ATAS nasihat Dr. Zulkifli, Adi melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Jenifer dan Khairul menjalani latihan di hospital biasa. Tan Sri Lee menanggung segala pengajian Adi. Malahan dia telah merancang membuka sebuah hospital untuk Adi dan Jenifer. Dr. Zulkifli menyokong segala usaha Tan Sri Lee. Sebelum Adi pergi ke luar negara, Adi bertemu dengan Apai. Apai membekalkan dia dua kumtum bunga. Nasihatnya kepada Adi hanya makan ketika Adi betul-betul penat. Dia juga menasihati Adi supaya makan ketika dia berehat, bukan waktu kerja. Di luar negara, ADi lebih banyak belajar sambil bekerja. Segala ilmu yang dipelajari akan di bawa pulang.
Sekembali Adi ke tanah air, dia bekerja di hospital miliknya bersama Jenifer. Khairul bekerja dengan papanya. Namun begit sejak Adi pulang, Khairul meminta papanya melepaskannya. Dia mahu bekerja bersama Adi dan Jenifer. Akhirnya terpaksa Dr. Azman melepaskan anaknya. Dia tahu sekian lama Adi dan Khairul terpisah. Mereka tidak pernah berjauhan sejak mereka bersama. Persahabatan mereka semakin rapat. Adi memegang jawatan sebagai pengarah hospital selain seorang doktor. Jawatan itu di serah oleh Tan Sri Lee. Dr. Zulkifli tetap merahsiakan penyakit Adi dari pengetahuan ramai. Mereka menjalan rawatan secara rahsia. Namun begitu Adi memerangi penyakitnya dengan semangat. Adi tetap bersama Tan Sri Lee dan dia tidak pernah menuntut ilmu perniagaan dari Tan Sri. Dia mempunyai satu azam yang tiada sesaiapa tahu. Dalam dia belajar dari Tan Sri, Adi telah berjaya mendapatkan tender perniagaan. Tan Sri Lee bangga dengan Adi dan menyerahkan sebahagian sahamnya kepada Adi.Anak syarikat yang dulu milik anaknya kini dia serahkan kepad Adi. Adi mejalankandua kerja dalam satu masa. Jadual ADi terlalu padat tetapi dia merasa gembira. Dalam kesibukannya dia tidak pernah mengabaikan keluarganya dan keluarga Apai. Dia selalu menghabiskan masa dengan Apai juga. Dia mendapat rawatan serta ilmu dari Apai.
"Adi ke mana, Khai?" Tanya Jenifer melalui telefon. Khairul berada bersama dengan keluarganya dan keluarga Adi.
"Dia balik rumah Apai le, kau tak tahu ke?"
"Dia sibuk sangat."
"Okeylah, aku sama dengan family aku ni.""Siapa tu?"
"Jenifer."
"Hai, Biah, tak lama lagi makan nasi minyak le kita."
"Siapa? Khai dengan Jenny, hanya dalam mimpi je ibu."
"Kenapa pula?"
"Sepatutnya ibu tanya Adi. Hati Jenny tu milik Adi tetapi Adi hanya diam saja."
"Entah-entah, kamu berbesan dengan orang asli, Rof."
"AKu terima je."
"Adi nak berkahwin dengan siapa?"
"Adik angkatnya kat perkampungan orang asli tu. Dia selalu ke sana."
"Papa, kalau saya ke sana mungkin ada adik angkat le. Dia tu mana ada adik. Dia hanya anak kepada pasangan itu. Pasangan tua tu tiada anak."
"Dia tu sering ke sana."
"Papa percaya tak kalau Khai kata dia percaya dengan ubatan tradisional. Dia balik ke sana untuk belajar cara rawatan tradisional."
"Adi tu suka belajar le kot."
"Ibu, apa petua ibu masa mengandung dulu. Ibu lahirkan anak macam Adi tu. Tahu tak anak ibu dah jadi jutawan dalam sekelip mata."
"Itu keistimewaan dirinya sendiri. Dia dapat saham Tan Sri kan, bukan usaha dia sendiri."
"Dia berjaya mendapatkan tender yang bernilai berjuta. Papa Lee kagum tu yang bagi hadiah dia tu. LAgipun papa Lee dah anggap ADi macam anak dia."
"Pengganti John."
"Apa saja ADi ceburi, ibu akan sokong dari belakang. Dia pernah cakap kat ibu yang dia mahu menjadi lebih kaya dari ayahnya supaya ibu tidak akan dihina."
"Arif dah lakukan kesilapan sebaik sahaja dia melepaskan permata ni." Maarof mengengam jemari Hazlina. Dia berbangga dengan anak tirinya itu. Adi sentiasa menghormati dia sebagai bapanya walaupun Adi masih memanggilnya uncle. Adi sering meminta nasihat Maarof setiap kali diamembuat keputusan.[2 TAHUN YANG LALU]
WALAUPUN Adi sibuk di pejabat dai tidak pernah mengabaikan cita-citanya. Dia tetap kerja sebagai doktor seperti biasa. Cuma dia merawat pesakit sehingga tengah hari. Dia akan menghabiskan masa di pejabat di waktu petang.
Malam itu Adi mengambil shift malam. Khairul juga bertugas malam. Namun begitu Khairul bertugas di wad kecemasan manakala Adi di wad biasa. Hospital swasta bukan sesibuk hospital kerajaan. Khairul bosan di tempat kerjanya.
"Duan, kalau ada pesakit, call aku. Aku nak jumpa Dr. Adi." Pesan Khairul. Sepanjang malam, tiada panggilan kecemasan. Khairul menghabiskan masa dengan Adi.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...