BAB 17

122 3 0
                                    

[SEKARANG]

DATUK Munif memandang ke arah anak perempuannya. Selama ini maklumat tentang anak lelaki kedua Datuk Arif tidak diketahui.
"Han tak kenal ke dia tu?"
"Budak - budak kelab tak pernah bercerita tentang dia."
"Habis tu macam mana anak TAn Sri Lee kenal dia."
"Mereka pernah belajar di Penang dulu."
"Sebelum ini Datuk Rahmad tidak pernah cerita tentang cucunya sehingga cucunya berumur 15 tahun. Dia sering bawa Adam yang dia bangga sebab aktif sukan dan kacak."
"Papa nak Han siasat tentang keluarga Datuk Arif."
"Macam mana?"
"Kamu berpindah ke rumah keluarga Datuk Arif."
"Apa yang abang dan Han rancang ni?"
"Ini salah satu batu loncatan."

Kedatangan keluarga Datuk Munir di sambut dengan gembira oleh keluarga Datuk Arif. Farhan memandang sekeliling mencari wajah Adi. Adi tiada di ruang tamu.
"Adi mana? MAsih bekerja ke?"
"Dia..."
"Dia tu mana pernah lekat kat rumah. Tak tahu le ke mana perginya."
Farhan nampak pintu pagar kecil terbuka. Kelihatan ADi dengan berbaju melayu dan kain pelekat masuk ke halaman. Farhan bangun dan berlari ke luar.
"Abang Adi..."
Adi berpaling. Farhan menghampirinya.
"Jom, papa nak jumpa dengan abang."
Adi terdiam. Wajah seorang gadis bermain dimatanya. Jemputan manjanya mengajak Adi berjumpa papanya masih terbayang. Tersentak ADi apabila lengannya dirangkul. Segera Adi menarik tangannya
"Maaf, abang Adi. Jom masuk." Adi melangkah lemah masuk ke ruang tamu.
""Eh, Adi dari mana?"
"Dia tu bukannya da kat rumah." Datin Nisa mencelah
"Emmm... saya mewakili ay... papa ke majlis rumah kawan papa. Papa menunggu keluarga uncle datang." Adi cuba melihat dirinya seperti yang Datin Nisa mahu.
"Marilah join kami."
"Saya masuk ke dalam bilik dulu, salin baju." Adi memohon diri. Adam mengikut Adi ke dapur.
"Dia tu nak keluar lah tu. Selalunya dia bukan ada di rumah." Kedengaran suara Datin Nisa memburukkan Adi.
"Bro, kau kena keluar sekarang. Bawa kereta aku ni." Adam mengarah sebelum kembali ke ruang tamu.
"Adi nak makan?"
"Saya kena keluar Mak Ngah." Adi masuk ke biliknya. Dia keluar semula melalui ruang tamu. Adi bersalaman dengan ayahnya dan Datuk Munir.
"Saya ada kunci dan tak perlu tunggu saya." Kata Adi. Datuk Arif melihat Adi keluar. Anaknya itu tidak pernah keluar malam. Adi menaiki kereta yang Adam berikan.
"Papa, uncle, Adam kena keluar sekejap. Ada urusan perniagaan." Kata Adam sebaik sahaja telefonnya berdering.
"Hujung minggu ni Farhan tak keluar ke?" Tanya Datin Nisa.
"Sebenarnya ada janji dengan kawan tadi."
"Adam, tumpangkan Farhan jumpa kawan dia." Datin Nisa memberi cadangan. Adam terpaksa akur.

Adi menghubungi Khairul untuk bertemunya ditaman. Khairul datang bersama dengan Jenifer.
"Macam mana boleh bawa amoi ni?"Adi berbisik kepada Khairul.
"I dengar lah. Sampai hati you Adi."
"Sorry dear."
"Bukkkk... tertikam ke jantung aku." Khairul mengusik.Jenifer tersipu malu.
"Kenapa nak jumpa malam ni?"
"AKu lapar."
"Mana tukang masak yang cantik tu? Tak masak ke?"
"Aku kena halau keluar."
"Hah?"
"Sebenarnya Datin nak imej aku ni buruk."
"Jom, kita pergi makan."
Selesai makan mereka berbual seketika.
"Nak pergi ke kelab tak?"
"Khai, aku tak pernah pergi ke tempat macam tu."
"Di, kita ke sana hanya menghabiskan masa kau je. Nak pulang lewatkan. Bukan nak mabuk. Sana semua anak orang kaya."
"Betul tu Di, dulu kalau I ke sini, selalu I lepak di sini."
"Khai?"
"Di,nyonya  ni ajar aku masa kau kat luar negara dulu."
"Lantak korang lah. Aku nak tidur dalam kereta."
"You okey ke Di?"
"Aku letih sikit."
"Jom balik rumah aku. Kita rehat kat sana. Aku kan kejutkan kau nanti."
Mereka melupakan niat mereka untuk berhibur.

Adi pulang ke rumah selesai solat tahajud. Dia masukkan kereta Adam. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa mengganggu sesiapa. Memandangkan hari ini cuti sekolah, Adi bersolat subuh di dalam biliknya.   

Awal pagi Adi telah berada di kebunnya. Dia menggemburkan tanah. Pintu pagar terbuka membuat ADi  menoleh. Farhan balik dari berjogging dengan pakaiannya yang ketat. Adi segera menundukkan pandangannya.
"Hai, abang Adi." Tegur Farhan. Adi hanya membalas dengan senyuman. Farhan menghampiri Adi.
"Rajinnya abang ADi bercucuk tanam. Ni semua hasil tangan abang Adi?"
"Adi hanya mengangguk. Dia sibuk mencabut rumput di sekelailing tanamannya. Melihat ADi tidak mahu melayannya, Farhan masuk ke dalam rumah.
"Kenapa kau tidak memandang aku. Tak cukup seksi ke aku untuk menarik perhatian kau, Adi."

"Abang Adi..." Suara lunak Ayu memanggil ADi. Adi menoleh dan bangun menuju ke paik berhampiran. Sarung tangannya dibuka dan membasuh tangan. Ayu menghidangkan sarapan di meja batu berhampiran. Adi duduk di situ.
"Hari ni mak buatkan nasi lemak."
Adi menatap nasi lemak hidangan Ayu. Entah mengapa air matanya bertakung mengenangkan ibunya. Dia merindui ibunya.
"Abang ADi okey ke?"
"Rindu masakan ibu. Dulu dengan nasi lemak ni lah ibu besarkan abang."
"Patutlah abang Adam suka makan nasi lemak, dia, teringatkan ibunya juga lah."
Adi tersenyum. Senyuman itulah yang sentiasa ditunggunya tetapi kenapa dia tidak merasa berdebar seperti berada dengan Adam. Tiada perbezaan diantara mereka namun setiap kali nama Adam disebut, dia merasa berdebar. Dia rasa jika dia di suruh memilih antara Adi dan Adam, tentu sekali dia memilih Adi kerana keperibadian ADi disanjung olehnya.
"Abang Adi...."
"Hmmm... " Adi membaca doa sebelum menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia makan dengan sopan.
"Boleh Ayu tanya sikit." Adi hanya mengangguk.
"Siapa perempuan tadi?"
Adi mengambil masa untuk menjawab. Dia menghabiskan makanan dalam mulutnya.  Selesai minum baru Adi menarik nafas.
"Kenapa bertanya?"
"Saja nak tahu."
"Nama di Farhan, bakal tunang Adam."
Bagai kena rentap jantung Ayu. Dia hanya menahan air matanya gugur.
"Ayu masuk dulu." Suaranya serak. Ayu segera masuk ke dalam dapur supaya Adi tidak melihat air matanya. Adi melihat Ayu sehingga hilang dari pandangannya.
"Kau menangis, Ayu. Apa hubungan kau dengan Adam? Adakah cinta dua darjat, tidak di terima macam ibu?" Adi kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Mak Ngah terkejut melihat Ayu masuk ke dalam dan terus ke dalam bilik. Adi menyakitkan hati Ayu ke? Adakah Ayu meluahkan perasaannya kepada Adi dan Adi menolak?
"Ayu... Ayu terlalu awal untuk kamu meluahkan perasaan kamu. Kamu kena tahu di mana tempat kamu." Mak Ngah mengomel. Tangannya ligat menyediakan sarapan.

Sakit hati Farhan apabila melihat ADi melayan Ayu. Dia bertekad untuk memikat Adi sedaya upaya. Dia terus naik ke biliknya. Sewaktu handak ke biliknya, dia berselisih dengan Adam.
"Morning, dear."
"Dam, I nak keluar, boleh you keluarkan kereta I." Farhan masuk ke dalam bilik.
"Kau ingat aku kuli kau." Adam berkata perlahan. Dia turun ke bawah. Dia melihat Adam makan di halaman rumah. Adam terus menghampiri Adi. Sudu ditangan Adi diambil dan menarik pingan Adi. Dia menyuap nasi lemak milik Adi.
"Tak sesedap nasi lemak yang ibu buat."
Adi hanya tersenyum. Ya, dia rindu berkongsi makanan dengan Adam. Masih ingat lagi ketika sekolah, mereka sering berkogsi bekal. Ibunya akan membekalkan nasi lemak.
"Aku rindu ibu. Tentu ibu menderita dan bekerja keras untuk sekolahkan kamu. Kenapa kau tak tak capaikan cita-cita ibu."
"Aku tak mahu ibu terus derita... tapi ibu mesti bangga kau dah berjaya sekarang."
Adam tersenyum.
"Oh ya, kau tolong keluarkan kereta Farhan. Dia nak keluar ke mana, awal pagi ni. Kata nak jogging baru je balik."
"Dah kenyang baru nak cakap." Adi bangun dan masuk ke dalam rumah.
"Di... keluarkan kereta aku sama!" Jerit Adam. Adi megambil kunci dan mengeluarkan kereta kedua-dua kereta. Kunci Adam diserahkan kepada Adam manakala kunci kereta Farhan dibiarkan sahaja dalam kereta. Adi mengambil pingan kosong dan membawa ke dapur. Begitujuga minumannya. Semua di habiskan oleh Adam.
"Adi, tolong hantar pa... ayah ke kelab golf." Datuk Arif masuk ke ruang dapur.
"Baik ayah, Adi mandi sekejap, badan ni berpenuh dekat kebun tadi."
"Kamu dah sarapan ke? Jom sarapan dengan ayah."
"Di dah sarapan ayah. Dengan Adam di luar." Adi masuk ke biliknya dan mengambil tuala. Dia bersiap untuk menghantar ayahnya ke kelab golf. Datin Nisa juga turut serta. Adi hanya menghantar dan Datuk Arif memesan akan hubungi Adi apabila dia mahu balik.
"Kenapa you kena call dia?"
"Nisa, tak kan nak biar Adi menunggu di sini."
"Apa salahnya."
"You nak rakan baik you tahu yang kita tipu?" Terdiam Datin Nisa. Dia menyesal kerana Tan Sri Lee mengajak Adi dahulu. Kini mereka terpaksa berbohong.
"Baiklah. Kamu jangan nak berlagak dengan kereta kami pula. Terus balik ke rumah."
Sesampai di rumah, semua telah keluar. Hanya tinggal Amir sahaja. Amira pergi ke kelas tambahan dengan kawannya. Adi terus ke dapur. Kelihatan Ayu telah berada di dapur bersama mak Ngah.
"Mak ngah, Adi nak keluar sekejap dan nanti ayah akan call Adi bila merka balik."

Adi bertemu dengan beberapa orang yang dikenali. Mereka bermesyuarat seketika sebelum Adi memohon diri. Dia menjemput bapanya. Hari itu dia membawa Amir ke masjid  atas kebenaran Datuk Arif. Pada mulanya Datin Nisa melarang tetapi Datuk Arif mengizinkan. Rengekan Amir membuat Datin NIsa mengalah.

Ayu memerap diri di dalam bilik malam itu. Sakit hatinya masih terasa. Dia masih teringat kenangannya bersama dengan Adam. Kenangannya masih segar dan tidak boleh dibuang.

[1445pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now