Special chapter 😘

22 7 12
                                    

5 bulan kemudian...

Kini usia kandungan Eun Mi sudah mencecah usia 7 bulan. Tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk anak ketiganya melihat dunia luar.

Pinggangnya yang berasa sakit diurut perlahan tatkala penat mengemaskan lagi barang-barang mainan yang disepahkan oleh YoonMi dan Yoonki.

"YoonMi! YoonKi! Tolong mommy kemas mainan kamu berdua yang bersepah ni! Nanti daddy balik tengok bersepah, siaplah kamu berdua!" Jerit Eun Mi sambil mengutip barang-barang mainan itu. Namun kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengendahkannya bahkan terus bergelak ketawa.

Dengan keadaan perutnya yang sudah membesar, menyusahkan lagi untuknya bergerak.

Siap sahaja kemas, dia menuju ke arah sofa. Baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di atas sofa itu, kedua-dua kanak-kanak itu datang dengan berlari sambil menyepahkan semula ruangan yang sudah dibersihkan oleh Eun Mi tadi.

"YoonMi! YoonKi! Kemas balik! Penat mommy kemas!" Marah Eun Mi namun tidak diendahkan oleh kedua-dua kanak-kanak itu.

Kejadian yang sama berulang lagi. Akhirnya kerana penat, Eun Mi terduduk lemah diatas lantai. Perlahan-lahan airmatanya mengalir tanpa disedari oleh kedua-dua kanak-kanak itu.

Penat, dia penat. Walaupun itu kali ketiga dia mengandung, emosinya sering sahaja tidak stabil seperti kali pertama dia mengandung.

Suara gelak ketawa kanak-kanak itu masih bergema di ruangan itu.

"Sayang?" Panggil Yoongi setelah dia pulang dari kerjanya. Eun Mi yang masih terduduk lemah itu segera dihampirinya. Bahu gadis itu dipegang. Jelas sekali ditelinganya yang gadis itu sedang menangis.

"Hey, what's wrong?" Soal Yoongi lalu membalikkan tubuh gadis itu menghadapnya.

Eun Mi hanya menunduk sambil badannya terhinjut-hinjut akibat menangis.

Tiba-tiba gelak ketawa dari YoonMi dan Yoonki kedengaran. Bibirnya mengukir senyuman. Tahu bahawa gadis itu mungkin penat melayan karenah kedua-dua kanak-kanak yang sedang hendak membesar itu. Lebih-lebih lagi dia sedang mengandungkan anaknya yang ketiga.

"Sayang, maafkan aku, ok? Biasalah budak-budak nak membesar, terlalu aktif." Ucap Yoongi.

"Saya penat, saya tak larat." Balas Eun Mi.

Tubuh gadis itu dipeluk lalu dicium kepala gadis itu.

"Dah, jom aku bawa kau duduk atas sofa." Kata Yoongi lalu tubuh gadis itu dipapahnya dan didudukkan di atas sofa.

Kepala Eun Mi disandarkan pada bahunya. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut bahu gadis itu.

"YoonMi! YoonKi!" Jerit Yoongi dengan nada yang ditegaskan. Gelak ketawa yang bergema itu hilang lalu muncullah YoonMi dan Yoonki ke arah Yoongi dengan menundukkan wajah masing-masing.

Sudah tahu jika Yoongi memanggil mereka dengan nada begitu, pasti mereka akan dimarahi.

"Kenapa buat mommy menangis?" Soal Yoongi. YoonMi dan Yoonki masih menunduk sambil bermain-main dengan jari mereka.

"Daddy tanya kenapa tak jawab?" Soal Yoongi lagi.

"K-kami minta maaf..." Ucap kedua-dua kanak-kanak itu.

"Tahu kan yang mommy penat sebab ada adik dalam perut mommy?"

Perlahan-lahan mereka menganggukkan kepala.

"Mulut dah hilang, sampai kepala kena jawab?"

"T-tahu...."

"Kalau macam tu, cepat minta maaf kat mommy. Lepastu kemas balik barang-barang mainan yang kamu berdua dah sepahkan." Arah Yoongi.

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now