DATUK Arif bangga dengan kejayaan Adi. Dia mendengar semua cerita dari mulut Tan Sri Lee perjalanan hidup ADi. Adi tabah menghadapi segala masalah untuk menempatkan diri ditempatnya sekarang. Dia melihat ke halaman bawah. ADi dan ADam sedang berbual. Kebelakangan ini hubungan kedua anaknya semakin rapat. Dia melihat ke arah isterinya yang sedang terlena. Datin NIsa semakin berubah. Perlahan-lahan dia keluar dari biliknya. Dia turun untuk bersama dengan dua orang anaknya yang sedang berbual.
"Papa... tak tidur lagi?"
"Belum rasa mengantuk lagi."
"Ayah nak minum," Adi bangun dan menghilang ke dapur. Tidak lama kemudian ADi membawa minuman untuk ayahnya.
"Dulu Adi selalu buatkan kopi untuk kita."
"Ya, sambil tunggu ibu kamu berdua membuat kerja."
"Kita kejam kan papa, biarkan ibu bekerja seorang sedangkan kita asyik berbual kosong. Bila ibu bangun awal, hanya Adi je yang bantu ibu bungkus nasi lemak."
"Ya, ibu kamu tidak pernah mengeluh." Datuk Arif terbayang wajah senyum Hazlina. Hazlina sering tersenyum walaupun dia penat.
"Di, aku rindukan ibu. Kau ajaklah ibu datang sini."
"Kau bertunang, ibu akan datang."
"Bertunang, aku tak yakin lah."
"Selagi kita tak luah, kita tak tahu."
"Adam nak bertunang? Dengan siapa, tak kan dengan Farhan."
"Farhan? Papa jangan buat hal. Perempuan homoseksual tu... lelaki perempuan dia tibai."
"Habis tu siapa yang telah mencuri hati anak teruna papa ni?"
"Amboi ayat ayah..." Adi ketawa. Namun begitu dadanya terasa sakit. Dia menaip sesuatu ke telefonnya.
"Di, kita buat pada hari jadi kita. Hari jadi kita kan tidak lama lagi."
"Cun..." Adi terbatuk. Batuknya tidak berhenti. Adam menepuk belakang Adi.
"Adi kenapa ni?"
Jenifer berlari keluar saat kekecohan di halaman.
"Call Khai..." Bisik ADi kepada Jenifer. Jenifer akur. Khairul tidak memberi masa yang lama untuk datang.
"Adi..."
"Bawa aku ke bilik aku." Khairul memapah Adi masuk ke dalam bilik ADi di tingkat bawah. Mereka berada di dalam bilik seketika."Jenny, kenapa dengan ADi?" Jenifer hanya diam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana menjawab soalan dari bapa mertuanya. Mereka hanya tunggu Khairul keluar dari bilik. Tidak lama kemudian Khairul keluar.
"Kenapa dengan Adi, Khairul?"
"Dia tersedak sikit. Dia berehat tu. Dia tak apa-apa."
"Dia ni gila kerja. MUngkin dia sibuk dekat pejabat dia dan dia kurang rehat. Mungkin juga tadi dia dah penat tetapi masih tidak mahu kecewakan kita. Dia tetap layan kita."
Khairul hanya tersenyum dan menarik Jenifer keluar. Jenifer akur.
"Jen, mana serum Adi?"
"Dalam bilik tak ada?"
"Dia hanya minta pain killer saja. Aku nampak dia sering buat kimo sekarang ni."
"I tak tahu Khai. Dia banyak rahsia dengan I."
"Jen, tolong jaga dia. Aku ambil serum di rumah aku, ada dua lagi." Khairul segera balik. Selepas mendapat serum dari Khairul, Jenifer masuk ke dalam bilik Adi. Dia menatap wajah Adi yang pucat. Wajah suaminya di belai. Dia duduk di lantai dan menatap wajah suaminya. Dia akan merindui wajah ini suatu hari nanti. Adakah dia kini sudah bersedia. Jenifer memegang peruntnya yang semakin menonjol. Tanpa dia sedari air matanya mnegalir. Dia menangis sehingga terlena.Apabila dia sedar semula, dirinya berbaring di atas katil.
"Abang..."
Adi menamatkan bacaannya dan bengun menghampiri Jenifer.
"Kenapa sayang?"
"Macam mana Nurul tidur di sini?"
"Nurulkan ke mengandung, kenapa tidur atas lantai, tak baik untuk baby."
"Tapi..."
"Dah, bangun, subuh dekat nak habis ni." Adi bangun dan menyimpan Al Qurannya serta melipat sejadah. Jenifer keluar dari bilik dan naik ke bilik mereka. Dia membersihkan dir dan menunaikan ibadahWaktu sarapan, keluarga Datuk Arif berkumpul.
"Kau dah sihat Adi?"
"Aku sihat."
"Tapi semalam...."
"Kalau kau risau tentang aku, kau harus berhenti merokok. Kau yang merokok aku yang menanggung sakitnya."
Adam terdiam. Memang semalam ketika mereka berbual, Adam dan Datuk Arif merokok.
"Sorry."
Adi tersenyum.
"Mama, Adam rasa ADam nak buat doa selamat untuk majlis hari jadi Adam dan Adi nanti."
"Adam nak sambut hari jadi?" Datin Rokiah kehairanan.
"Sebelum ni tanpa ADi, kini ADi ada."
"Kau kena belajar sambut keseorangan." Kata ADi perlahan. Hanya Jenifer yang mendengar kerana yang lain sedang berbincang tentang majlis.
"Maaf, Adi dan Jenny kena pergi kerja. Adi setuju je apa saja cadangan yang Adam buat."Seperti biasa, Khairul akan menjemput mereka. Adi tidak mahu memandu sejak kebelakangan ini.
"Khai, lepas lunch kau ada appointment ke?"
"Hmmm... rasanya tak ada kot."
"Sayang?"
"Tak ada, kenapa?"
"Kita pergi shopping barangan baby nak tak."
"Tak terlalu awal ke abang?"
"Kalau mungkin terlewat bagi abang..." Adi mengeluh. Suasana menjadi sepi seketika.
"Okey jom, aku tak sabar nak beli barang baby." Khairul memecah kesunyian.Khairul memandang Adi yang sibuk dengan kerjanya. Matanya mengerling ke arah jam di tangannya. Kemudian beralih ke arah Jenifer. Dia memberi isyarat mata ke arah Jenifer. Jenifer hanya mengangkat bahu.
'Tak payah le nak main bahasa isyarat tu, aku faham." Kata Adi tetapi dia masih menatap kerjanya.
"Sorry bro ni dah lunch dah."
"Ya, abang, Nurul teringin nak makan nasi Arab lah."
"Okey, Khai, kau cari kedai nasi arab yang paling best." Kata Adi sambil mengemas mejanya. Adi sentiasa memastikan mejanya teratur sebelum keluar. Jenifer dan Khairul turut terikut dengan cara Adi.Pusat membeli belah menjadi tujutan mereka selepas mengisi perut. Saat masuk ke kedai yang khas barangan bayi, mereka menjadi teruja.
"Abang, cantiknya baju baby ni... I pick warna biru ni."
"Biru? itu untuk baby boy... ambil pink, baby girl." Khairul mencelah.
"I suka biru lah..."
"Pink lah..."
"It will be boy..."
"Aku rasa baby girl, kan baby..." Khairul dan Jenifer bertelagah untuk membeli baju baby. Adi hanya melihat mereka. Mereka seperti pasangan bahagia.
'Khai, aku berharap kau akan menjadi ayah yang terbaik untuk anak aku. Kau akan jaga amanah aku dengan baik. Aku tidak mampu menjaga mereka.'
"Abang..."
"Adi?"
Adi tersentak. Hilang semua lamunannya.
"Apa?"
"Pink ke biru?"
"Hah?"
"Baju baby?"
"Lebih baik kita pilih warna putih... suci dan murni." Adi memilih baju new born yang berwarna putih. Berjam-jam mereka menghabiskan masa di gedung tersebut.
"Khai, hujung minggu ni kita balik kampung ya." Adi mengesyorkan ketika mereka dalam perjalanan pulang. Adi mahu menyimpan barangan yang di beli di dalam rumah mereka.
"Set."
"Abang, Khai ni sahabat abang, bukan driver abang."
"Aku tak kisah. Dari dulu aku jadi driver ADi. Aku sedia berkhidmat untuk Adi."
"Abang nak drive sendiri, Khai tak bagi. Dan untuk sayang bawa kereta, abang langsung tak mahu. Terutama perjalanan jauh."Seperti yang di janjikan, mereka pulang ke Pulau Pinang. Gembira hati sang ibu apabila melihat anak kesayangannya pulang. Awal pagi seperti biasa keluarga Azman akan bersarapan bersama. Kali ini Tan Sri Lee turut bersama.
"Khai, aku nak beli baby cot dan hiasan untuk bilik baby."
"Set." Adi tersenyum dan mengangkat pinggannya. Selepas mencuci pinggannya dia naik ke atas.
"Tak ke terlalu awal?" Tanya Azman.
"Papa, andai kata terlalu lewat bagi dia?" Khairul bersuara.
"Apa maksud kau, Khai?"
Khairul menarik nafas. Dia memandang ke arah ahli keluarga yang ada di ruang makan. Dia mencari kekuatan di mata Jenifer.
"Kesihatan ADi semakin tenat. Simpanan serumnya juga sudah habis." Khairul teringat perbualannya dengan Adi beberapa hari yang lalu."Di, aku nampak kau pergi rawatan kimo, dah lama kau tak buat."
"Aku dah kena lakukan rawatan tu."
"Serum?"
Adi terdiam.
"ADi aku tanya tentang serum kau yang banyak tu mana?"
"Aku dah habis gunakan..."
"Bukan ke sebulan sekali. Beratus botol serum kau... Adi ni baru dua tahun..."
"Aku cepat penat..." Adi memotong cakap Khairul dan kemudian berlalu meninggalkan rakannya.Mereka semua hanya melihat apa yang ADi lakukan sepanjang hujung minggu itu. Dia memilih bilik bujangnya untuk dijadikan sebagai bilik anaknya nanti. Kaum Lelaki membantu Adi dalam menghias bilik tersebut. Walaupun dapat melihat tawa riang Adi, hati Hazlina menjadi sayu. Dia tahu dia kan berpisah dengan anaknya tetapi dia redha. Adi telah lama memendamkan deritanya.
[1261pp]
ASSALAMUALAIKUM...
IKP AKAN MELABUHKAN TIRAINYA TIDAK LAMA LAGI HARAP BERSAMA MEMBACA SEHINGGA PENGHUJUNGNYA.TQ LOVE YOU ALL
DHAZZMI
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...