DDB 8

32 16 2
                                    


"Kau buat kerja macam mana!? Semua salah!! Kenapa kertas cadangan projek tak ada!?" Marah Yoongi.

Eun Mi hanya menunduk malu apabila dia dimarahi oleh Yoongi. Walaupun di dalam bilik pejabat, tetapi suara Yoongi cukup kuat sehingga keluar.

"M-maaf.." Ucap Eun Mi.

Pandangan tajam diarahkan pada Eun Mi. Eun Mi masih lagi menunduk.

"Maaf! maaf! maaf! Muak aku dengar!"  Kepala Eun Mi ditunjalnya. Betul-betul melepaskan geramnya pada wanita itu.

"Sekarang ni aku nak kau fotostat semua isi-isi yang ada dalam fail-fail ni! Jangan berhenti selagi tak selesai!" Arah Yoongi sambil menunjukkan kearah fail-fail yang bertimbun itu.

Eun Mi dengan cepat mengambil semua itu lalu keluar menuju ke arah mesin fotostat.

Hampir setengah jam juga dia berdiri dihadapan mesin itu, namun baru beberapa fail yang siap.

Waktu makan tengah hari juga sudah hampir.

Telefon bimbitnya berdering lalu diangkat. Dia melekapkan telefon itu pada telinganya menggunakan bahunya manakala kedua-dua tangannya sibuk melakukan kerja.

(Korang anggaplah tgn kanan pegang fail tgn kiri duk tekan2 butang mesin tu.. aku tak pandai sgt kalau kerja2 pejabat ni😅)

"Oh, Hoseok. Kenapa awak telefon saya?" Tanya Eun Mi apabila mengetahui si pemanggil itu.

"Awak free tak? Saya nak ajak awak lunch, kalau tak free."

"Maaf, saya tak dapat nak terima ajakan awak. Kerja saya tak siap lagi."

"Oh, tak apa. Jangan lupa makan tau." Pesan Hoseok.

"Ok"

Eun Mi mematikan taliannya lalu dia pun melepaskan keluhan berat. Telefon disimpan semula didalam poket.

Sesekali dia mengurut bahunya yang lenguh. Penat.

Setelah semuanya siap, barulah dia lega sedikit. Sedikit yer gais, sedikit jer tak banyak. Lalu dia ke pantri. Nak ke kafe bawah, masa sudah tidak banyak. Jadi dia ke pantri sahaja. Beberapa keping roti yang disalut coklat, dijamahnya dengan air kosong.

"Roti pun rotilah. Asalkan dapat isi perut." Kata Eun Mi.

Hampir setiap hari, dia dilayan begini oleh Yoongi. Bahkan kadang-kadang, makanan pun tidak sempat dijamahnya.

Pernah Hoseok bertanya padanya kenapa dia kelihatan makin kurus, tetapi dia hanya senyum sahaja dan mengatakan yang dia baik-baik sahaja. Sikit pun dia tidak pernah menceritakan keburukan suaminya kepada orang lain.



























Pendek kann....

Baideway silalah vote n terus sokong ff ni😁😂






Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now