MAAROF gembira apabila melihat anaknya dijaga dengn sempurna. Malahan dirinya juga teratur makanan. Hazlina memastikan setiap kali dia menghantar anaknya ke rumah sewaktu mereka balik sekolah, Hazlina akan memastikan dia akan makan dengan anak-anaknya. Makan minum mereka sekeluarga sentiasa terjaga.
"Maaf Dr.Azman kerana menganggu."
"Ni waktu lunch aku pun. Kau tak payah le nak panggil beriya doktor bagai. Macam tak biasa."
"Dulu kau bukan bergelar doktor lagi."
"Kau pun bukan peguam yang berjaya. Bukan aku tak ikut perkembangan kau sebaik sahaja balik belajar dulu. Cuma lepas tu kau menghilang tanpa berita.
"Betul tu. Aku sebenarnya nak tahu hal Adi."
"Kenapa dia bekerja? Aku kenal mereka dan Adi dah mula bekerja."
"Tentang kekasih Hazlina?"
"Kekasih?"
"Arif bercerita yang HAzlina curang semasa dia masih menjadi isteri Arif. Siapa lelaki tu?"
"Aku."
"Hah?"
"Kau tahu kan hari jadi Adi dan Khairul tu sama. Masa tu kami merancang untuk menyambutnya bersama buat pertama kali. Kebetulan isteri aku ada hal di sekolah dan aku pergi membeli barang dengan Lina. Sesampai di rumah, aku duduk di ruang tamu manakala Lina sibuk di dapur dengan jiran-jiran. Kami bukan berdua-duaan masa tu. Aku terkejut juga saat lelaki tu marah-marah. Selepas lelaki tu pergi baru aku tahu dia suami Lina."
"Ini kes salah sangka le ni?"
"Ya. Macam mana kau kenal Lina?"
"Aku dan Arif, bekas suami Haz...Hazlina tu kawan sejak kecil. Apa yang berlaku pada Arif ketika dia berjumpa Hazlina, memanglah aku tak tahu tetapi bila dia kembali semula ke pangkuan keluarganya, dia selalu ceritakan tentang Hazlina. Terus terang, aku pernah bersetongkol dengan bekas bapa mertua Hazlina untuk memisahkan mereka. Datuk Rahmat menyerahkan sejumlah wang. Aku nasihat Adi untuk ambil duit tu dan beritahu aku ke mana mereka pindah. Malang sekali Adi tidak hubungi aku. Kalau tidak, aku boleh selamatkan hubungan mereka."
"Mungkin juga itu sudah suratan."
Maarof mengangguk.Maarof melihat Hazlina melayan anak-anaknya penuh dengan kasih sayang. Hazlina tidak pernah langsung membezakan mereka dengan Adi.
"Ni airnya Encik Maarof."
"Terima kasih." Maarof menarik nafas. Dia menguatkan semangatnya.
"Haz.."
HAzlina tersentak. Nama itu hanya Arif dan sahabat nya sahaja memanggilnya. Arif memanggil begitu kerana dia terbaca surat dari sahabatnya.
"Kenapa encik Maarof panggil saya begitu?"
"Kenapa tak boleh panggil saya abang, macam Azman, Haz panggil abang Azman, kenapa tak boleh panggil saya abang Arof atau... abang Hairi."
Hazlina menatap wajah Maarof. Nama yang lama terkubur di dalam hatinya kedengaran semula.
"Haz, dah lama kita terpisah. Allah melorongkan jalan untuk kita bertemu semula. Tak salahkan kalau kita bina semula mahligai impian kita."
"Kita sudah tua."
"Tak bermakna kita tidak boleh bahagia. Arif sendiri kecapi kebahagiaan dan membiarkan Haz begini. Haz berhak hidup bahagia."
Hazlina tunduk.
"Haz..."
"Maaf, saya tidak mahu lukakan hati Adi." Hazlina terus ke dapur.Bukan dia mahu melupakan cinta pertamanya. Malahan cinta itu tidak pernah padam. Walaupun dia cuba memberi cinta kepada Arif, dia tidak dapat melupakan cinta pertamanya. Bila cintanya diserahkan kepada Arif, akhirnya Arif meninggalkannya. Dia takut di kecewakan lagi. Lebih baik dia bersendirian bersama Adi. Adi segala-galanya.
Maarof tidak pernah berputus asa. Dia terus mendekati Hazlina. Dia kembali bertemu Azman.
"Kenapa ni, Maarof?"
"Hazlina."
"Kenapa dengan Lina?"
"Kau ingat tak sahabat pena aku dulu?"
Azman terdiam. Semasa mereka menjadi rakan serumah sewaktu belajar, Maarof menolak semua gadis di sana kerana hatinya di miliki oleh sahabat penanya.
"Haz..."
"Ya, Haz... Lina."
"Rof, aku kenal kau masa kita belajar je tapi aku tahu bagaimana kau cinta dia. Aku nampak kau down sangat masa tu. Kau terima Diana pun kerana frust, walaupun Diana tu cinta gila kepada kau. Dia sanggup ikut syarat kau tu."
Maarof teringat kepada arwah isterinya. Diana yang menjadi sahabat Rubiah hanya kerana dia mahu mendekati Maarof. Sepanjang percubaan Diana mendekati Maarof, di tolak mentah oleh Maarof sehingga dia dapat tahu Hazlina berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya. Dia benarkan Diana mendekatinya dengan syarat Diana kenali Islam. Amat sukar untuk menerima cinta Diana sehingga dia tamat pengajian. Diana sanggup mencarinya di tanah airnya demi cintanya. Akhirnya dia terima Diana setelah kagum melihat tekadnya meraih cinta Maarof.
"Kau nak meraih cintanya kembali?" Pertanyaan Azman membuat Maarof tersentak. Dia melihat wajah sahabatnya. Dahulu mereka sahabat baik tetapi terputus kerana kesibukan kerja.
"Semua ini ada hikmahnya, Rof. Kau kehilangannya dan kini kau berjumpa dia semula setelah status kamu berubah. Namun dua-dua bujang dan tidak dimiliki."
"Tetapi dia sukar mengubah perasaannya."
"Come on Rof, kau dah give up. Cuba ikut cara Diana, dia tidak pernah berputus asa walaupun tahu kau sudah berpunya. Aku ingat kata dia lagi, tak salah berkawan sahaja, kawan bukan bermakna memiliki."
Maarof berfikir sejenak.
"Aku akan sokong kau dari belakang jika kau mahu bersama Lina."
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...