SEORANG pesakit Adi di bawa ke hospital dari Pulau Pinang. Dia ingin saat akhirnya bersama doktor yang banyak berjasa kepadanya. Adi terpaksa tumpukan perhatian kepada pesakkitnya dalam masa yang sama, menguruskan projeknya. Dia terlalu sibuk sehingga kurang masa rehatnya. Akibat kerap merasa letih, dia lebih kerap mengambil serumnya. Dia tidak menyangka gerak gerinya diperhati.
Selesai merawat Steven, Adi menghabiskan masanya di biliknya. Khairul tiada di ddalam pejabat. Perlahan-lahan laci mejanya di buka. Bingkai gambar di ambil dan di tatap. Entah mengapa saat itu dia merasa rindu. Sudah lama mereka tidak berbual mesra. Gadis itu menjauhkan diri darinya, atau dirinya sendiri yang melarikan diri dari bertemu dengan gadis kesayangannya. Adakah dia sanggup melupakan gadis ini? Tak mungkin, cintanya terhadap gadis ini tidak akan pudar. Ia akan terus mekar sehingga akhir hayatnya.
"Khai..." Jenifer menerpa masuk ke dalam bilik. Segera Adi menyembunyikan potret kesayangannya itu.
"Oh, Adi, ingat Khai ada dalam pejabat ni."
"Entah, dari tadi I tak nampak dia." Terasa kekok suasana mereka saat itu.
"Tak apalah, I pergi cari dia di wad." Jenifer segera keluar.
'Kenapa aku merasa kekok bila berdepan dengan Adi. Bukan ke selama ini aku merinduinya.' Jenifer tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia terus masuk ke dalam tandas. Air matanya terus mengalir.Adi melihat Jenifer dari jauh. Bukan dia tidak perasan saat air mata Jenifer bertakung di sudut matanya. Adi memegang dadanya. Sakit. Ya begitu sakit apabila melihat gadis yang disayangi menangis. Adi masuk semula ke dalam biliknya.
"Di, ibu nak kena balik ke Penang ni." Ibunya hubunginya beberapa hari yang lalu.
"Kan masih cuti?"
"Nak tolong mama Biah, Jenny desak nak bertunang hujung bulan ni. Kamu tahu kan?"
"Ya, ibu. Adi terlalu sibuk nak jumpa ibu sekarang ni."
"Ibu faham. Ada pesakit dari Penang pindah ke sini kan."
"Mana ibu tahu."
"Kan ibu selalu hubungi mama Biah. Adi jaga diri ya."
"Ibu juga jaga diri."
"Ni nenek pesan, jangan mencari atuk pula, uncle bawa mereka tinggal di Penang bersama keluarga kita. Kesian mereka tinggal berdua di sini."
"Elok sangat tu ibu, mereka tu dah tua, perlukan anak di sisi."
"Ya, ibu pun perlukan anak ibu."
"Ala ibu ni..." Hazlina ketawa di hujung talianAwal pagi tadi keluarganya bertolak pulang. Adi bermalam di rumah datuknya semalam. Sempat bergurau senda dengan adik-adiknya.
"Adi, jangan lupa jaga kesihatan." Pesan Hazlina.
"Ibu, Adi tidak akan tutup mata ini sebelum dapat menatap wajah ibu yang Adi sayang ni."
"Adi, jangan cakap macam tu."
"Ibu, Adi masih sihat. Jangan nak sedih." Tubuh ibunya dirangkul kemas. Sayu hatinya dengan perpisahan itu tetapi dia akur. Masih ada yang belum dia selesaikan di sini."Khai kau minta tolong Jenny untuk rawat Steven jika aku tiada. Aku rasa aku semakin sibuk."
"Di, sibuk tu kena jaga diri sama. Kami nak kau rehat, bukan terus kerja macam ni."
"Jangan risau, Khai, aku dapat rehat secukupnya."Jenifer menjalankan amanah yang Adi tinggalkan. Adi mengelak untuk bertemu dengannya. Dia hanya memesan kepada Khairul sahaja. Kadang kala Jenifer melihat Adi dari jauh. Adi sering tersenyum apabila berjumpa pesakitnya. Senyuman yang mengubat kerinduannya.
"Dr. Jenny, apa yang termenung tu?"
"Eh, Steven, Melly, berehat sekejap."
"Dari tadi saya perhati, Dr. Jenny hanya termenung."
Jenifer terdiam.
"Doktor rindukan Dr. Adi ke?"
"Eh, mana ada lah."
"Saya tahu, dari renungan mata Dr. Jenny terhadap Dr. Adi sejak dari dulu."
"Tapi dia..."
"Dr. Jenny, dulu Steven pun macam tu. Dia menolak cinta saya kerana dia tahu dia sakit. Semua pesakit kanser ni akan tolak cinta orang yang mereka sayang kerana mereka tidak mahu orang yang mereka sayang yang menderita apabila kehilangan mereka. Namun begitu mereka tidak tahu mereka turut menderita kerana itu."
"Saya pun begitu Dr, Jenny. Saya tidak mahu melihat air mata Melly tetapi Melly terus mendesak. Sebenarnya, kebahagiaan itu dapat melambatkan penyakit kami ni. Saya bahagia dan terima kasih kepada Melly kerana sentiasa berada di sisi saya Saya memang perlukan perhatian insan yang disayangi. Fahamilah, Dr.Jenny."
Setelah Steven dan Melly masuk semula ke dalam wad, Jenifer berjalan perlahan-lahan ke bilik Adi dan Khairul. Dia mengetuk tetapi tiada jawapan. Jenifer membuka pintu mereka. Bilik mereka kosong. Mungkin Adi masih di pejabat papanya manakala Khairul meronda di wad. Jenifer duduk di meja Khairul. Terdapat bingkai gambar yang mengandung gambar mereka bertiga, gambar Khairul dan Adi dan gambarnya. Bukan dia tidak tahu perasaan Khairul kepadanya selama ini. Beberapa kali Khairul melafazkan sayang dan dia menolaknya. Dia tahu walaupun kata-kata dari Khairul itu bernada gurauan tetapi dia tahu keikhlasan hati Khairul. Namun begitu Adi terlebih dulu mencuri hatinya dan Adi tidak mahu memulangkannya. Dia sendiri tidak mahu hati itu menjadi milik orang lain. Hanya milik Adi. Jenifer beralih ke meja Adi. Kosong. Tiada satupun potret di atas meja. Dia teringat Adi pernah menyorok sesuatu di dalam lacinya semasa dia masuk ke bilik itu suatu ketika dahulu. Jenifer membuka laci milik Adi. Terdapat sebuah bingkai gambar. Jenifer menarik keluar bingkai tersebut. Gambarnya.NURUL JAZMI RATU HATI KU
Adi menulis perkataan itu di bawah gambarnya. Apakah maksud Adi? Sekeping kad yang terlekat di belakang bingkai tersebut membuat dia tertanya-tanya. Perlahan-lahan Jenifer membuka kad tersebut
Nurul Jazmi, ku pilih nama ini untuk mu. Tiada ucapan yang dapat ku kirimkan pada hari lahirmu. Hanya ingin aku mengatakan diri ini amat merinduimu saat kita berjauhan. Hati ini meronta memanggil dirimu untuk hadir menyinari kegelapan malam ku. Ingin aku melutut di hadapanmu untuk melamarmu menjadi teman hidupku. Namun begitu lidahku kelu setiap kali dapat menatap sinar matamu, bibirmu yang merah dan wajahmu yang ayu. Kita akan tamat pengajian dan ingin aku terus bersamamu. Sudikah kau?
Jenifer Lee, Will you marry me?
Happy birthday my darling.
I love you.Kad hari jadinya yang sepatutnya dia terima tetapi Adi hanya memberinya jam tangan tanpa apa-apa kad. Malahan hadiah dari Khairul lebih romantik dari Adi. Mungkin kerana dia tahu dia sakit saat itu, Adi membatalkan niatnya melamar dirinya. Adi menumpukan perhatiannya kepada kerja hanya kerana mahu melupakan perasaannya. Adi meminta maaf saat dia melafazkan kata cinta hanya kerana dia tidak mahu orang yang dia sayang menderita melihat dia sakit.
" Sebenarnya pengidap kanser ini perlukan perhatian dari orang yang mereka sayang dan mereka menafikan hanya tidak mahu orang yang mereka sayang menderita apabila mereka tiada. Mereka rela derita dari melihat insan yang mereka sayangi derita. Penderitaan itu adalah pembunuh yang paling merbahaya. Cinta dan kasih sayang dari orang yang disayangi adalah penawar yang paling mujarab."
Air mata membasahi pipi Jenifer. Dia bakal menyesal jika dia tidak dapat menjaga Adi. Tidak mungkin dia terusan memberi penderitaan kepada Adi. Dia mahu mengecapi kebahagian bersama Adi.
"Eh, Jen." Khairul masuk ke biliknya. Segera Jenifer mengesat air matanya dan keluar dari bilik itu.
"Jen, kenapa ni?"
Jenifer tidak menjawab dan terus berlari menjauhkan diri dari Khairul. Dia sempat mencapai bingkai dan kad milik Adi. Dia akan semuka dengan Adi secepat mungkin. Dia mahu penjelasan dari Adi.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
РазноеAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...