JENAZAH Adi selamat di kebumikan. Mereka berkumpul untuk majlis tahlil di sebelah malam. Datuk Arif masih tidak percaya yang dia kehilangan anaknya.
"Patutlah Adi tidak mahu menyambut harijadinya. Dia bertegas mahu majlis doa selamat." Rungutnya
"Kenapa dia rahsiakan penyakitnya."
"Dulu dia juga rahsiakan dari kami. Tiada sesiapa yang tahu pada mulanya sehingga dia pengsan semasa dia keluar dari mahkamah." terang Maarof.
"Dia tidak pernah menunjukkan dirinya sakit."
"Sebab dia ada serum tetapi Khai hairan, serumnya yang bayak boleh habis. Dia kata dia menggunakannya banyak sedangkan serum itu bertahan sebulan."
"Serum... cecair jernih dalam botol kecil?" Tanya Adam.
"Ya, dia sentiasa membawa botol itu bersamanya."
"Serum tu untuk apa?"
"Sebenarnya Adi bertemu dengan seorang dukun orang asli yang telah membawa dia berkenalan dengan herba hutan. Bapa angkatnya menemui sejenis pokok di hutan dan menanamnya. Sebelum bapa angkat nya meninggal, dia menyerahkan beberapa pokok kepada Adi. Adi membuat kajian dan menjadikan buna itu kepada cecair untuk kemudahannya. Disebabkan ubat ini hanya melambat proses barah bukan menyembuhkan, Adi menggunakan hanya untuk dia. Malahan doktor mengesahkan penyakitnya semakin pulih. Tetapi kebelakangan, penyakitnya datang kembali. Doktor peribadinya juga hairan."
Adam hanya mampu menahan perasaan. Dia yang sebenarnya telah membunuh Adi. Dia menjauhkan diri dari kumpulan berbual. Dia terus ke belakang.Hazlina dan Jenifer mengemas barang ADi di dalam biliknya. Hatinya sayu apabila mengenangkan anaknya hanya tinggal di dalam bilik yang kecil berbanding biliknya ketika bersamanya. Bila diberitahu ADi pada mulanya hanya dilayan seperti pemandu dan tukang kebun oleh keluarga ayahnya sendiri. Adi tidak pernah memburukkan sesiapa dalam hidupnya. Dia merindui anaknya itu.
"Ibu." Sayu-sayu kedengaran Adi memanggilnya. HAzlina berpaling ke arah pintu. Kelihatan Adi berdiri sambil tersenyum namun begitu hanya bayangan sahaja kerana yang berdiri di muka pintu adalah Adam.
"Adi.... Adam.."
"Ibu, Dam yang bunuh Adi." Adam merebahkan kepalanya ke atas riba ibunya. Hazlina membelai rambut anaknya. Anak yang tidak pernah mendapat kasih sayangnya.
"Adi sakit, dia dah lama menderita."
"Tapi Adam dah pecahkan ubatnya."
"Adam jika dah tertulis di luh mahfuz, kita tidak dapat mengelaknya. Seharusnya kita doakan supaya ADi tenang di sana."
Jenifer melihat ibu mertuanya. Begitu tenang dia menerima kenyataan. Dia tidak dapat membedung air matanya. Segera dia menyeka air matanya.
"Jenny, maafkan aku."
Jenifer hanya menganggukkan kepala. Adam melihat AlQuran dan sejadah Adi yang berlumuran darah.
"Ni nak buat macam mana?" tanyanya.
"Sejadah tu di basuh elok dan sedekahkan kepada masjid bersama yang lain. Al Quran tu nanti minta Uncle Maarof hapuskan." Adam bangun dan duduk di atas katil Adi. Dia membelai tilam nipis milik Adi. Adi tidak pernah mengeluh tidur di atas tilam begini waaupun dia mampu membeli tilam yang lebih elok. Dia sendiri melayan ADi ibarat sampah. Pernah dia terlalu membenci ADi. Adi datang dari jauh hanya ingin melepas rindu kepada keluarganya sebelum dia menutup mata.
"Mungkin Allah telah mengerakkan hati ADi untuk datang ke sini untuk memimpin semula kamu dan papa kamu ke jalan benar. Adi tidak pernah cerita tetapi ibu tahu, kamu dah jauh menyimpang, kan?"
Adam tunduk. Adi tidak pernah membiarkan dia hanyut. Adi sering di sisinya sehingga saat akhirnya. Adi tidak langsung menunjuk penderitaannya. Wajah tersenyum Adi terbayang-bayang di ruang matanya. Ketika dia berpaling ke arah bantal Adi, dia ternampak sesuatu yang tersekit di bawah bantal tersebut. Dia mengambil benda tersebut. Ianya dua keping sampul surat yang tertera nama HAIRI MAAROF dan KHAIRUL ANUAR AZMAN. Adam menghulurkan sampul itu kepada Jenifer.
"Ini untuk papa Maarof dan Khai." Jenifer keluar dari dalam bilik dan pergi ke ruang tamu.Datuk Maarof melihat Maarof berbual mesra dengan seorang lalaki yang sebaya mereka. Di tenung wajah lelaki itu. Ya, dia lah lelaki yang berada di dalam rumah Hazlina dulu. Kerana lelaki itu dia menjathukan talak.
"Maarof, macam mana kamu boleh bersama Lina?"
"Kau nak tahu macam mana aku kenal Haz... Kau masih ingat nama tu."
"Sahabat pena yang bertahta di hati kau."
"Kau rampas dari aku. Dia anak yang akur dengan perintah orang tua tetapi bila dah jodoh... kami tetap bersatu walaupun sudah berusia. Adi sendiri merestukannya."
"Dan awak, lelaki yang ada di dalam rumah Lina dulukan?"
"Kau yang salah Arif, kau tidak pernah menyiasat dulu dan terus dengan tuduhan melulu. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna." Maarof cuba menenangkan Datuk Arif. Datuk Arif menunduk.
"Khai..." Jenifer meluru ke ruang tamu. Dia menyerahkan sampul itu kepada Khairul. Khairul membelek sampul tersebut dan menyerahkan sampul yang tertera nama Hairi Maarof kepada Maarof.
"Jen, panggil semua ahli keluarga ke sini. Mungkin ada pesanan Adi untuk semua orang."Saran Khairul. Jenifer ingin beredar tetapi di tegah oleh Datuk Arif.
"Biar Amir dan Amira yang penggil semua orang dalam rumah ni." Gesa Datuk Arif. Kesihan dia melihat menantunya yang sedang berbadan dua. Tidak lama kemudian semua ahli di dalam rumah berada di ruang tamu.
"Biar saya yang membaca dahulu sebab sampul saya nipis tetapi sampul milik Khairul tu tebal." Maarof membuka sampul miliknya.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
AcakAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...