KENANGAN lama mengamit semula. Air matanya mengalir mengenangkan perpisahan yang tidak diingini. Pintu pejabatnya di ketuk membuat dia segera menyeka air mata. Adam menjengokkan kepalanya.
"Papa sibuk ke?"
"Tak. Kenapa?"
"Adam baru sahaja hantar Adi tadi tetapi..."
"Kenapa?"
"Adi... dia mungkin ada masalah."
"Kenapa?"
"Dia seperti mengharapkan pekerjaan. Ibu betul betul sakit ke?"
Datuk Arif terdiam. Bagaimana keadaan HAzlina sekarang?
"Papa, kat pejabat ni tak ada kerja untuk Adi ke?"
"Dia tidak ada asas untuk dijadikan pambantu kamu. Kalau kerani, rasa HR kata tiada kekosongan. Mungkin 6 atau 7 bulan lagi adalah. Puan Maznah tu nak pencen."
"Dia minta kerja pemandu merangkap tukang kebun kat rumah pun tak apa."
"Boleh juga. Papa kelam kabut dengan adik adik kamu."
"Kalau macam tu nanti Adam beritahu Adi. Adam keluar dulu."
"Adam jangan lupa kita ada lunch dengan Datuk Munif."
"Ya," Lemah sekali Adam membalas. Dia masuk ke pejabatnya. Wajah gadis ayu yang pernah dia kenali dulu. Dia masih terbayang melihat Farhan bercumbu dengan teman sejenisnya di dalam kelab. Namun begitu dia pandai menyorok aktivitinya. Mungkin kebetulan perkara itu terjadi depannya. Kalau tidak kerana teman wanitanya termuntah ke bajunya, dia tidak akan melalui laluan itu. Dia tahu kelab itu terlalu privasi dan tidak menghiraukan jika pelanggannya berkelakuan sumbang, termasuk dirinya.
'Farhan apa rancangan kau kali ini?'Adi melangkah masuk ke dalam ruang pesakit luar. Hospital swasta sebegini tidak lah sesibuk seperti hospital kerajaan. Hanya yang mampu datang rawtan di sini. Dia terus menuju ke arah bilik doktor. Pintu bilik di ketuk sebelum masuk ke dalam. Doktor di dalam bilik itu melemparkan senyuman. Dia mengambil tempat bertentangan dengan doktor tersebut. Serta merta doktor muda itu menarik muka. Adi hanya mengangkat keningnya.
"Tak nak cakap, merajuk!"
Adi tersenyum. Dia melihat ke luar melalui pintu yang terbuka.
"Dia ada kat wad lah."
"Aik, tadi kata tak nak cakap, merajuk."
"Kau ni pun. Ibu cakap kau naik bas malam tadi. Aku tunggu sampai tidak tidur tau. "
"Ada kemalangan dalam perjalanan semalam. Sampai dah subuh. Aku terus ke rumah ayah aku."
"Habis tu gajet canggih tu buat apa?"
"Mana ada lah aku pakai 3310 ni."
"Kau masih simpan telefon tu?"
"Ni telefon pertama aku lah. Aku beli dengan titik peluh aku tau."
"Kenapa pakai telefon tu?"
"Aku tak mahu mereka tahu siapa aku."
"Di..."
"Adi!" Jerit seorang doktor wanita dan berlari masuk ke dalam bilik itu. Dia ingin menerkam Adi.
"Stop!" Halang Adi. Serta merta gadis itu berhenti.
"Wey nyonya, belum halal lah."
"Siapa nyonya, kita amoi la."
"Amoi ke ingat nyonya jual ikan tadi." Adi ketawa melihat karenah dua sahabatnya. Khairul dan Jeniffer, dua sahabat baiknya yang sentiasa berada di sisinya selama ini. Dia sentiasa terhibur dengan mereka.
"Eeeee " Jerit Jeniffer sambil berpeluk tubuh. Adi tahu gadis itu dah merajuk.
"I nak makan, ada yang nak temankan I? " Lembut dia memujuk. Terus Jeniffer menyungging senyuman.
"Jom, I belum sempat breakfast lagi. Sibuk sangat tadi."
"Skip breakfast lagi. My dear Jenny, dah berapa kali I cakap...."
"Bukan sengaja..." Jeniffer kembali memuncungkan bibirnya.
"Asyik nak muncung bibir tu, nanti aku buat penyangkut baju putih aku ni nak." Usik Khairul sambil membuka baju kerjanya. Mereka berjalan seiring ke kafeteria.
"Jen, bila?" Adi bertanya.
"Bila apa?"
"Nurul JAsmina..."
"Ala, ni mesti papa bagitahu kan?"
Adi tersenyum.
'Adi... Adi kau tahu tak senyuman kau tu buat aku lemah.' Luahan hati Jeniffer. Dia tidak dapat luahkan segalanya. Adi selalu mengelak bila bercerita tentang perasaan.
"Minggu depan."
"Apa yang minggu depan? Korang nak bertunang?"
"Hoi atuk, apa yang kau meroyan ni?"
"BUkan ke meroyan tu penyakit perempuan." Usik Khairul. Dia sengaja mengusik rakannya. Dari dulu dia sentiasa menceriakan suasana antara mereka. Adi menggelengkan kepalanya sebelum menunduk menghadapi juadahnya. Beberapa suap menyuap nasi lemak, dia berhenti. Terasa rindu kepada ibunya walaupun baru dua hari berpisah.
"Di, are you okey?"
"Nasi lemak... teringat nasi lemak air tangan ibu."
"Kau ni kan, sengaja buat aku nak balik je. Kau tu ya la, baru dua hari, aku ni dah sebulan bertapa di sini."
"Ala, tak nak le sedih-sedih, nanti Jen nangis siapa nak pujuk. Kita kan nak celebrate I nak convert."
"Okey, okey."
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
AcakAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...