BAB 4

129 3 0
                                    

ADI melangkah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Kedengaran suara berbual di ruang tamu. Tentu keluarga itu mempunyai tetamu terhormat.

"Adi, kamu nak makan?"
"Tak apalah mak ngah, tadi kat masjid ada jamuan. Saya dah kenyang. Saya masuk ke dalam bilik dulu." Adi terus ke dalam biliknya. Ngah Jamilah melihat Adi berlalu. Anak muda itu tidak pernah tinggalkan solat berjemaah di masjid berhampiran.   Dia masih ingat lagi ketika Adi yang datang bersama ibunya saat itu. Kelihatan Adi ketika itu seorang anak muda yang kurang berkeyakinan dan tiada gaya. Kini Adi nampak lebih kacak.

Pintu bilik Adi di ketuk. Dengan malas Adi membukanya.
"Dah tidur ke?" Adam menjengok ke dalam.
"Belum lagi." Adam terus masuk ke dalam bilik dan duduk sebelah Adi.
"Dah balik tetamu ayah?"
"Belum. Masih berbual."
"Kenapa di sini?"
"Malas."
"Siapa tu?"
"Bakal besan."
"Untuk Anita?"
"Wow, kau dah kenal adik aku nampak?"
"Ya, Anita, Amira dan Amir."
"Tak..."
"Aku salah sebut nama adik-adik aku?"
"Adik kau cuma aku."
"Kau dan yang lain tu adik aku termasuk... " Jari Adi menunding ke arah dapur.
"Aku cakap tadi yang di depan tu bakal mertua aku dan di dapur tu bakal adik ipar kau?"
Adi menunjuk ke kiri dan kanan.
"Kau masih nak buat koleksi?"
"Aku tidak suka hidup di atur tetapi aku tidak boleh. Lagipun aku masih muda dan tidak mahu terikat."
"31 tu muda ya."
"Come on, life is began at 40."
"Kalau nyawa kita sampai ..." Adi berbisik.
"Apa kau cakap?"
"Kalau kau boleh memilih?"
"Aku hendak hidup bebas."
Adi tersenyum.
"Di, aku nak berbual dengan kau lah." Adam merebahkan badannya di atas riba Adi. Kebiasaan yang selalu mereka lakukan semasa kecil dulu.
"Adi, hidup aku ni sunyi. Kawan-kawan hanya dekati aku kerana duit. Semasa aku sampai di sini, datuk kita layan aku dengan baik. Mereka beri apa saja yang aku mahu tetapi kau tiada di sisi aku Di.  Aku menjerit aku perlukan kau saat itu tetapi kaku langsung tidak dengar. Kau pergi tanpa mahu memandang ke belakang. Kau tahu aku tidak berminat belajar tetapi datuk paksa, dan papa kata berkorban. Adam kau kena laku demi itu... demi ini... Tu di depan tu, aku kena bertunang demi perniagaan... Siapa aku ni Di?"
Belum sempat Adi menjawab, telefon Adam berbunyi. Adam menjawab seketika dan kembali duduk sebelah Adi.
"Di esok kau dah mula kerja. Ni kunci kereta papa. Kereta Estima tu, Yang Vellfire tu papa punya dan Merc tu mama punya.  Kau tahu kan kereta aku dan  Anita. Pagi kau hantar Amira dan Amir ke sekolah, kau sediakan kereta Anita. Kereta aku tak perlu. Dan sediakan sekali kereta mama. Kadang kala kau kena bawa papa pergi kerja tetapi sekarang ni driver syrikat akan datang jemput papa. Nenek, kadang kala kau kena hantar dia. Nenek jarang keluar bilik pun. Bila perlu, kau hantar dengan kereta Estima ni. Faham tak?"
Adi mengangguk.
"So, aku chow dulu. Aku nak bebas. Girlfriend aku panggil... girlfriend ke girlfriends?"
Adam keluar dari bilik Adi. Adi hanya menggelengkan kepala.  Dia terkenang kembali saat mereka bersama.

Lena diganggu dengan ketukan yang kuat di pintu utama. Adi bangun dan keluar dari bilik. Kelihatan Ayu telah bangun dan membuka pintu. Adam merangkul dan membebel tanpa hujung pangkal. Adi mengambil alih Adam dari rangkulan Ayu.
"Pergi masuk dalam bilik. Biar abang yang hantar dia ke dalam biliknya. " Ayu akur.
"Hey sayang, jom tidur dengan abang. Abang  tak lakukan dengan balak ni. Abang bukan gay."
"Dah, jangan merepeklah. Aku pun tak nak kau." Adi terus memapah Adam ke dalam biliknya. Dia menyalinkan pakaian Adam yang berbau arak dan menukarkan dengan yang baru. Bilik Adam yang bersepah di kemaskan dan menyelimutkan Adam supaya Adam tidur selesa. Dia melihat wajah polos adiknya.
"Dam, Dam, dulu kau takut kalau balik lewat malam. "
Teringat dia kepada kenangan lalu.

                                     ************************

"Dam, kenapa kau menjerit."
"Aku berzikir lah."
"Kalau ya pun, kenapa kuat."
"Supaya jin dan syaitan tak ganggu aku."

                                    ***************************

"Dik sekarang Jin dan syaitan dah tak ganggu kau sebab kau dah jadi kawan dia." Keluhan di lepaskan.

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now