BAB 38

130 3 2
                                    

ADI mengajak Khairul keluar untuk makan malam. Dia telah dapat kebenaran keluar tanpa pengawasan. Dain Nisa tewas dengan agendanya.
"Dah kenapa ajak aku makan luar ni, awek kat rumah tak masak ke?"
"Mana ada awek, kau jangan buat cerita."
"Si Ayu tu mana?"
"Entah le aku balik dia dah tak ada kat rumah. Kena halau."
"Rahsia dia terbongkar ke?"
"Mungkin kot. AKu kan sibuk kat kampung... eh ... cakap tentang kampung, esok kau cutikan?"
"Kau bos aku dan kau yang buat jadual aku. Kenapa?"
"Jom balik kampung, rindulah."
"Aduh... dulu bukan main sombong, tak cintakan dia, konon."
"Jen asyik telefon aku setiap malam, nak ke sini,"
"Dia  nak bersama dengan suaminya sentiasa. Ni tangan ni kenapa?"
"Aku luka masa buat kerja  kat rumah."
"Tu yang dia risau.... kau buat apa le sampai seminggu tak keluar rumah."
"Adalah kerja sikit."
"Mana    pula waiter ni. Aku dah lapaq ni."
"Kau ni kalau bab  makan, tak sabar langsung...adik... adik, tolong ambil order."
"Ya, abang nak makan apa?"
"Ayu?"
"Abang Adi..."
Adi melihat   wajah pucat Ayu. Pandangannya jatuh ke perut Ayu.
"Kenapa kerja sini, tak elok untuk baby."
Ayu memegang perutnya.
"Dia dah tak ada  abang."
"Apa yang dah jadi ni?"
Ayu hanya mampu tunduk.
"Hoi, aku suruh kerja bukan bersembang. Dasar perempuan jalang!" Laung seorang  lelaki yang duduk di kaunter.
"Abang, cakap elok  sikit." Khairul menegur.
"Memang perempuan tu murahan."
"Melampau betul." Adi marah.
"Jom Khai, Ayu, buka apron tu, ikut abang." Adi bangun. Khairul bangun dan pergi ke kaunter.
"Bro, sekali pun dia berbuat salah, jangan le hina hingga menjatuhkan maruah dia. Nah, bayar apa yang dah kamu hilang kerana dia." Khairul mengeluarkan beberapa keping wang ddan meletakkan ke atas kaunter.

Adi membawa Ayu masuk ke dalam keretanya. Tidak lama kemudian Khairul masuk disebelah pemanduuu.
"Abang nak Ayu ceritakan semuanya kepada abang."
"Kalau ya pun, jom le cari tempat makan. Aku lapaq ni..." Khairul terus merengek.
"Kau cari lah tempat yang sesuai.   Senang Ayu nak bercerita."
Mereka menjamu selera di sebuah restoran. Adi mendesak Ayu menceritakan segala-galanya. Ayu akur dan menceritakan apa yang berlaku terhadap dirinya. Adi hanya mendengar dengan tenang.
"Tetapi sejak Ayu berpindah, abang Adam melayan Ayu dengan baik. Dia tidak pula memaksa Ayu memuaskan nafsunya. Dia hanya menjemput Ayu pulang dari kerja. Sebab itu boss Ayu kata Ayu perempuan jalang. Rakan serumah  Ayu, dia memang liar."
"Ayu tak sesuai duduk di rumah macam tu."
"Kau nak cari rumah malam ni ke?"
"Ayu tinggal kat rumah abang."
"Berdua dengan abang, apa Abang Adam kata nanti."
"Takut ye, Adam cemburu. Ayu masih sayangkan Adam?"
"Dia..."
"Ayu doakan dia akan berubah. Ayu bukan tinggal dengaabang, buat sementara ni Ayu duduk seorang di situ, minggu depan abang bawa isteri abang dan Ayu kena menjaga dia. Dia sakit."
"Abang dah kahwin?"
"Abang balik pun untuk berkahwin. Tu sebab abang tidak dapat jaga Ayu."
"Ayu faham."
"Khai, rumah tu ada barang tak?"
"Dah kosongkan sebab dia kan lama tak balik."
"Jom balik ambil baju kat rumah Ayu."

Mereka menunggu di luar ketika Ayu mengambil berang-barangnya.
"Kau tanya aku cuti tadi kenapa?"
"Aku nak ajak balik kampung."
"Malam ni?"
"Malam ni sampai tengah malam. Sebelum subuh."
"Set. Ayu macam mana?"
"Beli barang untuk beberapa hari. Sebelum kita balik."
"Nak terus bawa Jen ke?"
"Tak tahu macam mana nak beritahu tentang Ayu."
"Terus terang saja. Nyonya tu kalau merajuk nanti kau juga yang susah."
"Nyonya tu lah yang aku sayang."
"Amboi mak, sekarang perkataan bermain kat bibir kau ya. Dulu bukan main berdalih."
"Tu, Ayu dah datang."
Mereka membeli makanan untuk Ayu sebelum balik ke rumah. Adi membuka pintu rumah milik Jenifer dan menyuruh Ayu masuk.
"Ayu, abang dan abang Khai akan belik ke kampung beberapa hari. Ni kunci rumah dan duit untuk Ayu. Appartment ni tidak jauh dari rumah Datuk Arif dan abang harap Ayu janganlah merayau sangat. Bimbang Adam jumpa Ayu  nanti."
"Baik abang. Makanan ni pun dah cukup untuk Ayu seorang."

Adam menunggu Ayu pulang malam itu tetapi Ayu tidak muncul.
"Mana Ayu?" Tanya Adam kepada rakan serumah Ayu.
"Dia dah... ingat tadi abang Adam ambil dia. MArah sangat boss hina Ayu."
"Lelaki macam abang?"
"Ya, berdua dengan kawan."
'Adi dah jumpa Ayu.'
'Tak apa lah, aku balik dulu."
Adam pulang ke rumahnya dengan perasaan kecewa. Kebelakangan ini dia merasa tenang apabila berada di sisi Ayu.
'Ahhh! Aku tak akan biarkan Adi mengambil Ayu dari aku. Aku harus sedarkan Adi yang aku cintakan  Ayu. Adi akan faham aku.'

Adam terus meluru ke bilik Adi. Pintu billik Adi di ketuk berkali-kali. Dia membuka pintu tetapi berkunci. Adi kini lebih berjaga-jaga sejak pintu almarinya di pecah.
"Adi tak ada, Adam." Adam tersentak terkejut.
"Mak Ngah, terkejut Adam. Adi ke mana?"
"Dia keluar tadi masih tak balik-balik."
"Mana dia bawa lari Ayu..."
"Ayu, Adam ada jumpa Ayu?"
"Tak adalah... Adi ada ajak Adam mencari Ayu."
"Kenapa nak cari dia kalau dia memalukan keluarga ni."
"Mak Ngah tak sayang ke anak Mak Ngah."
"Mak Ngah sayang sekalipun, Mak Ngah tidak berdaya. Mak Ngah juga menumpang."
"Mak Ngah rasa Ayu tu bersalah ke?"
"Kenapa Adam tanya?"
"Adam nak minum? Kita berbual kat dapur je lah."
Adam akur.
"Adi kata tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi. Ayu tidak pernah keluar rumah keseorangan sejak dia tamat sekolah. Bermakna ianya berlaku dalam rumah ni."
Adam menelan air liurnya. Mak Ngah memegang tangan Adam.
"Mak Ngah tidak salahkan sesiapa. Bumi mana yang tidak di timpa hujan. Manusia mana yang tidak membuat kesalahan."
Adam hanya tersenyum sambil meneguk air.
"Abang Adi!" Anita mengetuk ppintu bilik Adi.
"Nita, Adi tak ada. Kenapa?"
"Nita tak tahan abang... Nita nak... Rasanya abang Adi kan penagih, abang Adi kan ada bekalan."
"Adi bukan penagihlah. Tu ubat kecemasan untuk papa dan nenek."
"Macam mana ni, abang. Nita takut nak keluar tetapi Nita nak barang tu."
"Barang apa?" Datuk Arif masuk ke ruang dapur.
"Datuk..." Mak Ngah bangun dan menjauh diri dari mereka.
"Papa." Adam dan Anita bersuara serentak.
"Kamu kenapa NIta?"
Anita tunduk. Dia takut di marah oleh papanya.
"Kamu ketagih?"
Adam menggarukan kepala dan memandang ke arah lain.
"Kamu sanggup menuduh Adi demi menutup kesalahan kamu. Apa yang berlaku semalam, Adi dan kamu keluar tergesa-gesa?"
"Errr..."
"Mana Adi?"
"Dia keluar dari tadi tak balik-balik."
Datuk Arif menghubungi Adi. Dia meminta ADi pulang segera. Adi pulang tidak lama kemudian.

"Kamu tahu apa yang berlaku kepada Nita ni?"
Adi melihat ke arah Anita. Anita menggigil.
"Ketagihan."
"Kamu tahu?"
"Sejak dari dulu lagi ayah. Tapi ini bukan salah dia seratus peratus, kita sebagai orang yang lebih tua dari dia tidak memperdulikan dirinya."
"Kenapa kamu berahsia?"
Adi tunduk.
"Kamu tahu Adam?"
"Adam baru tahu papa. Tapi Adam tahu lah dia kawan dengan budak penagih tu."
"Semalam?"
"Papa, abang Adi selamatkan Nita. BUkan salah abang Adi atau abang Adam. Nita menyesal."
"Betul NIta menyesal?"
"Ya... tapi Nita perlukan...."
"Nita kena lawan. Ayah, NIta kena hantar ke pusat permulihan."
"Jangan!" Datin Nisa turun dari  atas. Dia dengar semua perbualan mereka anak-beranak.
"Nisa nak biarkan Nita terus menagih."
"Abang nak malu ke?"
"Hanya satu cara sahaja, hantar ke pusat pemulihan hospital JJL."
"Tempat kamu kerja."
"Boleh ke?"
"Hospital tu berbayar Datin. Mereka boleh buat apa sahaja."
"Bila nak hantar?"
"Sebenarnya malam ni Adi nak balik ke Penang tapi... nanti Adi call Khai."
Adi keluar dan menghubungi Khairul. Mereka berbual seketika. Adi masuk semula.
"Kita hantar Nita malam ni. Lagipun tak ramai orang dan mereka akan rahsiakan maklumat pesakit. Nita sanggup ke?"
Adi uruskan pendaftaran masuk Anita ke hospitalnya. Anita dibiarkan untuk menjalani rawatan.

[1246pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now