ADI pulang setelah lama bercuti. Dia tahu keputusan untuk pulang ke bandaraya ni mendapat tentangan dari Jenifer. Isteri kesayangannya itu masih mahu berada di sisinya. Puas di memujuk Jenifer supaya memberi dia masa untuk menyiapkan kemudahan di rumah mereka. Sesampai di rumah, dia disambut dengan keluarga papanya.
"Assalamualaikummm..." Dia memberi salam. Terkejut apabila melihat kotak serumnya berada di ruang tamu.
"Adi, duduk sekejap." Datuk Arif bertenang. Dia masih tidak percaya cerita yang Adam beritahu dia. Sewaktu dia memberitahu keluarganya yang Adi akan balik, Adam menunjukkan kotak milik ADi.
"Ibu apa khabar?" Tanya Datin Rokiah.
"Ibu sihat."
"Kamu bercuti lama sangat, buat apa?" Datin NIsa bertanya kasar.
"Kalau saya kata saya balik untuk berkahwin, Datin percaya ke?" Adi berseloroh.
"Ayah nak tanya, kotak ni milik Adi?"
Adi menarik nafas. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Kau berlagak baik, tapi kau lebih hina dari aku!" Adam menyembur kemarahannya.
Adi hanya tunduk. Dia masih mahu merahsiakan tentang penyakitnya kepada keluarga ini.
"Aku tanya kau sejak bila kau mula menagih?"
"Itu bukan apa yang kau fikirkan, Dam."
"Aku nampak dengan mata aku ni yang kau suntik ni ke lengan kau." Datin Nisa menambah.
"Betul dia bukan milik kau..." Adam mendekati Adi. Dia memegang kotak milik ADi.
"Apa perasaan kau kalau dia jatuh berkecai?"
Belum sempat Adi membuka mulut, Adam membaling kotak tersebut ke lantai. Berkecai kaca ke lantai. Hati Adi turut berkecai. Itu adalah bekalannya yang terakhir. Air matanya bertakung di sudut matanya. Namun begitu dia hanya tunduk untuk sembunyikan perasaan sedihnya.
"Kamu tengok apa, kutip kaca tu!" Arah Datin Nisa. Adi akur. Dia mengutip serpihan kaca. Saat dia mengutip, Datin nisa memijak tangan Adi. Dia menghhenyakkan tangan Adi kepada kaca tersebut. Puas hatinya dapat menyakiti Adi.
"Mama, tangan dia berdarah, kalau dia ada..." Belum sempat Adam habiskan ayatnya, Datin Nisa menjauhkan diri dari Adi.
"Kamu tak layak duduk di rumah ni! Kamu keluar!" Marah Datin Nisa. Dapat dia membalas dendam kepada ADi.
"Nanti, ni rumah aku dan aku yang buat keputusan. Adi, kamu jangan keluar dari rumah ini. Buktikan kamu bukan seorang penagih." Datin Rokiah bersuara. Dia yakin ADi bukan seorang penagih. Selama ini Adi tidak menunjukkan dirinya seorang penagih.
"Tapi mama...."
"Nisa, biar Adi buktikan dirinya. Adi, kamu kemaskan semua ni." Datuk Arif bangun dan berlalu dari situ.
"Aku perhati kau , Di." Adam memberi amaran sebelum keluar dari rumah. Adi mengemas semua botol yang pecah. Dia mengutip cecair yang masih dapat diselamatkan sebelum menanam semua botol dan jarum miliknya. Setelah semua selesai, dia merawat lukanya.Sejak itu gerak geri Adi di perhati. Adam sentiasa bersama Adi. Adi tersenyum apabila Adam terpaksa mengikutnya menguruskan perniagaan ayah mereka. Dalam hadapi kehilangann, ada hikmahnya. Dia dapat menuruun ilmu yang dia tahu kepada Adam. Walaupun sekali sekala Adam mengeluh, dia tetapi memberi tunjuk ajar. Kadang kala dia yang meminta Adam menjadi jurucakap untuk sesuatu perbincangan. Adam sendiri mula merasa yakin bila di sisi Adi. Dia mengharap dia dapat bersama dengan Adi. Dia sendiri mengaku kenapa Papanya percayakan Adi. Adi berkebolehan.
"Mak Ngah, Ayu mana?" Tanya Adi setelah dia dapat bebas dari Adam. Selama ini gerak gerinya di rumah juga di perhati.
"Dia tu bukan budak baik, mema...."
"Mak Ngah, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi."
"Apa maksud Adi?"
"Kenapa Ayu seorang saja yang bersalah, ia tidak akan berlaku kalau tiada pasangannya."
"Adi tahu ke?"
"Anak kau ke tu?" Adam menjengok ke dapur. Dia dengar perbualan Adi. Hatinya meluap dengan perasaan cemburu.
"Kenapa kau tanya aku sedangkan kau tahu semua ni kan?"
"Ayu cerita pada kau semuanya?" Adam merenung tepat ke mata Adi. Adi membalas. Mak Ngah keliru dengan perangai mereka berlalu meninggalkan mereka. Dia harus menyediakan makanan untuk keluarga majikannya."Adi, nenek tengok kamu sihat je." Datin Rokiah menegur setelah selama ini dia melihat tiada perubahan kepada Adi.
"Adi tak sakit pun."
"Habis tu..."
"Nenek dan ayah kan sakit. Tu hanya ubat biasa."
"Tapi aku nampak kau suntik pada diri kau."
"Painkiller. Kalau kita terlampau sakit, bukan ke suntikan lebih mujarap."
"Betul juga, kalau demam kuat pun suntikan yang paling mujarap." Datin Rokiah menyokong.
"Jadi kau simpan kerana bimbang ayah akan jatuh sakit."
"Macam dulu, Jenifer memberikan ayah suntukan untuk melegakan."
"Maafkan ayah. Kamu tentu rugi banyak apabila ubat-ubatan tu pecah."
"Buat sementara ni kalau ada kecemasan, terus panggil ambulan je le... ubat dah habis." Adi sempat berseloroh.
Datin Rokiah lega kerana tuduhan menantunya meleset. Mereka berbual mesra sebelum telefon ADi berdering. Adi bangun menjawab sebelum masuk semula.
"Adam, ikut aku." Adi mencapai kunci kereta. Adam akur dan mengikuti ADi.Adi berhenti di sebuah hotel mewah. Beberapa lelaki telah menunggu Adi.
"Dia ada di atas. Dia macam kena paksa saja."
"Kau tahu biliknya." Lelaki itu mengangguk.
"Jom." Adam mengikut.Mereka berdiri dia depan sebuah bilik.
"Naim, kau ketuk pintu tu."
"Baik."
Naim mengetuk pintuk tersebut.
"Room service." Katanya. Pintu di kuak dari dalam. Naim menolak dan menyerbu ke dalam. Adi dan ADam turut menyerbu. Dia melihat keadaan adiknya, Anita dalam keadaan memalukan.
"Siapa kamu semua?" tanya lelaki yang separuh umur di sisi Anita. Dua orang lelaki sedang mengambil gambar aksi mereka.
"Buat filem lucah?" Adam bertanya.
"Abang, Nita terpaksa kerana Nita berhutang." ANita menangis. Adam membuka jeketnya dan menyerahkan kepada Anita untuk menutup tubuhnya sebelum membawa Anita keluar. Adi merampas kemera.
"Kalau tidak mahu berada dalam lokap, jangan cari masalah dengan kami. Segala gerak geri kamu dalam perhatian kami." KAta ADi sebelum keluar. Orang-orangnya juga keluar.Adi masuk ke dalam kereta. ADam masih memujuk Anita. Mereka membawa Anita pulang. Pada mulanya Datuk Arif ingin memarahi ANita tetapi ADi menghalang.
"Ayah, Anita masih mentah dan dia tidak tahu berfikir dengan matang. Dia perlu bimbingan dari kita."
Datin Nisa membawa Anita ke dalam bilik.
"Ayah,masih ingat kata Adi dulu." Datuk Arif akur. Dia yang gagal memimpin anak-anaknya.
Adam beredar keluar. Adi mengikutnya.
"Kau marah?"
"Dia adik aku, Di. Walaupun bukan adik kandung tetapi aku membesar dengannya. AKu tidak akan..."
"Kau marah kalau terkena diri kau, keluarga kau. Tetapi kau tidak pernah fikir setiap gadis tu adalah anak seseorang. Bagaimana perasaan keluarga mereka atas perbuatan kau. Tak pernahkah kau fikir perasaan gadis yang kau paksa melayan nafsu kau tanpa kerelaannya."
Adam terdiam.
"Dam, aku rindu adik aku yang dulu. MAsih belum terlambat untuk kembali. Jangan kata kau masih muda untuk berpoya-poya kerana mati tidak mengenali usia. Tidak semestinya usia muda tu tidak mati." Adi menepuk bahu Adam sebelum masuk ke dalam biliknya. Dia mahu Adam sedar tindakannya. Adam termenung. Wajah Ayu terbayang di ruang matanya. Dia tahu dia telah bersalah dengan Ayu. Kerananya Ayu berpisah dengan Mak Ngah. Kerananya Ayu di hina.'Kembalilah kepada Nya, Dam, Masih belum terlambat.'
Kata-kata Adi masih bermain di fikirannya.
'Ya Allah, apa yang telah aku lakukan.'
Adam masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Bayangan Ayu tersenyum mesra kepadanya terbayang-bayang. Saat dia melintasi bilik Adi, sayup-sayup di terdengar suara ADi mengalunkan ayat suci. Dulu dia sering bersama-sama ADi membaca. Mereka berebut ingin membaca dahulu di depan ibu. Selalunya Adi akan beralah. Mereka khatam ketika usian yang muda. Mereka juga membantu ibu mengajar anak-anak jiran mengaji. Mana kah ilmu yang telah ibunya didikkan selama ini. Adam melangkah ke biliknya. Pertama kali buat sekian lama, Adam membasahi tubuhnya dengan air wudhu. Adam bersujud di malam hening.
[1199pp]
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
De TodoAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...