BAB 25

111 3 2
                                    

ADAM meluru keluar rumah. Leher baju Adi di cekak.
"Kenapa kau tumbuk aku?" Adam marah. Sebaik dia bagun tidur tadi mukanya merasa sengal. Dia dapat lihat kesan biru disudut bibirnya. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Apa yang dia ingat dia nampak Adi dan Jenifer.
"Bawa bersabar, Dam. Kenapa ni?"
"Kau jangan buat tak tahu, ni lebam ni kenapa?"
"Kau yang lebam kau tanya aku." Adi masih tenang.
"Kenapa ni?" Datin Nisa keluar.
"Adam kenapa muka lebam begini? Kau buat?"
"Dia tumbuk Adam, mama."
"Hey sedarlah diri kamu tu. Kamu hanya pemandu dalam rumah tu. Dulu anak aku kamu halau ni Adam pula. Kamu ingat kamu tu siapa?"
Adi melihat ke arah Datin Nisa.
"Saya sedar siapa saya Datin tetapi saya juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada Arif bin Rahmad... saya ada hak ke atas adik saya."
"Kamu ni memang anak..."
"Dia abang Adam dan dia ada hak tegur Adam."  Datuk Arif mencelah. Dia melihat ke arah kedua-dua anak lelakinya. Adam melepaskan gengamannya. Dia berdengus marah.  Adam masuk ke dalam rumah.  Tidak lama kemudian dia keluar. Adi hanya melihat ke arah Adam.
"You ni ampu sangat anak ni, nanti dia yang susahkan you." Marah Datin Nisa.
"Apa yang  berlaku ni Adi?" Tanya Datuk Ariff setelah Datin Nisa berlalu.
"Semalam dia keluar dari kelab mabuk...   tiba-tiba buat kecoh. Di terpaksa tumbuk dia supaya dia diam."
"Kau ke mana semalam?"
"Jumpa dengan Jenifer."
"Adi rapat dengan dia ke?"
"Kawan Jenifer tu, Khairul tu kawan Adi semasa di Penang, ayah... Kenapa?"
"Di, ayah tahu kamu ambil berat tentang ayah tetapi ayah kena pergi ke pejabat. Ayah risau jika ... harap Adi faham."
"Ayah pastikan jangan beri tekanan pada diri ayah. Masalah tu akan dapatt selesaikan."

Sekali bilik mesyuarat menjadi tegang. Semua ingin menegakkan benang yang basah.
"Bila surat tu sampai?"
"Semalam Datuk. Saya dah beritahu kepada Adam."
"Adam nak buat apa ayah? Kita tidak mampu nak bayar mereka. 3 bulan bayaran tu."
"Kamu nak lepas tangan je."

Adam terdiam.
"Datuk, datuk jangan stress sangat. Adi telefon saya tadi supaya datuk tidak boleh stress."
"Adi?"
"Kamu ni bodoh ke? Dah berapa kali aku beritahu dia tu hanya pemandu dan tukang kebun. Dia tu SPm pun entah lulus ke tak."
"Adam, dari dulu dia lebih bijak dari kamu. Papa yakin dia berjaya dalam SPM cuma dia tidak mampu melanjutkan pelajaran."
"Tapi..."
"Kamu ada rahsia ke Nasir. Apa yang aku  dapat tahu kamu ke bank untuk membayar gaji pekerja dan hutang kita dengan bank."
Nasir menggarukan kepalanya.
"Sebenarnya... saya dah berjanji dengan dia tetapi..."
"Beritahulah kat kami semua. Mana kamu dapat duit tu?"
"Anak lelaki datuk, Adi yang serahkan cek kepada saya. Dia minta saya rahsiakan semua ni."
"Adi... mana dia dapat duit tu?"
"Itu saya tak tahu datuk. Saya hanya ikut arahan dia je." 
"Mana dia dapat duit yang banyak tu?"
"Papa, dia guna nama papa dan pinjam duit dari anak jutawan tu lah. Papa kena beritahu siapa Adi kalau tak habis duit jutawan tu dia kikis."
Datuk Arif terdiam. Dia terpengaruh dengan kata-kata Adam. Adi perlu di tegur.

Suasana ruang tamu sunyi saat Adi melangkah masuk. Adam memanggil Adi sebentar tadi. datuk Arif memanggilnya kerana mahu berbincang.
"Duduk dulu, Adi. Ayah nak berbinncang sekejap." 
Adi melihat ibu tiri dan neneknya ada bersama dalam ruang tamu tersebut.
"Kenapa ayah, Adi ada buat salah ke?"
"Kamu sepatutnya tahu apa salah kamu. Kamu sepatut sedar siapa diri kamu." Marah Datin Nisa. Adi cuma memandang ke arah Adam. Adam memandang ke arah lain.
"Nisa, biar I saja yang cakap. Adi, kamu berkawan rapat dengan Jennifer?"
"Macam Di cakap, Di baik dengan Khairul sebab Khai tu kawan baik Adi. Dia   juga kawan baik dengan Jennifer, itu sahaja."
"Kau guna nama papa kamu ke untuk pikat dia?"
"Guna nama ayah? Tanpa nama ayah pun dia dah terpikat kat saya, Datin."
"Di, cuba terus terang dengann ayah, mana kamu dapat duit tu?"
"Duit apa?"
"Kau ni jangan main tarik tali, Di. Nasir dah beritahu kau bayarkan gaji pekerja dan hutang bank." Adam menempelak.
"Saya beri semampu saya je, ayah."
"Tapi kamu perlukan duit untuk rawatan ibu?"
"Kalau Adi kata ibu tak perlukan duit. Dia perlukan anak dia yang dulu."
Adi menjeling ke arah Adam.
"Adi berterus terang je pada ayah, siapa Adi di depan ayah ni?"
Adi menarik nafas. Dia dapat merasa sudah tiba masanya dia berterus terang.
"Ayah, Adi kenal Jenifer kerana kami sama satu universiti. Sebenarnya Adi ke sini kerana bekerja di hospital baru tu. Adi seorang doktor, ayah."
"Doktor? Selama ini kamu perbodohkan kami."
"Saya tiada niat pun begitu, datin. Saya hanya mahu dekat dengan keluarga saya je."
"Kamu lama kat sini, kamu tidak kerja ke?"
"Aku masih bercuti. Aku belum daftar kerja lagi. Hari tu aku pergi untuk beritahu aku terima tawaran mereka tetapi aku minta cuti tanpa gaji."
"Kalau dah cuti tanpa gaji, kau bantu syarikat..."
"Itu simpanan aku selama aku kerja. Tapi itu saja yang dapat saya bantu."
"Kamu tak dapat bayar kad kredit kami ke?"
"Nisa, Adi dah bantu syarikat, kita akan usaha naikkan syarikat semula."
"Papa lupa ke dengan saman JL tu."
"Nanti kita cari jalan penyelesaian. Kamu kena datang ke pejabat."
"Adi kan boleh selesaikannya."
"Aku?"
"Girlfriend kau kan adik dia."
"Adi akan cuba bantu."

Adi menghubungi seseorang sebelum keluar malam itu. Datuk Arif tidak dapat memantau Adi kerana Adi bukan lagi pekerjanya. Adi memberitahunya dia akan mula bekerja. Adi keluar lebih awal dari Adam. Adi   memilih kelab mewah itu kerana ianya privasi. Dia tidak mahu pertemuannya dengan beberapa orang di ketahui orang ramai.
"Awal kau sampai?" Khairul duduk di sebelahnya. Jenifer berada bertentangan dengan mereka.
"Kenapa ajak jumpa kat kelab ni?"
"Privasi."
"Maaf kami lambat, Encik Adi." Datang dua orang pemuda mendekati mereka. Adi menggamit Jenifer duduk di sebelahnya.
"Fail yang saya minta." Fail beralih tangan. Adi membaca isi kandungan dalam fail tersebut.
"Maaf, uncle lambat. Kenapa pilih kelab ni?" Maarof datang berjumpa mereka. Agak janggal baginya masuk ke dalam kelab itu.
"Hey, look who's here? Hairi Maarof." Tegur seorang lelaki berbangsa cina yang hampir sebaya dengan Maarof.
"Hai Chia."
"Aku nampak kau masuk melalui cctv tadi. Dari dulu kau memang tidak mahu masuk kelab milik papa aku ni."
"Impian kau kan ke nak buat kelab ni kelab mewah dan privasi. Perjumpaan rahsia tiada siapa yang tahu."
"Ya, ramai datuk-datuk buat perjumpaan sambil sogok duit tau."
"

Kau kan suka simpan rahsia orang."
"Aku nak sembang dengan kau ni tetapi aku tengok anak muda ni nak berbincang masalah mereka, kes gaduh ke?"
Adi hanya tersenyum. Chia melihat ke arah Adi tersentak sekejap. Bukan ke dia pemuda yang selalu buat masalah dalam kelab ni. Sah kes gaduh.
"Terus berbincang... kalau boleh... berhentilah bergaduh tu," Katanya sebelum meninggalkan mereka.
"Bergaduh?" Jenifer bertanya.
"Must be Adam. Dia yang selalu ke sini."
"Sebenarnya saya panggil semua ni kerana saman JL kepada Rahmad Holding."
"Dalam perjanjian, mereka harus bayar keuntungan dari sale yang kita laburkan selama ini. Selama ini mereka bayar cantik, Encik Adi kecuali 3 bulan kebelakangan. Mereka langsung tidak bayar. Setiap bulan kita hantar notis tetapi tiada respon. Ni kita beri amaran supaya mereka bayar."
"Kalau mereka tidak bayar?"
"Kita akan terus saman."
"Saya ada satu cadangan. Tu sebab saya panggil uncle sekali." Adi memberi cadangan. Mereka berbincang sehingga mendapat kata putus. Jenifer dan Khairul turut memberi cadangan kerana mereka juga pemegang saham.  Setelah selesai berbincang, Maarof dan dua pengurus Adi memohon diri. Mereka bertiga duduk berbual.

"Di, bila nak masuk kerja?"
"Kenapa?"
"Aku sunyilah kerja seorang-seorang."
"Ni ada."
"Ala, tak sama... I need you, Adi. I miss you tau." Khairul melentokkan kepalanya ke bahu Adi. Jenifer dah biasa melihat tingkah Khairul begitu.
"Khai, kau kena terima hakikat yang suatu hari kau akan bekerja tanpa."
"Adi, how dare you..." Tambah manja Khairul di bahu Adi. Tanpa sesiapa sedar, air mata Khairul mengalir. Dia tidak dapat bayang hidupnya tanpa Adi. Sejak bertemu Adi, mereka tidak pernah berpisah.
"Patut le aku goda, dia tidak layan rupanya team kunyit." Farhan dan rakan-rakannya berdiri depan mereka. Segera Khairul menyeka air matanya.
"Rupa kacak  tetapi layan lelaki." Ejek mereka. Khairul terus bangun dan menunding jari ke arah mereka. Gerak gerinya dilembutkan.
"You all ni siapa hah? Perduli apa kami nak buat. Lelaki tak mahu pandang you all sebab tak tahu jaga diri. Kain pun tak pernah cukup. Jom sayang, kita nak berehat di sini tapi ada langau nak hurung najis kat sini." Tangan Adi di tarik dan merangkul pinggang Adi sebelum keluar.
"Huh!" Khairul menolak rambutnya sambil memandang gadis-gadis tersebut. Mereka beredar dari situ.

Sebaik sahaja mereka keluar, terburai ketawa mereka.
"Tak sangka teman lelaki I ni gay." Gelak Jenifer. Dia memeluk pinggang mereka berdua. Mereka berdua membiarkan.
"Gay gay ni lah yang you sayang dan rindukan." Usik Khairul
Mereka ketawa sebelum berpisah untuk pulang. Adi masih menggunakan kereta Khairul

IZINKAN KU PERGIWhere stories live. Discover now