DDB 28

38 16 6
                                    


Yoongi tersenyum lebar saat sepasang tangan milik isterinya melingkar erat pada pinggangnya. Dapat dia lihat pada tangan isterinya terdapat sejambak bunga dan sebuah kotak sederhana besar berwarna kuning keemasan.

"Selamat hari lahir, oppa." Ucap Eun Mi.

Yoongi membalikkan tubuhnya menghadap ke arah gadis itu. Sejambak bunga ditangannya diambil lalu dihidunya.

"Apa ni?" Tanya Yoongi sebaik sahaja kotak itu bertukar tangan. Eun Mi hanya tersenyum. Lantas kotak itu dibukanya.

Pregnancy test itu diambil lalu dilihatnya. Senyuman semakin lebar tatkala ada 2 garis merah menunjukkan hasil itu positif.

"Dah 2 bulan usianya." Kata Eun Mi lalu dahi gadis itu dikucup lama oleh Yoongi. Yoongi menundukkan badannya lalu perut Eun Mi diusap perlahan sebelum dia kembali memeluk gadis itu.

"Sayang, terima kasih sebab masih sudi terima oppa walaupun sayang banyak menderita sebelum ini." Kata Yoongi yang masih memeluk erat tubuh gadis itu.

"Sama-sama. Dah sekarang ni yang dah berlalu, biarkan berlalu. Yang penting, oppa dah terima saya dalam hidup oppa." Ucap Eun Mi.

Wajah gadis itu dielusnya. Lama dia menatap mata gadis itu. Andai masa boleh diputar kembali, pasti dia takkan mensia-siakan gadis yang sangat tulus ikhlas mencintainya.

Eun Mi memejamkan matanya tatkala lelaki itu mendaratkan bibirnya pada bibir manisnya. Ciuman yang diberikan oleh lelaki itu membuatkan dia terbuai. Sungguh lembut sehingga dia membalas ciuman itu. Tangannya bergerak merangkul leher lelaki itu manakala tangan Yoongi jatuh memeluk pinggang gadis itu.

*****

Si kecil itu melompat-lompat kegembiraan apabila mendapat tahu bahawa dia bakal mendapat adik.

"Tak sabar Yoon nak main dengan adik." Ujar si kecil itu menyebabkan yang lain tertawa kecil dengan tingkah lakunya itu.

"Lambat lagi." Kata Eun Mi lalu mengusap kepala anak perempuannya itu.

"Mommy, nak cium adik." Ucap YoonMi lalu mencium perutnya yang masih kempis itu.

Eun Mi hanya tersenyum melihat gelagat anaknya. Dari dulu lagi, YoonMi teringin untuk mempunyai seorang adik, kini hasratnya tercapai. Bahkan setiap masa si kecil itu selalu meminta untuk mencium perutnya.





'Terima kasih, Tuhan. Kerana pada akhir penderitaan ini, engkau memberikan aku sebuah kebahagiaan yang aku inginkan selama ini'

-TAMAT-


























Hi para readers semua! Sya nak buat special chapter untuk ff ni kalau vote dah sampai 💯 ataupun lebih.

Derita Dalam Bahagia MYG ft JHOPE (Completed)Where stories live. Discover now