BAB 18

115 4 0
                                    

[KENANGAN AYU]

AYU  termenung kerana tidak dapat tidur. Ayat 'bakal tunang Adam' bermain di dalam fikirannya. Ingin sahaja dia menangis tetapi bimbang maknya akan dengar. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya. Dia terus ke halaman rumah. Terkejut dia apabila terserempak dengan Adi.
"Ayu tidak tidur lagi?"
"Tak boleh tidur, abang. Abang dari mana?"
"Tadi telefon ibu abang."
"Lewat begini? Ibu abang tak tidur lagi?"
"Dia... dia baru balik dari kerja."
"Ibu abang kerja apa? BUkan ibu abang sakit ke?"
"Dia tetap nak kerja. Kerja memasak di kedai makan."
'Ya Allah, banyaknya dosa aku berbohong tetapi aku terpaksa.'
"Ayu kenapa ni? Ada masalah?"
Ayu tunduk.
"Anggap saja abang ni macam abang kandung Ayu. Abang sedia mendengar."

********************************

Sejak dari kecil, Ayu sering bertanya tentang siapa dirinya. Dia ingin sekali mengetahui siapa bapanya dan Datin NIsa sering menggelarnya anak haram. Akhirnya desakan demi desakan, Mak Ngah bercerita.

Sewaktu Ngah Jamilah remaja, dia meminati Arif, anak majikannya. Arif mempunyai rupa paras yang memikat semua remaja. Long, abangnya sering menegahnya rapat dengan Arif kerana Long kenal sangat perangai Arif. Namun begitu apabila Long dapat kerja dan tinggal berasingan dengan keluarga, Arif berani mendekati Ngah. Dia cuba memikat Ngah dan akhirnya Ngah termakan dengan godaan Arif. Malam itu dia mengadaikan maruahnya untuk Arif, namun begitu perbuatan mereka diketahui oleh Datin Rokiah. Arif menuduh Ngah menggoda. Ngah tidak sangka Arif membiarkannya menghadapi segalanya. Ibu bapanya malu dan tidak mahu melihat dia dirumah agam itu lagi. Long dengan hati terbuka membawa adiknya pulang ke rumah sewannya. Ngah bersyukur dia tidak mengandung anak Arif. Mereka tinggal berjiranan dengan seorang wanita yang bekerja sebelah malam.
"Bukan wanita  baik." Ngah dengar kata-kata jiran-jiran namun begitu, jirannya seorang yang berbudi bahasa dengannya. Namun begitu, kebelakangan ini jirannya jarang keluar rumah. Dia banyak mengurung diri. Ngah hairan. Suatu malam, dia mendengar jeritan dari rumah jirannya. Dia mengajak abangnya melihat. Rupanya jirannya ingin melahirkan. Long dapatkan kenderaan untuk membawa dia ke hospital. Ngah menjaga jirannya sepanjang dia berpantang.  Apabila dia ingin bekerja semula, dia menyerahkan anak itu kepada Ngah. DIa tidak mahu menjaga anaknya. Ngah menjaga bayi kecil itu dengan penuh kasih sayang.  Apabila emaknya sakit dan memerlukan dia menggantikan emaknya di rumah Datuk Rahmad, dia membawa Ayu bersamanya. Pada mulanya Datin Rokiah bertanya sama ada itu anak Arif tetapi dia menafikan. Dia mengatakan Ayu anaknya dengan lelaki lain.

Ayu dapat bertemu dengan ibunya yang tinggal bersama Pak Longnya. Namun begitu tidak lama kerena ibunya meninggal akibat sakit.

Apabila dia meningkat dewasa, keayuannya semakin menyerlah. Waktu itu juga, Datuk Rahmad membawa pulang seorang remaja bersama bapanya. Walaupun pemuda agak kasar, kekacakan pemuda itu memikatnya. Dia masih terlalu muda saat itu. Dia ingin mendekati pemuda itu tetapi sering dihalang oleh Datin Rokiah. Dia tidak mahu pemuda itu mendekati Ayu.

Masa terus beredar dan Ayu semakin cantik. Mata Adam sering melihat liuk tubuh Ayu. Adam telah menjadi pemuda yang hidup dalam kebebasan. Dia lebih suka berpeleseran dengan rakan-rakannya. Dia kini tidak tahu halal dan haram dalam hidupnya. Pergaulan bebasa antara lelaki dan perempuan menjadi amalannya.

"Adam, siapa tu?" Tanya rakannya sewaktu mereka datang ke rumahnya.
"Anak orang gaji aku."
"Cantik, boleh aku cuba."
"Hoi, itu aku punya. Siapa pun tidak boleh usik." Cemburu hatinya apabila ada yang memuji Ayu. Jauh sudut hatinya dia menaruh kepada Ayu. Namun begitu ego yang menguasainya.
"Apa kau simpan je."
Kata kata berbaur ransangan membuat Adam rasa tercabar.

Cabaran demi cabaran memberanikan Adam mendekati Ayu. Dia hanya berbual dengan Ayu ketika Ayu pergi ke sekolah. Pada mulanya Ayu takut untuk melayan Adam tetapi Adam pandai menggoda Ayu. Akhirnya dalam diam mereka bercinta. Ayu hanyut dengan janji manis Adam. Dia sering ponteng sekolah  kerana ingin berjumpa Adam. Hati Ayu di buai dengan impian indah yang Adam berikan.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now