{11 TAHUN YANG LALU}
ADI memulakan kerja hujung minggu itu. Nasib baik majikan barunya faham tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Pada mulanya Khairul dan Jenifer turut bekerja ketapi keputusan peperiksaan kurang memuaskan, mereka tidak dibenarkan bekerja lagi. Sebaliknya kepada Adi. Keputusannya cemerlang dan membanggakan ibunya.
Hazlina melihat Adi bersiap untuk pergi ke kerja. Dia masih ingat saat Adi memberitahu dia mendapat kerja.
"Adi nak bekerja, Lina?" Tanya Pak Usup, pemilik kedai makan yang dia bekerja.
"Dia memang suka bekerja."
"Kan dia masih belajar." Celah Mak Bedah.
"Dari dulu dia memang macam tu, dia tak mahu bebankan saya."
"Tak ganggu pelajaran dia ke?"
"InsyaAllah selama ini tidak menganggu langsung.""Ibu, Khai dah sampai tu. Adi pergi dulu." Lamunannya terlayang entah ke mana. Setelah dia bersalaman dengan anaknya, dia menghantar di depan pintu. Kelihatan Dr Azman suami isteri turut ada di depan rumah. Adi bersalaman dengan mereka sebelum pergi kerja.
"Dari mana ni?"
"Dari rumah, saja datang ke mari."
"Abang hairan dengan Adi, kerja setiap hari tetapi tidak mengganggu pelajarannya."
"Itu yang saya kagum sejak dari dulu, abang. Dia pernah berjanji dengan saya yang dia akan buktikan yang dia tidak perlukan bantuan orang untuk berjaya."
"Si Khai tu entah le Lina, puas Biah tegur dia."
"Jangan nak bandingkan Khai dengan Adi. Nanti dia kecewa pula."
"Kamu selalu manjakan Khai tu."
"Abang, Khai mau pun Adi, dia anak saya."Adi mengulangkaji di dalam bilik salinan pekerja jika tiada kerja. Pengurusnya akan tahu mencari dia di mana.
"Adi." Pengurusnya memanggilnya.
"Ya, Abang Zul."
"Hari ini Mr. Paul pilih kau untuk menjadi keddi abangnya. Abang Mr Paul ni agak cerewet. Dah banyak keddi kena marah. Abang harap kau akan tabah ya."
"InsyaAllah, abang.""Awak keddi saya?" Tanya seorang lelaki berbangsa cina. Gaya dan lagaknya seperti orang kaya yang bongkak.
'Ah, lantak le dia nak sombong, yang penting aku kerja.' bisik hati Adi. Dia mengikuti mereka berdua sambil memandi cart. Setelah hampir 6 bulan kerja, dia tahu jenis kayu yang sepatut guna di setiap kali pemain mahu memukul. Nasib baik dia tidak di tegur. Mr. Paul dan abangnya berbual dalam bahasa cina membuat Adi berdiam.
"Adi, aku nak balik ke pejabat sekejap dan kau teman abang aku." Adi mengiakan arahan majikannya. Majikannya membawa cart pergi dari situ. Adi hanya mengikuti lelaki itu berjalan sambil memikul beg set golf milik lelaki itu. Kitika dia mahu membuat pukulan, tiba-tiba dia memegang dadanya. Kemudian dia rebah. Adi berlari mendekati lelaki itu.
"Heart Attact." Adi melihat sekeliling. Untuk membawa ke bangunan utama agak jauh.
"Beri CPR dulu." ADi memberi bantuan kecemasan supaya lelaki itu dpat bernafas semula. Dia cuba sedaya upaya sehingga lelaki itu kembali bernafas normal.
"Tuan," Adi memanggil. Lelaki itu melihat Adi.
"Tuan ada telefon? Tolong hubungi Mr. Paul atau sesiapa yang boleh bawa tuan ke hospital. Tuan kena serangan jantung tadi."
"Nah... panggil Paul."
Adi menghubungi majikannya dan dengan segera majikannya datang. Dia memapah lelaki itu manaiki kereta Mr. Paul."BUkan saya dah bagitahu, Tan Sri masih nak senaman."
"Dah lama sangat tak bermain."
"Boleh tapi jangan terlalu aktif sangat. Nabis baik budak tu pandai beri CPR pada tan Sri. Kalau lambat, saya pun tak tahu." Dr. Azman merungut dengan pesakitnya yang degil. Kebelakangan ini dia kerap di serang sakit jantung.
"Budak tu cuma keddi sahaja."
Di dalam fikiran Dr. Azman telah terbayang anak angkatnya. Dia yakin Adi yang menyelamatkan pesakitnya itu.
"Tan Sri kena berterima kasih dengan dia."
"Papa!" Terjah masuk seorang gadis.
"Jenny, papa okey."
"Ya, okey buat sementara. Papa awak ni berdegil."
"Uncle, saya kan jaga dia. Papa kena tahan wad ke?"
"Ya, biar dia berehat beberapa hari."
"Baik uncle, Jen akan jaga dia.""Siapa dia Pual?" Tanya Tan Sri Lee ketika adiknya datang melawat.
"Siapa dia, siapa?"
"Keddi tu?"
"Adi namanya."
"Dia tinggal di mana?"
"Saya rasa abang kena tanya Jenny. Dia yang perkenalkan budak tu pada aku. Selalu juga Jenny jumpa dia di kelab."
"Jenny kawan dengan lelaki melayu?"
"Abang, jangan buat hal dulu?" Paul tidak mahu abangnya melakukan kesilapan semula. Tan Sri Lee terdiam. Dia faham maksud adiknya itu. Kenangan lalu mnegusik kembali.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...