Prolog

7.4K 140 2
                                    

AISYA berasa sangat kecewa dengan apa yang didengarinya daripada Akram.

‘Sampai hati awak buat saya macam ni.’ Rintihnya di dalam hati.

Selepas sahaja bertemu dengan Akram, Aisya terus memandu ke rumah. Sudah tiada mood hendak pergi kemana-mana. Sampai sahaja di rumah,dia melihat kereta suaminya ada di rumah. Dia memasuki rumah seperti biasa sambil menahan rasa.

“Aisya dari mana ?”

“Jumpa kawan.” Jawab Aisya selamba.

“Kawan mana?”

“Kawanlah.”

“Abang tanya ni. Boleh tak Aisya jawab soalan abang tu betul-betul?” Dengan nada yang sedikit tinggi suaminya bertanya.

“Saya masuk bilik dulu. Saya penat” Aisya hanya membiarkan soalan suaminya dan terus naik ke bilik. Perasaannya ketika ini benar-benar penat.

“Pelik? Kenapa pula dengan dia tu? Tetiba je.” Tanpa menghiraukan isterinya, lalu dia pun terus menonton televisyen.

Di dalam bilik, Aisya menghamburkan tangisannya. Marah, kecewa, dan sedih bercampur baur. Sampai hati suaminya merahsiakan hal ini kepadanya. Kalau tidak diberitahu oleh Akram, mungkin sampai sekarang dia tidak tahu tentang suaminya dan seseorang. Seseorang yang telah membawa dia ke alam perkahwinan ini.

Apabila tangisannya semakin reda, Aisya berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri bagi tenang sedikit perasaanya ketika ini.

Seusai membersihkan diri, Aisya turun ke dapur tanpa menegur suaminya yang ralit menonton televisyen untuk memasak makan malam .

Ketika memasak, suaminya menegur…

“Aisya masak untuk Aisya je lah. Abang dinner dengan kawan abang sekejap lagi.”

“Kenapa tak bagitahu awal-awal. Aisya dah masak banyak ni.” Ujarnya. Walaupun berat untuk menegur suaminya, dia tetap juga bersuara. Nanti tak pasal-pasal bertekak mulut pula. Lagipun dia nak suaminya sendiri yang membuka mulut tentang hal itu.

“Kawan abang baru whatsapp abang suruh temankan dia dinner.”

“Takpelah, kawan abang lagi penting kan” sindir Aisya sambil menekan perkataan ‘kawan’ itu.

“Aisya ni kenapa? Dari tadi macam badmood je dengan abang?”

“Nothing. Aisya cuma penat sikit. Abang pergilah bersiap, nanti lama pula kawan abang tunggu.” Lalu Aisya menyambung aktiviti memasaknya.

Suaminya hanya mampu mengeluh lalu naik ke bilik untuk bersiap.

Aisya hanya memandang kepergian suaminya lalu mengeluh.

‘Jumpa kawan lah sangat.’ ujar Aisya di dalam hatinya.

Aisya membuat keputusan untuk tidak memberitahu tentang pertemuan dia dengan Akram kepada suaminya. Dia hendak suaminya sendiri yang mengaku tentang apa yang didengarinya daripada mulut suaminya sendiri. Dia fikirkan alam perkahwinan ini indah yang disangka tetapi tidak rupanya. Kesian Aisya.
.............

Done prolog. Hope korang minat dengan cerita ni. Jangan lupa vote and comment. Tq ✨

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now