DATUK Munir melepaskan geramnya. Farhan hanya melihat tingkah papanya.
"Kenapa papa nak sangat Dr. Adi tu?"
"Kamu tu tahu apa? Dulu papa suruh belajar tentang perniagaan, nak sangat jadi doktor, jadi kuli orang. Kamu tengok Adi tu, dia seorang doktor, tetapi dia pandai dalam perniagaan. Kalau kita dapat pikat Adi, tentu dia akan bawa syarikat kita naik. Kamu tengok syarikat Datuk Arif dulu, hampir muflis kerana Adam. Keysha pandai membuat kerja."
Hafiz terdiam. Dia tidak mahu membuka mulut lagi. Sejak dari dulu, papanya hanya nampak kakaknya sahaja. Farhan seorang anak yang manja dan sering mengikuti papanya. Mungkin kehadiran dia dalam keluarga itu tidak diingini. Ada sahaja yang tidak disukai oleh papanya. Hafiz melihat ke arah mamanya. Wanita ni seperti tunggul dalam rumah. Mamanya tidak pernah menegur segala kesalahan yang anak dan suaminya lakukan. Bukan mamanya tidak tahu papanya selama ini berselingkuh. Bukan mamanya tidak tahu kelakuan liar kakaknya. Tetapi dia hanya diam.
"Far, kita buat tukar ke plan lain."
"Plan apa pula?"
"Tunang."
"Bukan Far dah bertunang dengan Adam ke?"
"Mun, kamu tidak tahu apa-apa , diam."
Datin Munirah terdiam. Dia kembali melakukan kerjanya. Hanya melakukan hobinya sahaja menjadi jiwanya tenang.
"Maksud papa, tunangka Far dengan Adi?"
"Ya."
Telefon bimbit Datuk Munir berbunyi.
"Maaf, papa ada hal malam ni. Nanti kita berbincang di pejabat."
"Far pun nak keluar."
Hafiz melihat mereka berdua keluar. Jari jemari mamanya di capai. Di gengam dan dikucup.
"Mama."
"Fiz, mama okey saja."
"Kenapa mama biarkan semua ini? Kenapa?"
Datin Munirah menangis. Sudah lama dia pendamkan semua ini.Perkahwinannya dengan Munir hanya kerana perniagaan. Keluarga Munir beria-ria melamarnya hanya untuk mendapat sokongan dari papanya. Waktu itu dia bercinta dengan seorang pemuda sekuliahnya. Pada mulanya dia menolak tetapi Munir lebih bijak. Munir berjaya memerangkapnya dan merogolnya. Munir turut mengugutnya akan menyebarkan gambar mereka. Dia terpaksa menerima Munir kerana ugutannya. Selepas berkahwin, Munir tidak pernah berubah. Dia masih berpoya-poya dengan perempuan murahan. Ketika dia mengandung anak sulung, dia dapat tahu rakan karibnya juga mengandung anak Munir. Munir pernah mengugut rakannya supaya tidak menghebohkan hubungan mereka. Akhirnya rakannya di bawa ke luar negara. Ketika itu papanya tahu perangai liar Munir. Munir dihantar kepada bapa saudaranya untuk belajar. Selapas dia melahirkan anak sulungnya, dia berpindah tinggal bersama Munir. Di situ, dia bertemu dengan sepupunya, seorang doktor. Sepupunya, pakar sakit jiwa, sentiasa menjadi tempat dia mengadu. Walaupun Munir bekerja dari bawah, sikap liarnya masih tidak dapat di bendung. Walaupun di maki dan di marah, Munir terus dengan kegiatannya. Dalam diam hubungan Munirah dan sepupunya semakin rapat. Sehingga dia jatuh cinta dengan sepupunya. Munir seperti biarkan merak rapat. Godaan syaitan semakin kuat di dalam diri Munirah kerana ingin mendapat lebih dari apa yang dia ada. Belaian manja sepupunya akhir membuat mereka terlanjur. Malahan mereka hidup ibarat suami isteri di belakang Munir. Pada mulanya dia menyangka Munir tidak tahu hubungan mereka sehingga suatu hari Munir mengugut keluarga bapa saudaranya. Gambar dia berselingkuh dengan sepupunya di tunjukkan kepada bapa saudaranya. Kemarahan bapa saudaranya meningkat dan menghalau anaknya. Kehilangan anak tunggalnya membuat sang isteri menderita. Penderitaan sehingga membawa kematian. Selapas kematian isterinya, bapa saudaranya mula tertekan. Segala urusan syarikat, Munir mengambil alih. Dalam diam, Munir merampas semua harta bapa saudaranya. Dia membalas dendam kepada keluarga bapa saudaranya kerana dia dihina. Bapa saudaranya akhirnya jatuh sakit dan meninggal. Semua harta menjadi milik Munir. Malang bagi Munirah, dia mengandung anak sepupunya. Dia melarikan diri untuk mencari sepupunya tetapi Munir terus menangkapnya. Dia dapat tahu sepupunya di bunuh oleh Munir. Munir mengugut untuk bunuh anak yang dia kandung jika membongkar rahsia Munir. Sejak itu dia menjadi boneka dalam rumah itu. Demi, Hafiz, dia tidak mahu Munir mengapa-apakan anaknya itu.
Hafiz menangis mendengar cerita mamanya.
"Fiz, papa kamu bukan lelaki yang baik. Dia mempunyai perniagaan haram yang membantu dia. Hafiz, memang mama menyesal meminta datuk kamu hantar papa ke Johor dulu. Di situ papa kamu berkenalan dengan kumpulan jahat sehingga dia menjadi ketua. Bukan mama tidak tahu papa kamu gunakan gadis-gadis cantik untuk memeras ugut pesainganya. Hanya Datuk Arif saja lelaki yang tidak dapat diugut. Itu sebab dia gunakan perempuan simpanannya untuk goda Adam. Sebab Adam tidak tergoda dengan kakak kamu."
"Tapi sampai bila mama?"
"Sebenarnya mama dah tidak sanggup."
"Kalau kita keluar dari sini, mama mahu ke?"
"Kita tidak boleh Fiz, orang-orang papa akan cari kita."
"Kenapa papa simpan mama sedangkan dia bersama perempuan-perempuan jalang tu."
Datin Munirah tidak mennjawab. Dia bangun dan naik ke biliknya. Hafiz nekad untuk membawa mamanya keluar dari keluarganya itu.Datuk Munir menjalankan rencananya. Dia sekeluarga datang bertamu ke rumah Datuk Arif. Datuk Arif menerimanya dengan baik.
"Kenapa datang tidak beritahu dulu, boleh minta Nisa balik awal."
"Nisa ke mana Aunty?"
"Biasa lah dia, ada saja aktivitinya."
Datuk Munir terdiam. Lama dia tidak bertemu Datin Nisa. Dulu selalu juga isterinya menghubungi Datin Nisa. Kini Datin Munirah hanya berdiam. Hanya mengikuuuut arahannya sahaja. Untuk datang ke sini pun dia kurang berminat.
"Kami ni datang keran ada tujuan."
"Tujuan apa tu, macam besar hajatnya?" Datuk Arif hanya membiarkan mamanya bersuara.
"Ermmmm, pasal pertunangan."
"Bukan ke kami dah putus pertunangan. Farhan sendiri yang mahukan putus pertunangan tu."
"Memang I suruh papa putuskan pertunangan tu sebab you memang tak layak untuk I."
"Apa maksud kau?" Adam meninggikan suara.
"You tu memang tak layak untuk I, you bukan ada apa-apa? Menghabiskan harta keluarga saja yang you tahu. Bukan I tak tahu perangai you. Ni gambar you dengan Keysha..." Farhan meletak gambar Adam dengan Keysha yang menjijikkan. Perlahan lahan Datuk Arif mengambil gambar tersebut. Dadanya di cengkam.
"Kau pun apa kurangnya. Janga tunding jari kepada oranglah."
"Adam, kami memang tidak mahu kamu jadi sebahagian daripada keluarga kami. Kalau boleh kami mahukan Adi sebagai pengganti."
"Kau pula yang tak layak untuk Adi. Dan kau jangan sentuk abang aku tu!"
"Adam..." Suara Datuk Arif semakin serak. Sakit dadanya semakin mencengkam.Semantara itu, Adi mengajak Jenifer pulang ke rumah ayahnya. Sudah tiba masa untuk dia memperkenalkan Jenifer kepada keluarganya.
"Abang, are you okey?"
"Okey lah sayang."
"Tapi abang pucat ni."
Adi memusing melihat Jenifer. Isterinya terlalu peka dengan perubahan di wajahnya. Jari Jenifer di gengam.
"Sayang, abang penat hari ni. Dah, jom masuk ke dalam. Dah sedia?"
Jenifer hanya mengangguk.
"Assalamualaikum..." Adi melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ayah..." Tangan Jenifer di lepaskan dan terus mendekati Datuk Arif. Matanya sempat melihat gambar di atas meja. Wajah Adam menjadi jelingannya.
"Mana ubat ayah?" Isyarat mata di beri kepada Jenifer. Jenifer faham arahan suaminya dan terus keluar. Tidak lama kemudian kembali dengan ubat.
"Apa semua ni Adam?" Tanya Adi selepas semuanya selesai.
"Abang Adi, papa datang nak bincang tentang pertunangan kita."
"Pertunangan? Bukan ke Farhan dah putus dengan Adam?"
"Adam tidak layak dengan Far. Dia bukan tahu apa-apa."
"Adam akan menjadi seseorang yang berjaya," Adi menyebelahi Adam. Dia juga menjauhi Farhann dan mendekati Jenifer.
"Saya tidak boleh bertunang kerana saya sudah berkahwin dan saya sayang isteri saya. Saya memohon maaf."
"Dah berkahwin, dengan siapa?"
"Ini isteri saya, Nurul Jazmi... sayang... abang nak masuk ke dalam sekejap... Ayah, lebih baik ayah masuk berehat. Adam, kau uruskan mereka."
Adi meninggalkan mereka. Badannya meresa begitu penat.
"So, Datuk, Cik Farhan, tuan rumah ni tidak sihat dan mereka tidak mahu berbincang lagi. idak salah kalau saya meminta tetamu untuk pulang." Jenifer mengarahkan tetamu balik.
"You tidak boleh halau kami."
"I ahli keluarga di sini dan menantu pertama keluarga ni. I ada hak di rumah ni."
"Papa, jom balik!" Farhan menolak Jenifer untuk keluar. Nasib baik Adam sempat menyambut Jenifer. Keluarga Datuk MUnir pulang dengan perasaan marah.
"Wow, hebatlah you... ermmm kakak ipar."
"Betul ke Jenifer?"
"Arif, Adi perkenalkan Dr. Jenifer di kepada mama dulu. Mama yang desak Adi bawa Jenifer balik ke sini. Mana Adi ni, tak kan nak ajak Jenifer tidur bilik bujang dia."
"Adi ada lah nenek, minta Ayu sediakan bilik untuk kami. Dam, kenapa dengan gambar ni?"
"Papa, nenek, ni dah lama. Adam putus dengan dia kerana Adam tak ada duit."
"Ada hikmahnya kita jatuh dulu, kita kenal siapa kawan dan siapa lawan."
"Ayah, dah okey ke?"
"Tadi ayah cuma terkejut bila Farhan tuduh Adam. Anak papa bukan anak yang tak guna."
"Biar orang tuduh tetapi ADi yakin, suatu hari nanti orang akan menyanjungi Adam."
Adam tersenyum mendengar pujian dari Adi. Dari dulu Adi tidak pernah menjatuhkannya. Adi sentiasa menyokongnya.[1373pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...