak mahu ke pejabat, macam mana nak selesaikan?"
"Tapi Adi suruh papa berehat."
"You asyik dengar cakap ADi saja. Dia tu siapa? SPM pun tidak lulus"
"Adam, papa akan ke pejabat. Kamu beritahu semua ada mesyuarat tergempar pukul 11 nanti."
Adam akur.

Adi terkejut apabila dapat tahu Datuk Arif pergi ke pejabat. Dia keluar semula.

Di pejabat, bilik mesyuarat bising dengan pertengkaran.
"Ke mana semua duit syarikat?"
"Datuk, sebenarnya saya baru sedar semua pembayaran tidak sampai ke tempatnya."
"Makna aliran wang tidak tahu ke mana?"
Semua diam.
"Tapi anak Datuk yang seorang lagi tu kata dia akan uruskan."
"Dia? Siapa dia tu? Dia tu hanya pemandu saja. Nak uruskan apa?" Adam marah. Kenapa semua orang hanya mahu mendengar cakap Adi.
"Ayah..." Adi terpa masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Maaf datuk, saya dah halang tetapi ..."
"Tak pa. Di, ayah kena tangani hal ni."
"Okey, " Adi menarik kerusi dan duduk sebelah Datuk Arif. Fail di atas meja di ambil dan membeleknya. Semua mata menyorok ke arahnya.
"Why? Go on... teruskan mesyuarat ni. Saya cuma nak pastikan kesihatan ayah saya sahaja."
"Dia anak saya, kita tak perlu berahsia dari dia."
"Sejak 3 bulan yang lalu tiada satu pembayaran pun yang di buat. Malahan gaji pekerja pun ada yang tidak dapat."
"Dalam masa 3 bulan, tiada pembayaran kepada mana-mana syarikat ni?" Adi bertanya.
"Ya, Encik.."
"Panggil saya Adi saja, pak cik. Ayah... tak boleh kawtim ke?"
"Kau ingat ni along ke main kawtim-kawtim."
"Macam mana dengan JL?"
"Mereka dah beri amaran."
"Kau lah kawtim dengan JL, kau kan baik dengan adik dia."
Datuk Arif mengurut dadanya.
"Ayah..."
"Cuma sakit dada, Di."
"Ayah rehat dulu. Nanti kita berbincang semula. Jom balik."
Datuk Arif terpaksa akut. Sakit dadanya semakin mencengkam.
"Maaf, saya terpaksa batalkan mesyuarat hari ni." Adi terus membawa ayahnya keluar.
"Macam mana ni Encik Adam?"
"Mana aku tahu!" Adam terus keluar.

Nasir merungut di dalam biliknya. Datuk Arif tidak tahu jalan penyelesaian. Kakitangan dah bising kerana tidak mendapat gaji. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak selesaikan. Jika tidak kerana budi, dia tinggalkan sahaja masalah ini tetapi Datuk Rahmad banyak membantunya sehingga dia tamat pengajiannya.

"Nasir, aku minta tolong dari kau." Kata-kata Datuk Rahmad petang itu begitu sayu. Tidak pernah Datuk meminta bantuan kepadanya.
"Apa yang boleh saya bantu Datuk?"
"Aku tidak tahu berapa lama lagi boleh bertahan. Perniagaan aku ini akan jatuh kepada Arif. Semua harta perninggalan  Nisa juga dalam perniagaan ini tetapi kedua-duanya bukan tahu berniaga. Walaupun masalah sekelumit pun mereka tidak boleh selesai. Kamu bantulah Arif."

Nasir mengurut dahinya. Bagaimana dia menunaikan amanah Datuk Rahmat sedang dia sendiri buntu. Pintu biliknya diketuk mengejutkannya. Dia mengizinkan orang yang mengetuk masuk.
"Pak cik." Muncul wajah pemuda yang datang ke bilik mesyuarat sebentar tadi.
"Encik Adi?"
"Panggil saja Adi. Saya bukan sesiapa pun."
"Boleh pak cik bantu kamu?"
"Boleh pak cik berikan saya fail akaun syarikat."
"Yang ini." Nasir menyerahkan fail di depannya.
"Ini jumlah gaji yang tertunggak ke?"
Adi membelek fail. Kemudian dia mengeluarkan sebuah buku cek. Beberapa keping cek dicorekkan sesuatu.
"Pak cik tolong bayarkan hutang bank dan selesaikan gaji pekerja. Boleh pak cik uruskan."
"Boleh." Nasir melihat jumlah wang yang tertera. Hampir 90% masalah syarikat selesai dengan wang yang Adi serahkan.
"Pak cik, jangan beritahu siapa yang punya duit. Kekalkan ini rahsia."
Nasir akur. Adi masih membelek fail di atas mejanya.
"Adi nak lihat semua akaun ke?"
"Ya, kenapa?"
"Pak cik nak..." Nasir memegang cek.
"Oh ya... saya pinjam pejabat pak cik kejap."
"Silakan."
Adi menghabiskan masa di dalam bilik Nasir. Adam telah lama keluar dari pejabat. Adi mengambil fail yang tertera JL, dia membacanya seketika. Dia tidak sedar masa berlalu. Nasir kembali ke pejabatnya.
"Pak cik, segera arahkan bahagian akaun masukkan gaji ke dalam akaun pekerja. Kesihan kepada mereka."
"Terima kasih Adi. Kamu guna duit kamu sendiri ke? Hampir sejuta ni."
"Saya bantu semampu saya."
"Maaf kerana pak cik baru tahu masalah ni. Kalau dari awal..."
"Siapa yang uruskan semua ni?"
"Nanti pak cik panggilkan dia. Biar dia ceritakan semuanya."
Nasir keluar dan masuk semula dengan seorang gadis. Adi melihat gadis cantik yang berdiri di depannya. Pakaiannya yang ketat walaupun kasual.
"Adi, ni Mina. Dia salah seorang pekerja bahagian akaun."
"Adam berjanji apa-apa dengan kamu?"
Gadis itu tunduk. Dia hairan kenapa lelaki di depannya bertanya sebegitu. Adakah lelaki depannya telah hilang ingatan.
"Dia suruh kamu buat apa?"
"Semua cek keluar serahkan kepadanya."
"Termasuk bayaran kereta keluarga dan bil?"
"Ya."
"Kamu cintakan Adam ke?"
Mina tersenyum sipu.
"Apa yang dia dah berikan kepada Mina?"
Mina menggeleng.
"Apa pula yang kamu berikan kepada dia?"
Sekali lagi Mina tunduk.
"Ya Allah... Dik, kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah."
"Sepatutnya nasihat tu pada encik."
"Dia adik saya dan tu saya lakukan."
Adi mengeluh. Jam di tangannya dilirik.
"Pak cik, Mina, saya kena bali dulu. Saya berharap kita dapat bekerjasama lagi."
Adi pulang.
"Encik Adam dah hilang ingatan ke?"
"Kamu ni, dia kan kata Adam tu adik dia. Mereka kembar kot. Memang pagi tadi terkejut juga pak cik bila dia masuk bilik mesyuarat."
"Cuma misai membezakan mereka."

Adi mengajak Khairul keluar kerana dia tidak tahan dengan leteran di dalam rumah ayahnya. Datin Nisa masih tidak berpuas hati dengan penyekatan kad kreditnya.

"Lately ni kamu selalu berdua ya?"  Kelihatan Jenifer bersama Khairul ketika dia dijemput.
"Kami kan tinggal berdekatan. Kebelakangan ni di spy aku. Bila aku di bawah je, dia akan turun sekali."
"Your house is next to me, Khai. I know bila Khai buka pintu rumahnya waktu malam, mesti jumpa Adi."
"I tak tahu ypu tinggal sebelah rumah Khai. I the one yang suruh Khai cari rumah berdekatan."
"Bukan kau tak tahu projek perumahan siapa?"
"Under Lee..."
"Papa ada beberapa apartment kat situ. I pujuk papa untuk tukarkan rumah tu dengan owner rumah sebelah Khai."
"Nyonya ni ada je akalnya."

Mereka berbual sambil makan. Sewaktu mahu pulang, mereka bertembung dengan Adam yang berjalan terhuyung hayang. Adam merenung ke arah mereka.
"Kau memang tak guna Adi, kau rampas semuanya!" Adam terus menyerang Adi. Adi dapat mengelak. Adam tidak berpuas hati. Dia cuba menyerang semula tetapi Khairul memeluknya dari belakang. Adam cuba melepaskan dirinya sambil menjerit. Dia menarik perhatian orang ramai. Adi terus menumbuk Adam sehingga Adam pengsan. Kemudian dia masukkan Adam ke dalam kereta mereka.
"Khai, kau bawa kereta Adam balik. Maaf semua, adik saya ni mabuk." Adi menunduk kepada orang ramai yang menyaksikan aksi mereka.
"You okey?"
"Nurul, I sentiasa okey bila you ada bersama."
Jenifer senyum tawar. Ada rahsia yang ingin dia luahkan tetapi masih tersekat dikerongkongnya. Khairul membantu Adi membawa Adam ke biliknya sebelum mereka balik.

[1275pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now