BAB 32

114 3 1
                                    

ADI membawa satu lagi kejayaan kepada syarikat. Datuk Arif begitu banggakan anaknya itu. Kejayaan Adi telah memberi sumbangan besar kepada syarikat. Dalam diam, Adam mula membenci abang kembarnya. Dalam bilik mesyuarat, masing-masing memuji Adi. Dalam keadaan kegembiraan, Adi menerima panggilan dari hospital.
"Maaf, Adi terpaksa pergi."
"Kenapa?"
"Pesakit saya perlukan saya. Keadaannya semakin tenat."
Adam mencebik. Mereka hanya melihat Adi pergi.

Jenifer membantu menyelamatkan Steven. Dia didapati tidak bernafas seketika. Kepakaran dia dan KHairul berjaya menyelamatkan Steven sebelum Adi sampai. Adi berterima kasih kepada mereka. Steven ingin bertemu dengan Adi.
"Doc, saya dah tidak mampu berjuang lagi."
"Steve, awak tidak perlu bercakap, awak tidak bernafas seketika tadi. Nasib baik tidak koma."
"Untuk seketika, hanya untuk memberi nasihat kepada doktor. Peluang untuk kita bahagia  hanya sekali dan jangan sesekali terlepas peluang itu."
"Steve..." Steven hanya tersenyum dan memejamkan mata. Adi membiarkan Steven berehat. namun kelegaan mereka hanya seketika, akhirnya Steven tewas dalam perjuangannya. Steven menderita dengan sakitnya begitu lama kini dia akur.  Adi insan yang paling sedih dengan kehilangan itu. Semangat yang ada pada Steven berjuang selama ini mendorongnya turut berjuang. Kini sahabat yang berkongsi segala kesakitan telah pergi meninggalkannya.

Jenifer melihat Melly tenang setelah mengetahui kematian suaminya. Tidak seperti sesetengah isteri, meraung dan meratapi kematian suami mereka.
"Mell, are you okey?"
"Kehilangan orang yang kita sayang, adakah diketegori sebagai okey?
"Awak kelihatan tenang sekali."
"Saya tidak menyesal dengan pemergiannya. Saya dapat menjaganya semasa dia sakit. Jika dulu, saya tidak degil dan meninggalkannya, saya akan menyesal kerana tidak dapat memberi kebahagiaan kepadanya. Saya merelakan pemergiannya. Seperti kata orang Islam, Redha. Jika tidak bersamanya saat dia sakit, relakah kita pemergiannya. Kita biarkan dia menderita keseorangan. Tapi saya berjaya mengharung penderitaannya bersama dengannya. Dr. Jenny, jangan suatu hari nanti doktor akan menyesal tidak dapat memberi kebahagiaan kepadanya.

Jenifer termenung malam itu. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Kata-kata Melly masih terniang-niang di telinganya. Adakah dia kan redha nanti jika dia tidak dapat menjaaga Adi. Dalam tidak sedar, dia memberi penderitaan kepada Adi. Telefon bimbitnya di capai. Wajah tampan ADi menjadi tatapannya. Dia tidak menafikan yang dia merindui Adi saat ini. Ingin sekali dia menghubungi Adi tetapi dia tidak mahu menganggu Adi tengah malam begini. Dia menghubungi seseorang.
"Assalamualaikum," Diaa bersuara apabila talian sebelah sana diangkat.
"Wa..waalaikumusalaaam..." Khairul meraba jam tangan di sebelah telefonnya.
"Nyonya, kau telefon aku tengah malam ni kenapa?" Kedengaran suara Khairul menguap.
"I nak jumpa you malam ni."
"Biar betul."
"I tunggu you di kedai mamak biasa tu. I tunggu sampai you datang." Jenifer mematikan talian.

"Nyonya ni kalau tidak menyusahkan aku tak sah. Kalau aku tak pergi, nanti aku juga kena marah dengan Adi."
Khairul bersiap untuk keluar. Jenifer telah menunggu dan memesan minuman kegemarannya. Jenifer begitu peka dengan minuman kegemaran mereka.
"Hai, minum saja?"
"Kenapa you nak makan ke?"
"Dah kejut aku malam-malam begini, lapar le pula. Aney!" Khairul memesan mee gorang mamak untuk dirinya.
"Kenapa ni panggil aaku malam-malam ni, rindukan aku ke?"
"Nak rindukan you, malam sikit."
"Wey nyonya, ni dah malam ... lewat malam dah."
"Khai, I fikirkan tentang Melly dan Steven."
"Steven bertuah kerana Melly sentiasa berada di sisinya."
"Tidakkah you fikir dia perlukan orang yang dia sayang di sisinya."
"Steven, tentu sekali, Melly tidak pernah tinggalkan Steven."
"Bukan Steven tetapi Adi."
Khairul terdiam. Dia merenung wajah gadis yang berjaya mencuri hatinya.
"Khai, kita batalkan majlis pertunangan kita."
"Dah lama aku tunggu kau suarakannya. Kau lambatlah."
"Khai, I nak berada disisi Adi. I nak jaga dia."
"Dia pun perlukan kau di sisinya, dia sembunyikan perasaan itu."
"Mana you tahu?"
"Kad hari jadi dalam laci tu, ingat kau seorang je yang jumpanya tetapi aku tak mencurinya."
"Khai, I akan cuba berada di sisinya. I nak jaga dia."
"Kau harus jaga dia. Kau jangan risau tentang parent kita. Aku uruskan semuanya."
"Thanks, Khai. You are the best friend. That why I love you." Jenifer bangun dan meninggalkan Khairul.
"I love you too, Jen." Khairul melepaskan keluhan. Kakinya longlai melangkah ke arah keretanya. Dia memandu memecah kepekatan   malam. Dia tidak tahu ke mana harus dia tuju. Air mata lelakinya mengalir. Impiannya untuk membina mahligai bersama gadis yang dia sayangi musnah. Namun begitu jauh di sudut hatinya gembira kerana Jenifer mengambil berat tentang Adi. Khairul menyeka air matanya.
"Aku menangis... kerana apa? Sedih ke gembira? Aku keliru sekarang ni."
Khairul terus memandu tanpa hala tujunya. Apabila suria mula menyinari bumi, baru Khairul sedar dia menuju ke Pulau Pinang. Dia terus memandu ke sekolah mamanya.

Terkejut Rubiah apabila melihat anaknnya ingin berjumpanya.
"Khai, kenapa ni?"
"Khai laparlah mama."
"Jom sarapan kat kantin."
Mereka berdua berjalan ke kantin.
"Eh, Khai, lama betul tak jumpa."
"Mak Limah, laksa dah masak ke?"
"Kebetulan Mak Limah masak awal laksa hari ni, rupanya ada orang kempunan. Kamu balik seorang je ke, Adi tak balik?"
"Dia jumpa ibu dia lah, saya mama ada di sini."
"Tunggu ya, Mak Limah buatkan laksa untuk Khai."
Khairul menarik mamanya duduk di meja yang agak jauh dari orang lain.
"Kamu balik dengan Adi?"
"Tak lah, Adi tak tahupun orang balik ni."
"Macam ada masalah je?"
"Khai tak jadi nak bertunang. So batalkan semuanya."
"Kenapa?"
"Khai belum sedia untuk memikul tanggungjawab. Khai masih tak puas bebas...."
Kedatangan Mak Limah dengan hidangan membatalkan niat Rubiah untuk bertanya. Khairul menikmati laksa dengan penuh selera. Rubiah hanya melihat anaknya makan.
"Mama, Khai dah kenyang." Khairul bangun.
"Khai nak ke mana?"
"Balik rumah. Nak tidur. Khai memandu sepanjang malam." Rubiah melihat langkah anaknya. Langkah longlai anaknya mengambarkan dia menghadapi masalah yang berat tetapi dia tidak mahu meluahkan.

Tamat waktu persekolahan Rubiah terus balik ke rumahnya. Nasib baik anak-anak Hazlina pulang bersama papa mereka hari ini. Dia membeli makanan untuk makan tengah hari bersama anaknya. Sebaik sahaja hidangan siap, Khairul telah turun dari tingkat atas.
"Khai, mari makan tetapi mama tak sempat masak."
"Tak pa, asal dapat makan dengan mama." Khairul duduk di meja makan.
"Kamu bercuti berapa hari?"
"Nak balik dah ni. Tak ada sesiapa tahu Khai balik ni."
Selesai makan, Khairul memohon diri. Hati Rubiah keresahan. Ingin mengadu kepada suaminya, dia tidak mahu menganggu suaminya di waktu kerjanya. Hanya seorang sahaja yang menjadi telinga untuk mendengar luahannya. Dia terus ke rumah Hazlina. Segal-galanya dia luahkan kepada Hazlina.
"Mungkin ada sebab tu."
"Kalau mereka bergaduh, mungkin ada jalan penyelesaian."
"Biah, Lina cuma risau Adi yang menjadi punca. Maafkan Adi jika ianya kesalahan Adi."
"Sebenarnya Biah terkejut bila Jenny kata mahu bertunang dengan Khai dulu. Risau juga nak beritahu Lina. Selama ini kita tahu Jenny tu rapat dengan Adi. Mungkin ..."
"Biah... aku..."
"Adi mau pun Khai pilihan Jenny, Biah gembira. Mereka berdua kan anak kita."
"Ya, dah jom kita siapkan kuih ni. Nanti mama Lina tu menunggu kita pula."
Rubiah merasa tenang apabila dapat berbual dengan Hazlina. Dia juga akui, apa yang anaknya lakukan hanya demi seorang kawan.

[1130pp]

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now