ADAM bangun pagi itu dengan hati riang. Adi berjanji akan membawa ibu datang ke majlis pertunangannya hari ini. Peristiwa semalam masih segar di ingatannya.
{Flashback}
Adi mengajaknya keluar selepas sarapan. Katanya hadiah istimewa untuk esok. Ya esok mereka akan menyambyt hari jadi mereka. Adi ingin menghabiskan masa hanya untuk mereka berdua.
"Dam, aku tak sangka kau dpat menarik hati Papa Lee."
"Lihatlah siapa cikgunya."
"Kau tahu, aku mendapat ilimu dari Papa Lee tau."
"Ya, Tan Sri beritahu kami tentang kau selamatkan dia. Kau kerja sambil belajar. Dia sayang kau lebih dari Jenny."
Adi menarik nafas. Sekali sekala dia terbatuk. Kadang-kadang batuknya berpanjangan.
"Kau okey ke?"
"Aku tengok kau dah tak merokok sekarang."
"Kerana kau. Batuk kau tu. Aku sakit dada sama tau."
"Sorry, aku tak boleh berhenti kalau batuk."
"Kau okey ke?"
"Okey... selalu gatal tekak."Lewat petang Adi mengajak dia pergi ke sebuah kedai emas. Adi sendiri memilih cincin untuk pertunangannya. Cincin pasangan yang sesuai untuk dia kan Ayu.
"Hadiah hari jadi. Aku takut aku tak sempat nak ucap nanti."
"Kenapa?"
"Aku pun rindu ibu tau."
"Anak ibu, kalau dapat dudul celah ketiak ibu, lupa semuanya."
Mereka gembira dan mereka ketawa riang hari itu.Adam bergerak ke meja bacaannya. Kotak hadiah Adi masih terletak di situ. Dia melihat ke arah jam. Sebentar lagi azan berkumandang. Tangannya mengurut dadanya. Sakit di dadanya semakin mencengkam. Sebaik sahaja azan berkumandang, Adam bersiap untuk ke bilik solat yang telah di sediakan oleh papanya.
"Adi mana?" tanyanya apabila melihat semua ahli keluarga ada kecuali Adi.
"Ayu dah ketuk biliknya tetapi tidak berjawab. Mungkin dia bersolat di masjid."
"Adi ni tak aci, tak nak ajak sekali." Rungut Adam. Datuk Arif meminta Adam mengimamkan solat mereka.Hazlina terkejut dari tidurnya. Bagai terdengar suara Adi memanggilnya.
"Adi..." lirihnya.
"Kenapa Haz?"
"Entahlah abang, hati Haz rasa ada sesuatu yang tidak kena."
"Dah tu, kita bersiap untuk solat subuh. Penerbangan kita awal ni."
Setelah siap mereka bertolak ke lapangan terbang. Kelihatan Azman dan Rubiah turut berada di sana.
"Kamu berdua nak ke sana juga ke?"
"Khai suruh datang sambut harijadinya di sana. Dia kata dia tak naksambut seorang kerana Adi tidak mahu sambut dengannya."
"Kenapa Adi macam tu."
"Mungkin kerana majlis pertunangan Adam sekali, Mungkin dia sibuk."
"Ala, tak salah kanajak Khai sambut sekali. Adi ni." Gerutu Hazlina.
Dalam penerbangan, Hazlina teringat perbualan dai dengan anak-anaknya semalam. Adi menghubungi Jenifer dan memberitahu Adam ingin bercakap dengannya. Setelah berbual seketika dengan Adam, telefon berubah tangan kepada ADi semula."Ibu, Adi terlalu sayang kan ibu. Adi tidak dapat nak bersama ibu sentiasa. Ibu tolong jaga Nurul dan baby Adi nanti. Ibu datang cepat tau. Adi tidak mahu menutup mata kalau tidak dapat menatap wajah ibu. Maafkan Adi dan halalkan segala makan minum Adi selama ini. Halalkan titis susu ibu yang telah membesarkan Adi. "
"Adi... ibu sayang Adi. Memang ibu halalkan semuanya."
"Adi sayang ibu tetapi ada yang sayangkan Adi. Adi harus bersamaNya.""Adi" Tiba-tiba air mata Hazlina mengalir. Penerbangan yang memakan masa sekejap menjadi terlalu lama untuk nya. Terasa ada jari yang menyeka air matanya.
"Adi."
"Haz." Hazlina menoleh ke sebelahnya. Suaminya merenung tepat ke wajahnya. Entah mengapa dia menghemburkan tangisan di bahu suaminya.Sesampai di lapangan terbang Khairul menunggu kegelisahan.
"Kenapa Khai?"
"Jen, ADi menghantar mesej sos sejak subuh tadi tetapi dah dihantar lagi."
"Sesuatu dah berlaku ke?"
"Okey, Haz, Jenny, Tan Sri dan Biah pergi dulu ikut Khai. Biar kami yang lain menyusul dengan grab." Saran Maarof. Mereka akur. Sesampai di rumah, Jenifer berlari meluru ke tingkat atas. Hazlina dan yang lain perlahan-lahan masuk ke dalam rumah agam tersebut.
"Ibu!" Jerit Adam. Gembira apabila melihat ibunya datang bersama dengan Jenifer.
"Adi mana?"
"Mungkin tidak balik dari masjid. Dari subuh tidak nampak."
Jenifer dan Khairul berlari ke bilik Adi yang berhamkpiran dapur. Pintu bilik Adi di ketuk kuat. Hazlina turut mengetuk pintu bilik tersebut.
'Adi, buka pintu ni ADi. Ni ibu datang sayang."
"Kenapa ni?"
"Adi sakit." Jawab Jenifer sambil air matanya mengalir. Adam terus berlari ke bilik bacaan papanya. Kunci pendua diambil. Dia kembali dan membuka pintu bilik ADi. Kelihatan Adi terbaring di atas sejadah dengan berlumuran darah yang membasahi sejadah dan Al Quran yang di bacanya.
"Adi!" Jerit Hazlina sambil memangku kepala anaknya. Adi membuka mata sambil tersenyum.
"Ibu." Suara Adi begitu lemah.Khairul berlari keluar dan menghubungi ambulan. Air matanya membasahi pipinya.
"Di, apa kata tahun ni kita sambut hari jadi dekat genting. Kita ajak family ke sana. Kau call le Jen."
"Kau pergilah."
"Kenapa?"
"Aku tak nak sambut harijadi dengan kau lagi. Kau sambutlah seorang."
"Adi.." Namun begitu Adi berlalu meninggalkannya.
"Kau kejam ADi. Sejak ada Adam, kau seperti menjauhkan diri dari aku." Keluh Khairul."Adi ini yang kau maksudkan. Kau tidak akan sambut harijadi dengan aku lagi." Air matanya terus membasahi pipi. Dia menunggu ambulan datang.
"Kenapa dengan abang Adi?" Tanya Amir. Dia hanya melihat dari jauh kerana terlalu ramai yang berada di dalam bilik Adi. Adi hanya baring lemah dipangkuan ibunya. Tidak lama kemudian ambulan sampai dan Adi segera di bawa ke hospital. Hazlina dan Jenifer menaiki ambulan. Mereka semua ke hospital kecuali Datin Rokiah, Mak Ngah , Ayu, Anita, Amir dan Amira.
"Kak Ayu, Abang Adi tak apa-apa kan?" Tanya Amira sambil menangis.
Ayu tidak dapat menjawab. Hanya air mata sahaja membasahi pipinya."Ayu, abang minta sesuatu dari Ayu boleh ke?" Adi bertanya kepada Ayu beberapa hari yang lalu.
"Apa abang?"
"Tolong abang, bimbingkan Adam."
"Ayu pun jahil dalam ilmu agama ni abang."
"Biarpun ilmu kita ni cetek tetapi kita berusaha untuk mendalaminya setiap masa. Ayu bantu Adam untuk jalan yang benar."
"Tapi macam mana abang?"
"Berada di sisi Adam. Abang pinta, Ayu jangan menjauhkan diri dari Adam. Dia perlukan insan seperti Ayu menjaganya.""Abang Adi, abang tahu masa masa akan tiba dan abang tinggalkan amanah yang berat untuk Ayu."
Wad ICU di penuhi dengan keluarga ADi. Khairul dan Jenifer telah masuk ke wad ICU. Datuk Arif memandang ke arah Hazlina. Air mata membasahi pipi Hazlina. Adam duduk di satu sudut sambil melayan perasaan sedihnya. Datuk Arif menarik nafas. Hazlina masih ayu seperti dulu. Ingin sahaja dia memeluk Hazlina untuk menenangkan bekas isterinya. Hatinya berbolak balik bila risau mengenangkan isterinya masih berada di sisinya. Sekali sekala dia menjeling ke arah Hazlina.
"Abang." Kedengaran suara Hazlina memanggil. Datuk Arif mengangkat kepala kerana pada sangkaannya Hazlina memerlukan. Tetapi Hazlina di dalam pelukan lelaki lain. Dia melihat lelaki yang memeluk Hazlina.
"Maarof?"
"Ya. Arif..." Maarof hanya menghulurkan tangan untuk berjabat dan kembali kepada Hazlina. Hazlina perlukan dirinya sekarang ini.
"Ibu." Khairul keluar dari wad.
"Adi ingin berjumpa dengan ibu."
Hazlina masuk ke dalam wad. Khairul mendekati mamanya. Dia terus mendakap mamanya dan menangis di bahu mamanya.Hazlina mendekati katil Adi. Jenifer berada di sisi Adi.
"Dimi..."
Adi membuka matanya. Dia tersenyum.
"Ibu... Nurul, jangan tangisi permergian Adi. Izinkan ADi pergi."
Mereka berdua terpaksa sembunyikan tangis mereka. Air mata segera di seka.
"Ibu... Nurul... senyumlah."
Dengan keterpaksaan mereka tersenyum. Adi masih terbatuk. Dadanya berombak.
"Nurul... bukakan ni."
"Tapi..."
"Abang ingin... tidur di riba ibu. Bo... Bolehkan ibu?"
Hazlina mendekati Adi. dia duduk di katil Adi. Adi meletakkan kepalanya ke riba Hazlina.
"Ibu... dulu ibu selalu bacakan surah yassin untuk ADi tidur.... bacakan..."
Hazlina akur. Sememang selama ini dia sudah menghafal surah itu. Hazlina membaca surah itu sambil membelai rambut anaknya. Rambut Adi melekat di tangannya. Air matanya mengalir namun itu dia terus membaca. Disaat akhir surah, dia terdengar Adi mengucap perlahan-lahan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Hazlina menamatkan bacaannya dalam tangisan. Dia dapat melihat Jenifer menangis saat melihat gengaman tangan ADi di tangannya terkulai. Doktor dan jururawat mendekati mereka dan memimpin Jenifer dan HAzlina keluar supaya mereka dapat menguruskan Adi. Saat mereka keluar, Maarof merangkul Hazlina manakala Tan Sri Lee memapah Jenifer. Khairul meluru masuk ke dalam wad, sebelum keluar semula. Dia hanya menggelengkan kepala. Suasana menjadi sayu. ADi pergi meninggalkan semua insan yang menyayanginya.[1302pp]
ASSALAMUALAIKUM
TINGGAL SATU BAB LAGI UNTUK PENGAKHIRAN
IZINKAN KU PERGI
MAAF JIKA DA BANYAK KESILAPAN DAN TYPO
HARAP TERHIBUR
SELAMAT MEMBACATQ LOVE YOU ALL
DHAZZMI
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...