ADI keluar dari bilik dengan pakaian kemas. Terpaku seketika Ayu melihat wajah tampan Adi pagi itu.
"Mak Ngah, saya ada hal sekejap hari ini. Semalam saya dah bagitahu Datuk saya bercuti."
"Amboi, segaknya hang. Nak jumpa marka ke?" Usik Mak Ngah berbahasa utara. Adi hanya tersenyum
"Mesti marka hang banggakan bila tengok kau macam ni."
"Okey le mak ngah, saya pergi dulu."
Adi keluar melalui pintu sisi. Dia berjalan ke tempat tunggu teksi. Sebuah kereta berhenti di sisinya. Adi menjengok ke dalam sebelum masuk ke dalam kereta tersebut."Apa marka tu mak? Abang ADi pergi ambil periksa ke?"
"Kau ni,MArka tu teman wanita."
Berdesup bagai terpotong hatinya bila mendengar perkataan teman wanita. Tambahan pula kelihatan Adi tersenyum riang sahaja tadi. Hatinya sedih bila mengenangkan siapa dirinya.Adi melihat pemuda sebelahnya.
"Kau dari mana?"
"Aku kan sewa appartment kat hujung jalan ni."
"Aku tahu le, tapi bukan ke kau sepatutnya dah pergi kerja."
"Hari ini kau nak ke sana juga kan. So aku jadi driver kau le."
Adi tersenyum. Mereka telah sampai ke destinasi. Kedua-dua berjalan seiring ke bilik doktor. tidak lama kemudian Jeniffer masuk ke dalam pejabat.
"Hai sayang, rindunya."
"Oi nyonya, bukan ke samalam Adi ke sini."
"Salah ke aku rindu dia tiap hari."
"Aku ni tak nak lak rindu."
"Siapa nak rindu pada kayu rol."
"Hey Nyonya, kayu rol ni boleh pukul punkoq hang tau."
"How dare you!"
Ketukan di pintu membuat perbalahan antara mereka berhenti.
"Masuk" Adi memberi arahan. Masuk seorang doktor muda.
"Doktor Adi, Doktor Khairul, Doktor Jeniffer, Tan Sri Lee minta saya panggilkan doktor semua."
"Okey, jom pergi."
Mereka bertiga berjalan menuju ke lift. Mereka akan ke bilik mesyuarat di tingkat atas.
"Kenapa?" Adi tersenyum kepada doktor muda yang dari tadi melihatnya.
"Saya tidak sangka dapat bersua dengan doktor."
"Amboi skema ayat kau, apa nama awak?" Khairul melihat tag nama doktor muda.
"Hafiz, masih pelatih."
"Tahniah dapat jadi pelatih di sini."
"Saya jadikan doktor Adi sebagai idola. Saya ingin menjadi macam doktor."
"Doktor Hafiz, jadikan idola boleh, nak jadi macam dia ni... dia satu dalam sejuta. So, jadilah diri sendiri." Khairul menasihati. Adi hanya melemparkan senyuman. Mereka melangkah keluar lift sebaik sahaja sampai ke tingkat yang mereka tuju. Mesyuarat berjalan lancar dan ramai yang gembira apabila Adi memberitahu dia akan berada di hospital dalam waktu tertentu. Sebelum ini Adi mengatakan dia ingin berehat."Dont push yourself to much." Tegur Tan Sri Lee sebaik selesai mesyuarat.
"Bukan macam tu papa, cuma ada orang tu nak belajarkan dan tak kan nak tinggal Khairul seorang saja."
"Betul tu papa, bosan duduk dalam bilik tu nanti. Asalkan dia dari 2 ke 5 tu jadilah."
"Adi, bila nak masuk ke bilik pembedahan?"
"Hmmm... saya lapar ni, siapa nak pergi makan?" Adi mengelak untuk menjawab soalan dari TAn Sri Lee. Mereka faham
"Sebenarnya Jenny dengan papa kena lunch dengan beberapa rakan. So you two je lah makan."
"BYe nyonya, aku dating dengan boyfriend kau."
"Adi, you suruh dia yang bayar and you makan banyak-banyak." Jerit Jenifer saat mereka menjauhi dia.Makan tengah hari dengan kawan papanya membosankan. Ikut hatinya tadi ingin sahaja bersama dua sahabat baiknya.
"Maaf, saya lambat sikit."
Terkejut Jenifer melihat pemuda yang baru duduk sebelah Datuk Arif. Tak mungkin dia.
"Tan Sri, Jenny, ni anak lelaki saya Adam." Datuk Arif memperkenalkan anak dia.
'Kembar Adi'
"You pernah belajar di Penang kan?"
"Ya, "
"Papa, ni kawan Jenny dulu. You ada kembarkan yang pakai kaca mata besar tu. Ulat buku."
"Ya, Adi."
"Dia kat mana sekarang?"
"Errr..."
"Adi pun bantu saya dalam perniagaan ni. Tapi hari ini dia tidak dapat bersama kerana urusan perniagaan."
"Wow, kamu memang bertuah Datuk Arif, ada dua anak lelaki yang bantu dalam perniagaan." Puji Datuk Munir. Ida sendiri tidak tahu rakannya mempunyai dua anak lelaki.
"May be esok hari cuti, mungkin boleh I berjumpa dengan dia?" Jenifer menduga.
"Hmmm... boleh."
"Why not esok kita jumpa dekat kelab golf. I dah lama tak swing." Tan Sri Lee memberi cadangan. Datuk Arif bersetuju.
YOU ARE READING
IZINKAN KU PERGI
RandomAdi mencari adik dan bapanya kerana merindui mereka. Tiada sesiapa tahu Adi mengidap sakit kronik. Ini perjalanan hidup Adi demi keluarganya. Pengorbanan Adi... Adi... Aku sayang kan kamu tetapi ada yang lebih menyayangi diri ini. Aku akan bertemuNy...